Saturday, May 14, 2011

Cik kotak, Cik Kura-kura dan rumput

saya down  ;(

Kelihatan Cik Kotak kelesuan dan tidak bermaya. Mungkin kerana kepenatan dan tertekan. Cik Kotak hairan kenapa dia diuji sebegitu. Tak pernah lagi harunya sebiru ini. Cik Kotak sangat hairan kenapa dia harus dipertemukan dengan orang yang salah, lepas satu, satu yang ditemuinya memberi masalah. Susah sangat ke nak cari orang yang baik nih? Dan bilamana dia bertemu dengan orang baik, hati sudah mula sayang, saat itula dia diuji. Orang yang disayangi itu mengecewakannya. Dan ini membuatkan dia tak nak dah percaya pada sesiapa. Kekecewaan itu menyebabkan Cik Kotak sudah serik untuk memilih dan menyayangi sesiapa lagi kerana takut sayang itu tak lama.

Tetibe, Cik Kotak ditegur Cik Kura-Kura. "Kenapa ni Cik Kotak? Sedih je nampaknya", tanya Cik Kura-Kura. Jawab Cik Kotak dengan muka sedih (tapi comel), "Entahlah Cik Kura-Kura, tak faham dengan hidup ini". Cik Kura-Kura senyum dan ajak Cik Kotak jalan-jalan.

Jom, kita jalan-jalan jap ea

Sambil berjalan bersama-sama (walaupun Cik Kotak kelihatannya duk atas Cik Kura-Kura, tak jalan sendiri pun), Cik Kotak bertanya pada Cik Kura-Kura,

Cik Kotak : Cik Kura-Kura, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cik Kura-Kura : Oh, awak nak tahu ke?. Emmm... Baiklah, sekarang kita dah sampai ke padang rumput ni. Awak buat apa yang saya suruh kat sini. Ikut je ye... Mungkin awak akan dapat apa jawapannya.

Cik Kotak : Baiklah... Apa yang saya harus buat?
monolog dalaman Cik Kotak: apa kaitan padang rumput dengan soalan aku tadi

Cik Kura-Kura : Awak berjalan di atas padang rumput ni sampai ke hujung sana dan sambil memandang rumput di depan awak, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan awak petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan awak tersebut dan selepas itu bawa balik ke sini.

Cik Kotak : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang awak suruh.

nak pilih rumput yang mana ni? @_@


Apabila Cik Kotak tersebut balik semula berjumpa dengan Cik Kura-Kura, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Cik Kura-Kura pun bertanya kepada Cik Kotak:

Cik Kura-Kura : Mana rumput yang saya suruh petik tadi?


Cik Kotak : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi awak kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah awak cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cik Kura-Kura : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas...

sayangi dan hargailah semua rumput orang yang kita jumpa!


3 comments:

  1. comel nye entri ni kak!
    sgt2 bmanfaat insyaAllah
    jzzk ^_^

    ReplyDelete
  2. hehe.. wyyki! ^_^
    tp yg pntg, msej smpai, kn?

    ReplyDelete
  3. insyaAllah,,,

    Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.


    setiap kkurangan org lain patut kita lalui n berusaha utk terima, syukuri apa yg ade,,
    insyaAllah,, perkara ni slalu blaku dlm hidup kita,

    dan tpualang pd individu utk mninggalkan org tu atau mnjaga hubungan yg ade,,,,

    ukhuwwah fillah abadan abada

    ReplyDelete

Komen anda..