Thursday, March 3, 2011

InshaAllah

Bila bergaul dengan muslim dari pelbagai negara di Brisbane ini, kadang-kadang terasa seperti baru memeluk agama Islam. Muslim yang saya maksudkan adalah muslim yang sebenar yang muslimnya bukan hanya dalam identity card. Mereka adalah muslim yang betul-betul mengamalkan ajaran Islam. Tapi bukanlah bermakna 100% sempurna. Tapi saya sangat mengagumi dari segi tahap keimanan dan kebergantungan mereka kepada Allah, kualiti dalaman mereka. Dari segi aspek-aspek luaran yang tertentu yang subjektif ada la juga yang mungkin bukan terbaik (pada pandangan mata kasar hamba yang lemah seperti saya). Lagipun berbeza negara, berbeza adat, berbeza budaya, berbeza mazhab dan ianya kadang-kadang mempengaruhi cara pelaksanaan ajaran Islam itu sendiri. Tapi tak kisah la tentang isu yang kecil-kecil itu, asalkan masih mengikut syariat yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Kita fokuskan pada kualiti dalaman yang saya maksudkan tadi. Keimanan dan kebergantungan mereka pada Allah SWT.

Pada cuti musim panas yang lepas, sebelum pulang ke Malaysia, saya berpeluang mengikuti program bersama muslim community di Brisbane ini. Berpeluang berjumpa dengan beberapa 'saudara baru' dari China, Rusia dan Australia yang baru memeluk Islam. Berpeluang juga berjumpa dengan golongan yang, muslim sejak dari lahir tapi baru merasai nikmat iman itu sekarang. Dan perubahan mereka-mereka ini sangat drastik, kalau saya boleh katakan sebegitu. Ada seorang aunty ini menolak terus apa-apa yang bersifat keduniaan, yang mana adalah sesuatu yang sangat bagus bukan? Tapi tidak semua orang mampu melakukannya. Kalau tak percaya cuba muhasabah kembali urusan harian kita. Betul atau tidak yang kita selalu melebihkan dunia? Kalau pelajar, markah untuk assigment dan exam itu adalah misi paling penting, bukannya pahala yang akan dibawa ke akhirat nanti. Hujung minggu hari itu, saya terkedu dengan ayat seorang senior phd di sini ketika kami berbual-bual. Saya tanya, "Akak tak busy ke buat phd nih? Sempat ke akak nak join kalau-kalau kami nak ajak akak datang program?". Jawabnya, "Kalau kita kejar dunia, dunia akan berlari tinggalkan kita, tapi kalau kita kejar akhirat,...". Akak itu tak habiskan pun ayat tu, tapi saya dah faham dan saya tahu maksudnya. Its sounds so cliche, right?. Selalu dengar dan jumpa ayat tu kan?. Tapi kita rasa terpukul sekejap sahaja. Kenapa ya? Perlu banyak muhasabah.

Kembali kepada kualiti dalaman yang saya maksudkan tadi. Maaf, saya melencong sikit.

Saya nak cakap ni je sebenarnya. Mereka yang saya maksudkan kat atas tadi tu, sangat kerap menuturkan InshaAllah, MashaAllah, Tabarakallah. Sangat kerap. Sampaikan 2,3 kali bersama mereka, saya pun rasa nak bercakap menggunakan InshaAllah tu sekerap yang boleh seperti mereka. Tapi sejujurnya, saya tak tahu ataupun mungkin saya tak ambil tahu pun kepentingan mengucapkan InshaAllah tu, yang melambangkan kebergantungan kita kepada Allah.

Dan 2 hari lepas, saya jumpa ayat ini.



“Dan janganlah sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, “Aku pasti melakukan itu besok pagi,”


kecuali (dengan mengatakan), “inshaAllah”. Dan ingatlah kepada Tuhamu apabila engkau lupa dan katakanlah, “Mudah-mudahan Tuhanku akan memberikanku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini.”

Dan ada kisah kenapa Allah turunkan ayat ini. Menurut riwayat, ada beberapa orang Quraisy bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang roh, kisah Ashabul Kahfi (penghuni gua) dan kisah Zulkarnain lalu Rasulullah SAW menjawab, datanglah besok pagi kepadaku agar aku ceritakan kepadamu. Dan Rasulullah tidak mengucapkan insyaAllah (ertinya jika Allah menghendaki). Tapi rupanya sampai besok harinya wahyu terlambat datang untuk menceritakan hal-hal tersebut dan Nabi tidak dapat menjawabnya. Maka turunlah ayat 23-24 di atas, sebagai pelajaran kepada Nabi; Allah mengingatkan pula bilamana Nabi lupa menyebut InshaAllah, haruslah segera menyebutnya kemudian.

Dan mengikut Tafsir At-tabari ayat ini merupakan pendidikan dari Allah SWT kepada Nabi-Nya, Muhammad saw., yang menegaskan kepadanya untuk tidak memastikan apa yang akan terjadi dari berbagai urusan seolah-olah itu pasti terjadi dan tidak akan pernah meleset selain bahawa semua itu boleh terjadi hanya dengan kehendak Allah SWT. Kerana suatu perkara tidak terjadi kecuali atas kehendakNya.

Nabi Muhammad SAW yang mulia itu pun ditegur oleh Allah bilamana tidak menyebut InshaAllah ketika berjanji atau mengatakan sesuatu, apatah lagi kita bukan. Pendidikan itu adalah pendidikan yang sangat berguna untuk kita sebenarnya, bukanlah semata-mata untuk Rasulullah. Kadang-kadang saya rasa kita tak cakap InshaAllah ini kerana adanya virus egoistik dalam diri. 'Bajet' diri bagus dan pasti boleh menunaikan janji itu ataupun pasti boleh melakukannya. Padahal kita lupa, kalau Allah tak izinkan, tak usah kata nak tunaikan janji tolong kawan, tapi nak angkat tangan tepis lalat yang terbang kat muka kita pun tak boleh. Tapi itu la. Kurangnya tahap kebergantungan kita kepada Allah.

Dengan itu, selalu lah mengucapkan InshaAllah ( jika Allah mengkehendaki ) setiap kali kita memberi janji ataupun berkata-kata seakan-akan memberi pengharapan pada orang lain. Moga-moga Allah izinkan dan permudahkan kita untuk menunaikannya, InshaAllah... ^___^


p/s: jangan suka dengar lagu InshaAllah Maher Zain je, tapi fahamilah dan ucapkanlah InshaAllah tika bertutur. ;)


4 comments:

  1. insyaallah..cuba memanfaatkan ilmu ini sebaik mungkin..=)

    ReplyDelete
  2. alhmdulilalah..
    tp...
    treingat kata kawan...
    "kita sellau mainkan prkataan insyaAllah ni hinggakan jdi zikir di bibir...tp, kta x hayati pun lafaz tu..sdang ia sprt kita brjanji kpd Allah"

    ReplyDelete
  3. syaal >> inshaAllah, tp kdg2 tiada biaah sbegitu, kita cpat lalai.. huhu...

    murabbi>> betul kata kwn murabbi tu.. tp sbnrnya kita leh rasa (common sense) samada org yg mlafazkn itu main2 ataupun diucapkan dgn keimanan..

    adilah>> slamat dtg ke TZ ^_^

    ReplyDelete

Komen anda..