Sunday, May 22, 2011

Istimewa untuk yang mampu


Kali pertama saya tonton video ini seminggu yang lalu. Dalam situasi haru-biru dengan assignments. Dan sangat terkesan. Dah beberapi kali ulang tengok. Cuba untuk tengok melalui mata hati dan menilainya dari sudut rohani. Dulu masa saya persediaan dan Year 1, video Nick Vujicic- Are you gonna finish strong? ini saya ulang-ulang tengok hampir setiap hari. Very inspirational! Indeed! Sampai sekarang pun, masih terkesan.


Kembali pada kisah Tae-Ho. satu jiwa yang hebat pada saya. Dirinya lahir tanpa kedua-dua belah tangan. Tetiba terfikir andai diri ini lahir tanpa tangan, mampukah dikuatkan semangat untuk belajar menggunakan kaki sebagai kaki dan juga tangan, dan seterusnya menaip di TZ ini? Entah-entah diri ini merasa rendah diri dan bersikap suudzhon (berprasangka buruk) pada Allah. Tapi adik Tae-Ho, sangat positif! Luangkanlah masa tonton video tersebut dalam emosi positif dan moga ada sebahagian kecil ruang di hati sahabat TZ 'bergetar' dan mengambil iktibar dari kejadian Allah SWT ini.


Kekurangan itu KELEBIHAN

Setiap kali kita melihat orang lain diuji dengan musibah, selalunya ada dua jenis respon kita, samada 1) tak rasa apa-apa, dibiarkan berlalu seperti angin lalu dan berfikir, 'itu masalah dia, bukan masalah aku'.. 2) terasa kesian dan bersimpati hanya sesaat, 'sedihnya kalau jadi macam dia'... tapi terlupa untuk mengambil iktibar.

p/s: mungkin ada pelbagai jenis respon lagi, tapi secara kebiaasaannya, itula dua jenis respon spontan kita, terutamanya saya sendiri

Tapi pernah tak kita terasa 'jeles' dan mencemburui mereka yang berada dalam musibah tu? Allah pilih mereka untuk diuji! Dalam ramai-ramai manusia ciptaanNya ini, Allah pilih orang-orang tertentu sahaja untuk diuji. Pernah tak terfikir kenapa Allah tak pilih kita? Sebab kita tak mampu... (2:286). Allah memberi ujian mengikut kemampuan hambanya. Dan kita tidak diberi ujian itu sebab Allah tahu kita tak mampu. Dan itu la kelebihan mereka. Kekurangan mereka yang kita nampak melalui mata kepala itu sebenarnya KELEBIHAN yang kita tak mampu nak capai, jika kita melihat dengan mata hati.


Dan pagi ini, bila saya bukak page FB (aktiviti biasa untuk mencari berita dan ilmu dan kadang-kadang tempat nak buang masa.. =.= kadang-kadang ke?), saya nampak Ustaz saya kat sekolah menengah dulu post video pasal kejadian tanah runtuh di Hulu Langat. Bagi kami di luar negara, kadang-kadang inila kelebihan FB home page, ruang untuk kami tahu apa khabar tanah airku?. Untuk saya, saya memang tak suka sangat baca paper (ada la sebabnya), samada ketika di Malaysia, mahupun di sini. Dan apatah lagi di sini. Memang tak la untuk bukak page beritaharian mahupun apa-apa berita lain yang ada berlambak iklan-iklan eye-catching kat atas, bawah, kiri kanan tu.. =.=

Berita musibah yang menimpa anak-anak yatim itu boleh baca di sini. Kejadian tanah runtuh yang berlaku dengan tiba-tiba. Ya! Tiba-tiba pada pandangan manusia. Tapi tidak untuk Allah yang menciptakan kita. Kun fayakun. Setiap yang DIA tetapkan itu ada hikmahnya. Cuba fikirkan. Tanah itu juga makhluk Allah. Tanah itu mengikut arahan Yang Esa. Disuruh untuk runtuh di bahagian bumi itu, maka runtuhlah ia. Tapi yang pasti tanah itu bekerja mengikut arahan Penciptanya. Tapi kita? Sejauh mana kita bertindak seperti tanah itu? "Kami dengar dan kami taat". Sejauh mana ayat ini bermakna untuk kita? Dan satu lagi perkara yang perlu kita fikirkan adalah kenapa mereka yang diuji itu? Beruntungnya mereka. Allah pilih mereka untuk diuji. Maksudnya kemampuan dalaman yang Allah nak bagi pada mereka lagi hebat!

Itu mungkin kisah-kisah orang yang jauh dari saya dan sahabat juga mungkin. Tapi untuk saya, ada kisah hebat sahabat sendiri yang sepatutnya juga saya ambil iktibar. Sahabat yang kadang-kadang saya terlupa untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita. Kekurangan diri sendiri yang amat dikesali kerana tidak ambil tahu dengan semua kisah sahabat di sekeliling.

#notes untuk diri sendiri: jangan ambil tahu seorang sahaja, tapi semua orang!

Saya ada sahabat yang telah pun kehilangan ayah untuk selama-lamanya ketika kami masih sama-sama menjalani program persediaan. Saya ingat lagi petang saya terima mesej darinya mengatakan, "Ayu, ayah aku dah tak ada....". Masa tu, cuti sekolah. Kami bercuti di kampung halaman masing-masing. Mesej tu buat saya sangat terkejut tapi 'ter'bagi reaksi bangang tak matang dan saya rasa macam tak patut. Saya call balik dia dan tanya betul ke berita tu dan siap suruh dia cerita lagi macam mana kejadian tu. Sebabnya pemergian ayah dia adalah secara tetiba. Dan bila saya fikir balik, betapa kuatnya sahabat saya tu, dia boleh layan saya dan ceritakan walaupun memangla suara dia sedih tapi masih mampu untuk bagitau dan berfikir secara rasional. Saya sangat mengagumi dia, in fact, bila lepas cuti, dia bercerita pada saya dan teman-teman yang lain, dia mampu untuk bercerita dengan rasional. Indeed! saya kagum dengannya. Ini tak termasuk lagi cubaan dan dugaan yang dia dan keluarga hadapi selepas pemergiaan ayahnya. Ibunya yang tak bekerja dan tak pernah tahu banyak urusan yang sebelum ini diuruskan oleh ayahnya. Bagaimana sahabat saya ini tabah bersama ibunya untuk menyelesaikan banyak urusan. Dan mereka mampu untuk survive hingga kini.

Dan berita baru yang saya dengar datuknya pulang ke rahmatullah dua minggu sebelum dia datang semula ke sini ketika balik bercuti di Malaysia hujung tahun lepas. Dan kerana situasi tertentu, ibunya yang menjaga neneknya yang kini tinggal sendiri. Dalam kekalutan semua urusan nak pindah rumah, pindah sekolah adik-adik, urusan-urusan lain, sahabat saya ini terpaksa tinggalkan ibunya dan datang ke sini awal tahun aritu. MasyaAllah! Saya tak tahu macam mana hebatnya jiwa dia. Betapa tersepitnya jiwa dia antara kasihankan ibu dan keluarga dengan tanggungjawab sebagai pelajar. Tapi satu yang pasti, dia MAMPU. Sebab itu, Allah ujinya.

Wahai sahabat, walaupun mungkin kata-kata ini tak pernah terungkap, tapi kekuatan jiwamu sentiasa dan akan selamanya mengagumkan ku. Mohon maaf andai banyak hak-hak ke atas dirimu, sebagai sahabat mahupun sebagai anak yatim yang tidak ku tunaikan. Menyesali dengan kekurangan diri sendiri.

Dan sesungguhnya setiap kekurangan, musibah, ujian yang Allah kurniakan itu ISTIMEWA hanya untuk mereka yang MAMPU dan hanya untuk mereka yang terpilih.

Mereka jauh lebih istimewa dari kita. Dan untuk kita, belajarla dari mereka. Mungkin saja Allah mahu kita belajar untuk tabah dari mereka. Untuk diri sendiri, kalau setakat ada masalah sikit-sikit tak payah la nak gelabah sangat. Tak payah nak bising-bising. Tak payah nak stress lebih-lebih (sikit-sikit boleh saje, ada positifnya). Tak perlu nak merungut lebih-lebih. Because, everything will be fine. So DONT WORRY!



Dont worry, everything will be fine! Allah kan ada! ^_^



4 comments:

  1. jzzk kak for sharing diz,
    sy pnah dgar ayt ni dan sgt suke!

    -->whenever you have problem never say "dear ALLAH i have problem" but said that "hey problem,i have ALLAH"...

    smoga kita terus kuat!
    ^_^

    ReplyDelete
  2. wyyaki jiah...

    jzkk sharing ayat tu jiah!

    ya, InsyaAllah.. moga kita terus kuat walau d mana kita brada ^_^

    ReplyDelete
  3. no..and don't worry..=)


    do you have a problem in your life right now?
    yes..lot of assignments..
    can you do something about it?
    yes..work hard to finish it...
    then..don't worry..
    Allah is there to guide me..

    jzkk ukhti..=)

    ReplyDelete
  4. wyyaki syaal !

    yes, dont worry, everythg will be fine... Allah kan ada! ^_^

    ReplyDelete

Komen anda..