Tuesday, April 19, 2011

Ragam Bertudung

Seorang ustaz berkata : Jangan suruh anak gadis dan isterimu pakai tudung! (dengan muka serius)
Orang ramai : ????????? (kenapa? sambil garu kepala yang tak berapa gatal)


----------------------------------------------------------------

Adaptasi dari kisah benar:

Kamilah (bukan nama sebenar) dilahirkan dalam keadaan keluarga yang tidak menitikberatkan pemakaian tudung. Tetapi di sekolah, ustazahnya memberi arahan pada Kamilah dan kawan-kawan supaya memakai tudung. Kamilah tak puas hati dan berjumpa dengan ustazahnya. Namun ustazahnya gagal memberi jawapan yang tepat dan memuaskan hatinya kenapa wanita Islam perlu bertudung. Dan dengan yakin dan beraninya dia berpegang pada prinsip 'saya tak bertudung dan saya ok!'. Untuk membuktikan lagi keyakinannya, Kamilah bagitahu kawan-kawannya tentang itu. Tapi pada suatu hari, Kamilah kembali terfikir kenapa perlu bertudung. Dia cuba mencari jawapan dalam Al-Quran tafsir. Dia terjumpa dan kerana terkejut dia menafikannya. Tak percaya! Kamilah ambil selimut dan tidur. Tapi entah kenapa, dia rasa 'tak selesa'. Bangun balik dan tengok pada Al-Quran tersebut yang diletakkan atas meja dekat dengan tingkap. Seakan-akan seperti ada cahaya yang menyuluh pada helaian Al-Quran yang terbukak. Kamilah bingkas bangun dan menuju pada Al-Quran dan Subhanallah! Dia terjumpa sekali lagi ayat lain tapi menegaskan tentang kewajiban bertudung. Dan Alhamdulillah setelah itu Kamilah mula bertudung dan berpakaian yang lebih labuh dari sebelumnya. Jika sebelum ini berT-shirt T lengan pendek, kini dia mula memilih baju berlengan panjang. Bukanlah mencapai tahap kesempurnaan tapi lebih baik dari sebelum ini.

2,3 tahun berlalu. Kini, Kamilah sedang melanjutkan pelajaran di Australia. Walaupun dia berada di sebuah negara bukan Islam dan belajar di sebuah universiti yang sangat-sangat sedikit orang Islam, tapi Kamilah masih bertahan dengan tudungnya. Alhamdulillah juga dirinya dianugerahkan sahabat-sahabat yang baik dan mereka bersama-sama mencari cahaya tarbiyah di Bumi Kanggaroo. Tapi entah kenapa, hatinya kembali terdetik tentang persoalan kepentingan bertudung setelah dia mengetahui bahawa sepupunya tidak bertudung tapi boleh hafaz Al-Quran. Kamilah diuji apabila wujudnya bisikan syaitan yang mengatakan boleh je jadi baik walaupun tidak bertudung. Tetiba dia terfikir, tak nak PAKAI TUDUNG la. Apabila diceritakan dan mohon pendapat murabbiahnya, Kamilah terkesan apabila murabbinya mengatakan, "Sanggupkah awak menolak dan melupakan hidayah yang Allah pernah bagi dengan begitu special sekali?".


Ya, benar. Hidayah yang dia dapat sungguh special. Berapa ramai antara kita yang menerima hidayah 'seromantik' itu? Diberi gerak hati untuk membelek Al-Quran tafsir dan kemudian nampak seakan-akan ada cahaya di helaian yang sangat tepat menunjukkan ayat suruhan bertudung itu. Seolah-olah Allah sedang menjawab persoalan yang sedang bergejolak di hatinya. Sejujurnya, sedikit sebanyak saya agak jeles dengan kisah gadis di atas. Kisah saya dan tudung tak se'sweet' dia. Tapi saya kagum dengan sikapnya. Buat sesuatu itu bukan kerana ikut-ikut. Dia bertudung setelah yakin dan pasti KENAPA WAJIB BERTUDUNG. Dan setiap dari kita patut ambil iktibar.

Berapa ramai antara kita yang memakai tudung kerana ikut-ikutan ataupun kerana kena paksa dengan ibu bapa? Saya (yang dulu) termasuk dalam golongan ini. Pengalaman zaman sekolah rendah kena tengking dengan Umi depan kawan-kawan sebab nak keluar pergi main, tapi tak pakai tudung sebab masa tu saya tengok kawan-kawan pun tak pakai tudung. Pada masa tu, saya tak tahu pakai tudung kerana apa. Jadinya bila tengok kawan tak pakai tudung, nak ikut la jugak. Tapi pengalaman kena marah macam tu yang sampai sekarang saya ingat membuatkan saya takut dan 'terpaksa' pakai tudung. Walaupun lama-kelamaan ianya menjadi 'alah bisa tegal biasa'. Tapi tetap terasa sedikit 'sengal' sebab pakai tudung tapi tak tahu kenapa Islam suruh pakai tudung.

Ayat Al-Quran berkaitan tudung dan aurat


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka mneghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung."

Dah terang lagi bersuluh tentang suruhan bertudung ini. Ada satu ayat yang special khas bercerita pasal tudung dan aurat. Patutkah kita menidakkannya lagi?

Ok. Baiklah. Saya pakai tudung. Tapi sekadar pakai tudung belit-belit sahaja kah tanpa memahami tujuan?

Ragam Gadis Bertudung

Seorang awek bertudung kelihatan berjalan sambil melenggang. Tetiba terdengar suara garau bertegur sapa dengan tidak sopannya, "Assalamualaikum cik adik.. tak jawab dosa. jawab gedik"..

Hah! Pe cer? Bertudung tapi masih diganggu? Sebab tu la adanya ayat ni...


'Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.'

Apa yang dimaksudkan 'jilbabnya ke seluruh tubuh' tu?

Maksudnya, pakailah pakaian yang longgar dan labuh! ^___^


Dan bukannya macam ni:


Rasanya semua orang tahu kot isu 'bertudung untuk berfesyen'. Dan kadang-kadang tu diri sendiri yang terbuat kan? Tapi, InshaAllah (dengan izinNya), kita betulkan balik niat kita pakai tudung ni. First, FAHAMI betul-betul kenapa kita pakai tudung. KERANA ALLAH. Ulang baca banyak-banyak kali sampai faham dan ingat. Ulang lagi. Ok, kemudian, pastikan tudung yang dipakai memenuhi kriteria. Tak jarang. Menutup dada. Ketiga, pastikan juga pakaian kita (baju dan kain/seluar) juga memenuhi kehendak syarak. Labuh dan longgar. Kaki juga perlu tutup maka pakailah stokin/sarung kaki. Sarung lengan juga jangan lupa kalau dirasakan lengan baju agak besar. Keempat, perbaiki akhlak dan amal. Jangan tertinggal yang ini. Luaran sahaja nampak sempurna belum menjanjikan dalaman juga sempurna. Ini basic dan yang penting, isu pokok.

Ini pulak isu cabang yang melengkapkan lagi isu pokok tadi. Bagaimana pula dengan pemilihan pakaian? Perlu sentiasa pakai jubah ke? Pemilihan warna macam mana? Warna hitam sahaja ke dari atas sampai bawah? Wajib berniqobkah baru dikatakan sempurna?

Ini pendapat saya semata-mata! Dan boleh dibidas jika salah dan tidak tepat. Silakan. Saya mengalu-alukan dan meraikan perkongsian pendapat. InsyaAllah.

Pada saya, samada perlu sentiasa berjubah ke tak, tengok situasi dan keperluan. Dan lakukan bila hati betul-betul ikhlas kerana Allah. Sejujurnya saya juga tidak berjubah. Pakaian harian saya di sini adalah blouse berwarna dan berseluar jeans/ slack. Dan juga jelas yang saya tidak berpakaian serba hitam. Dan sememangnya tidak berniqob. Mungkin akan ada yang rasa macam nak 'smash', pandai cakap (yang kat atas) tapi tak buat pun. Ketahuilah, it takes time untuk berubah. Dan perubahan yang sedikit demi sedikit itu sesungguhnya disertai dengan jihad melawan arus di sekeliling. Ditambah lagi dengan situasi kami yang berada di negara bukan Islam ini. BERTUDUNG pun dah rasa macam aliens inikan pulak kalau berjubah serba hitam dan berniqob nampak dua biji mata sahaja. Tapi, Alhamdulillah, saya belajar APA ERTI BERTUDUNG di sini. Di sebuah negara bukan Islam. Pasal pemilihan warna. Tidak dinafikan memang warna hitam adalah warna yang terbaik untuk pakaian muslimah. Kenapa mesti warna hitam? Tak cantik! Sebab tak cantik tu la warna hitam warna yang terbaik. Tujuannya supaya tidak menarik perhatian mata-mata liar. Hurmm, tapi kenapa ada sesetengah ustazah atau orang-orang agama masih berpakaian warna-warni? Saya sendiri tidak pasti tapi saya berprasangka baik (untuk konteks pemilihan warna). Kadang-kadang dengan berpakaian yang kemas dan cantik tapi masih menutup aurat dengan sempurna cuma agak berwarna-warni sedikit adalah kerana itu akan lebih memudahkan urusan 'kerja' mendekati golongan-golongan biasa yang perlu ditarbiyah dan diajak kepada kebenaran. Senang cerita, senang nak masuk la. Kadang-kadang bila berimej terlalu 'suci', golongan-golongan yang dimaksudkan tadi terasa segan dan tidak selesa apabila didekati orang-orang agama tadi. Tapi, tak bermakna sampai perlu tukar imej dari bertudung labuh kepada tudung indon kecik tu. Pasal niqob pulak, seorang syeikh di Brisbane ini pernah berbicara soal ini. Katanya, keperluan berniqob itu bergantung pada situasi dan suasana setempat. Contohnya kami di Brisbane yang negara bukan Islam ini, mungkin berniqob itu tak adalah sampai menjadi keperluan. Ini apa yang saya faham.

Tapi apa-apa pun, ketahuilah, pakaian muslimah yang berjubah hitam dan brniqob itulah yang paling selamat (untuk akhirat) dan paling hampir dengan kesempurnaan. Yang menambah kualiti kesempurnaan itu adalah hati-hati mereka yang hanya Allah sahaja yang tahu.

Oleh kerana post ini lahir dari cetusan soalan dari seorang adik yang bertanya tentang 'bertudung untuk berfesyen', saya ingin berkongsi pendapat saya.

Tindakan untuk bertudung kerana berfesyen adalah satu tindakan yang tak patut dan salah. Kerana kita sepatutnya bertudung kerana DIA. Dan semata-semata untuk DIA. Kerna mematuhi syariatNya. Tapi anggaplah mereka sebagai insan yang belum mengetahui dan memahami. Bantulah mereka untuk memahami. Dan sokonglah mereka untuk berubah. Doakan semua wanita muslimah dapat memahami UNTUK APA MEREKA BERTUDUNG. Bagi akhawat yang sudah menerima sinar tarbiyah dan berada dalam situasi 'construction under progress', iaitu dalam usaha membaiki diri, percayalah, lintasan-lintasan hati dan persoalan-persoalan yang pelik tu adalah UJIAN untuk kita. UJIAN samada kita akan meneruskan 'construction' tu ataupun tidak. Jangan risau teruskan. Pedulikan mereka-mereka yang melemahkan semangat juangmu. Bukan dia yang akan duk sebelah kita dan tolong jawab setiap persoalan pada hari pembalasan. So, keep going ukhtiku.. Matlamat kita adalah DIA dan bukannya dia. ^_^



-------------------------------------------------------

Ustaz tadi sambung ceramahnya: Jangan suruh anak gadis dan isterimu bertudung tapi SURUHLAH MEREKA MENUTUP AURAT!
Orang ramai: oooo....



#kadang-kadang penggunaan istilah 'pakai tudung' lebih ke arah keduniaan (berfesyen) tapi kalau 'tutup aurat' lebih ke arah akhirat (kerana NYA). InshaAllah...


p/s: segala kekurangan saya sandarkan atas diri saya sendiri.




3 comments:

  1. assalamualaikum...alhamdulillah..subhanallah...
    sy dlm sejak dua menjak ni..stress skt...
    sy rasa diri sy ni x berubah2 pun...
    hati sy terdetik, sy x nk brubah drastically...tp sy nk berubah slow2 but istiqamah...

    thx kak
    Ketahuilah, it takes time untuk berubah.

    like ! copy wt fb status ek

    ReplyDelete
  2. Jiah >> wyyaki n Alhamdulillah ^_^


    Adilah >> eh, mcm dpt msej laen nih? hehe... tp x pe, kl ayat tu bleh buat adilah rasa okay, why not kn? teruskn berusaha mncari redha Allah... sebab "redha perlu dicari bukan dinanti"... lgpun, insan yg lg bnyk jihadnya mlawan nafsu diri sndiri n lg bnyk hlgannya nak dptkn kebaikan.. org itu akn dpt pluang lg bnyk nk kmpul pahala brbnding mereka yg dgn mudah shj dpt kebaikan..

    ReplyDelete

Komen anda..