Wednesday, March 30, 2011

Ketepikan Separuh Hatimu


Pernah tak sahabat terasa dan terluka dengan kata-kata mahupun perbuatan seseorang?

Saya tahu jawapannya. Mesti pernah kan?

Kerna setiap dari kita pernah TERASA.

Terutamanya dengan sesama akhawat/ikhwah, sahabat, kawan, rakan, member atau geng. Apa-apa la gelarannya, tapi lumrah perhubungan itu sememangnya akan ada masanya untuk diuji. Salah seorang dengan lantangnya bersuara tanpa memikirkan perasaan yang satu lagi, dan kerana itu yang seorang lagi TERASA dan kemudiannya berkecil hati.

Pelbagai respon yang diberikan oleh si TERASA. Ada yang memilih untuk meluahkan depan-depan dalam keadaan marah dan akhirnya sama-sama terasa dan bermasam muka. Ada yang membidas dengan memberikan kata-kata pedas yang ‘makan dalam’. Ada juga yang berdiam diri tapi tak bermakna dibiarkan berlalu bersama angin taufan tadi. TERASAnya menyebabkan dirinya terus-terusan memikirkan hal tersebut dan bersedih hati. Stress. Ada juga yang senyap tak menjawab tapi menangis sedih dan kecewa bila bersendirian. Pelbagai reaksi. Pelbagai respon. Pelbagai cara.

Cuma, satu je yang saya nak cakap,

Ketepikan Separuh Hatimu


Kadang-kadang saya pernah berharap agar saya tiada hati yang boleh TERASA. Tapi saya tahu itu mustahil kerana itu salah satu cara ujian Allah dan ujianNya adalah tarbiyah direct dariNya. Tak nak ke kan?

Ketepikan separuh hatimu, bukanlah bermakna buang separuh hati secara perubatan bermakna buat pembedahan (kalau derma hati lain cerita), tapi ketepikan TERASA itu tadi.

Jangan cepat sangat marah dengan mereka yang ‘bermulut tanpa insurans’ ni. Rasulullah SAW pun dah pesan, Laa Taghthab. Jangan marah!


Hadis 16 dari Hadis Arba’in,
Dari Abu Hurairah ra menjelaskan bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW, “Berilah nasihat kepadaku.” Nabi SAW bersabda, “Jangan marah”. Baginda mengulangi beberapa kali dan bersabda, “Jangan marah”. (HR. Bukhari)


Jelas kan? Jadi, jangan marah-marah lagi. ^____^

Dan jangan difikirkan sangat kata-kata atau perbuatan mereka yang menyebabkan kita terasa tu. Bersabarlah dan pujuklah dirimu sendiri wahai sahabat. Kadang-kadang bila kita bersedih dan kecewa tu kita akan makin dekat dengan Allah sebab kita tahu yang hanya DIA sahaja yang memahami kita. Sebabnya, kalau kita cerita pada orang lain pun, orang tu akan cakap, “Ye ke? Ke awak je yang terasa lebih padahal taka da pape pun”. Masa tu mesti fikir, ‘baik tak yah cerita’. Memang tak perlu pun. Ceritalah padaNya. DIA MAHA MENDENGAR. Walaupun kita hanyalah seorang hamba yang hina, kadang-kadang ingat DIA, kadang-kadang lalai, merapu entah apa-apa, tapi DIA sentiasa sudi mendengar. Percaya dan yakinlah padaNYA.

Dan kita juga perlu belajar untuk kawal rasa TERASA ni. Kalau rasa nak hubungan persahabatan, ukhuwah fillah tu bertahan lama, selama yang boleh, sehingga akhir hayat, belajarlah untuk ketepikan separuh hatimu yang TERASA tu. Cuba belajar dari ibu bapa kita yang ‘tak pernah’ TERASA dengan kita. Saya terfikir dan terkesan bilamana saya terasa dengan ‘anak-anak’ saya (junior yang memanggil saya mak, sesaja diorang je nih), dan pada masa tu saya terfikirkan umi saya. Selama 22 tahun saya hidup ini terlampau banyak sikap, perbuatan dan kata-kata saya yang mungkin menyebabkan umi dan ayah saya terasa. Tapi mereka diamkan saja. Tak pernah tunjukkan mereka terasa pun. Masa tu saya terfikir, kita perlu ketepikan separuh dari hati kita yang terasa tu demi orang yang kita sayang. Kena marah tu biasalah. Saya yang anak sulung ni lagi la banyak kena marah dari adik-adik. Dah la ‘tak berapa betul’, sengal-sengal jugak masa kecik dulu. Tapi bila difikirkan secara rasional apa yang mereka marahkan tu, memang patut kena marah pun, demi mengajar saya untuk menjadi lebih baik. Tapi dari segi bab terasa, yang lebih ‘makan dalam’ ni, ibu bapa kita tak akan pernah tunjukkan pun. Dan seharusnya kita juga begitu.

Belajarlah untuk ketepikan separuh dari hati yang terasa dari sekarang. Nanti bila dah ada anak-anak dan suami/isteri yang banyak kerenahnya dan ada antara kata-kata, perbuatan mahupun tindakan mereka yang menyebabkan kita terasa, pada masa tu kita dah pandai untuk kawal TERASA dan bersabar dan pujuk diri sendiri. InsyaAllah.

Belajarlah dan mulakan dengan sahabat, teman, rakan, akhawat/ikhwah atas dasar persahabatan dan ukhuwah fillah yang sebenar ni. Tambahan lagi dalam arena TnD, lagi la banyak bahagian hati yang perlu diketepikan bila bercakap soal TERASA ni. Tapi bila bercakap soal ‘kerja’, hah! Yang ni perlu sepenuh hati dan lakukan dengan berbesar hati. HE’s judging us now and always, so do the best. InsyaAllah, He will make it easier.


~99.9% nasihat untuk diri sendiri. Bakal diulang baca setiap kali diri mula TERASA~




2 comments:

  1. kaklong mohon maaf andai telah membuat hati mama terasa..i'm very sorry,i really do~~

    ReplyDelete
  2. hehe.. x de la bella (k.long).. i'm okay.. Allah give me that thru u. n I'm appreciate, indeed. bcos its make me think about my own umi.. betul la kata mreka yg brpnglmn, bila jd mak baru rasa nk hargai mak sndiri.. tp akk merasainya lbh awal, spy tdk trlmbt.. tetibe je trlintas mcm tu n Alhamdulillah.. kalian 'anak-anak' BF adalah anugerah. insyaAllah kita slesaikn urusan study satu persatu, so that bila blik umh x stress n bleh tumpukn pd 'kerja' yg lg pntg tu.. mode: berusaha utk kwl stress n elakkn terasa yg ntah pape tu.. huhu... sbgmn k.tikah ckp, itu ujian syaitan yg serang ati2 kita.. jgn layan 'godaan dia yg dlaknat'!

    ReplyDelete

Komen anda..