Tuesday, February 22, 2011

Tempat Bergantung

Esok saya akan balik ke Brisbane untuk sambung perjuangan di sana. Perasaan, macam-macam ada. Tak sabar nak balik sana dan settle down untuk pergi ke kelas dan sambung pengajian ijazah saya. Juga tak sabar untuk terus mencari missing chapters saya, dan terus berusaha melengkapkan diri dengan tarbiyah islamiyyah. Berdebar pun ada memikirkan semua itu kerana saya tahu pelbagai dugaan bakal ditempuhi. Sedih pun ada kerana bakal tinggalkan keluarga sekurang-kurangnya untuk setahun lagi dan bakal hadapi segala dugaan di sana sendirian. Bercampur baur perasaan ini.

Namun dalam resah gelisah itu, saya tetap juga packing barang-barang. Bila packing ni, terasa macam berat la pulak. Takut terlebih kg. Nanti kena bayar denda. Malas nak biarkan banyak urusan di kaunter check in nanti. Mulalah saya berharap agar orang di kaunter check-in tu nanti tak cerewet. Harap juga berat beg ni tak lebih kg. Saya juga berharap semua urusan dengan mereka-mereka di airport dipermudahkan.

Teringat kembali 1 Januari yang lalu.

Saya selamat kembali ke tanahair sendirian dan itu adalah pengalaman kali pertama saya melalui perjalanan jauh seorang diri. Saya sudah berusaha untuk mengelak travel seorang diri, tapi keputusan kawan pada saat-saat akhir menguji kesabaran. Tapi situasinya menuntut kesabaran dan saya pasrah. Walaupun kadang-kadang terasa seperti, "I dont want to trust anyone after this!", tapi bila difikir secara rasional, itu adalah ujian Allah, saya pasrahkan saja. Sangat bertawakal pada Allah agar semua urusan dipermudahkan. Dari Brisbane ke Melbourne seorang diri. Dan kemudian terdampar di airport Melbourne sendirian. Sampai sahaja di situ, saya ke hulu ke hilir mencari tempat nak solat Zohor. Saya tak tahu ada Prayer Room di sini. Sehinggalah seorang kawan di Brisbane mesej. Kerana saranannya, saya terfikir untuk bertanya kepada guard di airport yang kebetulan lalu. Dan kedua-duanya menunjukkan saya arah Prayer Room tersebut. Alhamdulillah saya boleh solat di tempat yang elok dan berada di situlah saya sehingga masa check-in flight Melbourne-Kuala Lumpur. Prayer room tersebut hanyalah bilik kecil yang hanya ada 1 bahagian sahaja, campur lelaki dan wanita.Banyak kisah di Prayer Room tu. Pertama, saya jumpa seorang Turkish man, dah kategori pak cik pun uncle ni, baru selesai solat dan tolong bukakkan pintu untuk saya masuk bersama bagasi. Sebelum berlalu, dia puji, "You look nice with your... (sambil menunjukkan ke bahu), pin di bahu kanan saya. Agaknya Muslimah Turkish pakai tudung tanpa pin/brooch kot. ;). Kedua, saya berjumpa dengan seorang nonmuslim woman yang masuk ke Prayer Room tersebut untuk 'solat'. She ask me, "This is a prayer room for all, isnt it?". I replied, "Yes, I guest". Tak tahu nak jawab apa sebenarnya. Tak kan nak jawab tak. Lagipun prayer room tu tak tulis pun hanya untuk muslim walaupun kat dalam tu ada Al-Quran dan sejadah. Saya pun duduk la dalam prayer room tu sambil jeling-jeling tengok aunty tu 'solat'. Sebelum berlalu, she told me, "May God bless you". I replied with a smile ^___^. Ketiga, saya berjumpa seorang kakak dari Malaysia yang bercuti ke Adelaide (rumah kakak dan abang iparnya). Kami berborak dan beratur bersama-sama untuk check-in malam tu. At last, saya ada kawan untuk berborak sambil beratur. Ngee! Dan ada seseorang yang boleh tolong jaga barang bila nak ke tandas. Susah nak ke tandas bila sorang-sorang sebab nak kena heret semua sekali. ;( . Perjalanan dari Melbourne ke KL malam tu agak dramatik sebab cuaca buruk. Tapi Alhamdulillah, flight tetap touch down mengikut jadual.

Dan malam tadi, saya terbaca satu kisah yang menarik. Tentang penjual telur ayam.



Pada suatu masa dahulu ada seorang penjual telur ayam. Satu hari, dia lalu di hadapan sebuah istana. Kerana mengagumi keindahan istana tersebut, si penjual telur itu memilih untuk duduk dan berehat sambil mengadap istana terbabit. Dia meletakkan telur-telur ayam tersebut di depannya dan kemudian mula berangan.....

Bila aku jual telur-telur ini, aku akan beli ayam, ayam-ayam itu pastinya akan bertelur, kemudiannya aku akan jual ayam-ayam itu kepada penjual ayam dan telur-telur itu kepada penjual telur dan kemudian aku beli kambing. Aku akan biarkan kambing-kambing itu membiak dan kemudian aku akan jualkan kesemuanya. Dan aku akan beli lembu dan buat benda yang sama seperti kambing tadi. Dengan itu aku menjadi kaya dan boleh memiliki istana secantik ini, kemudian aku boleh meregangkan kaki aku seperti..... ketika meregangkan kakinya itu, dia tersepak telur-telur ayam di depannya dan kesemuanya pecah...


Cerita ini memberi pengajaran yang bermakna.

Pernah tak sahabat menjadi seperti penjual telur ayam di atas yang berfikir bahawa 'aku' yang membolehkan dia memiliki segala kemahuan dalam hidupnya? Perasan tak kadang-kadang kita bergantung pada 'aku' dan 'perkara lain' dalam segala urusan kita. Kita beranggapan bahawa 'aku' yang menyebabkan peniaga ayam, peniaga telur, peniaga kambing yang membeli barang jualan kita. Berapa banyak kali sudah 'perkara lain' yang kita bergantung itu mengecewakan kita? Pernah tak kita terfikir adakah apa yang dijadikan pergantungan kita itu adalah yang betul? Pernah tak terfikir sambil membawa telur-telur ayam tu, bila-bila masa sahaja kita boleh terjatuh dan menyebabkan telur-telur tersebut pecah?

Adakah betul tindakan kita yang bergantung pada 'aku' dan membolehkan itu dan itu dan itu berlaku?

Atau kita perlu sedar bahawa kita sepatutnya meletakkan sepenuh pergantungan kita pada DIA yang memiliki segala-segalanya ini, DIA yang membolehkan kita memiliki semua itu, DIA yang menolong kita berdepan dengan dugaan dan cabaran dalam menggapai semua itu?

Saya terkesan.

Sebab itu saya teringat balik apa yang saya lalui dalam perjalanan balik 1jan yang lepas. 2,3 hari sebelum balik lagi saya berdebar-debar sebab takut ada apa-apa yang tidak diingini berlaku. Berdoa memohon pertolonganNya, tapi bila semua sudah selamat, saya seakan-akan berterima kasih pada 'diri sendiri' yang berusaha nak pergi ke prayer room, seolah-olah giving thanks to 'mereka' yang saya jumpa di Prayer Room dan membantu serta menenangkan saya. Padahal saya lupa DIA yang memudahkan saya untuk bertanya pada guard di airport, dan merajinkan mereka juga untuk berjalan bersama saya tunjuk prayer room tersebut, DIA yang menghadirkan pakcik Turkish tu untuk tolong bukakkan pintu dan menenangkan saya dengan berborak-borak seketika, DIA yang mendatangkan nonmuslim aunty tu yang kemudiannya 'mendoakan' saya walaupun saya tak tahu taraf penerimaan doanya itu. But at least, it makes me smile, DIA yang menemukan saya dengan kakak itu dan jadi teman borak dan berkongsi cerita.

Samalah jugak dengan apa yang kita lalui dalam kehidupan seharian ini. Banyak yang kita rancang bukan? Seperti rancangan penjual telur ayam tadi. Rancangan kita mestilah nak belajar sungguh-sungguh nak dapat result macam tu, kemudian nak kerja di situ, nak gaji banyak tu, nak beli rumah macam tu, nak beli kereta warna ni, berkeluarga, dan macam-macam la. The list is going on and on. Tapi kadang-kadang kita tersilap meletak sandaran kita. Kita tersalah memilih tempat bergantung. Kita lupa DIA!!!

Jadi, sebagaimana kita perlu selalu betulkan niat, apa kata kita betulkan juga tempat bergantung kita.

Hanya bergantung padaNYA, Allah Yang Satu.


Berharap agar semua urusan dipermudahkanNya. InshaAllah.




~menulis untuk membetulkan tempat bergantung diri sendiri. Bergantung padaNYA segala urusan nak balik BNE ini dan juga bergantung padaNYA untuk segalanya selama setahun lagi di sana. Hanya ingin berkongsi bagi yang sudi~




4 comments:

  1. Assalamu alaikum.
    Salam kenal ya buat pembuat Blog ini.
    Isi2 tulisannya enak di rasa di hati. Afwan, sebelumnnya, saya boleh tidak untuk mensave beberapa gambar di blog ini?
    Terus berkarya. Moga berkah,amin.
    Wassalam

    ReplyDelete
  2. wksalam wbt Alpagatani

    gambar di blog ini 80% adalah dari google.. silakan save, tiada masalah bagi pihak saya..

    Terima kasih sudi singgah di sini ^_^

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sis,
    hehe, tgh cari tarbiyah dzatiyah utk hw usrah malam nie, n i fond this blog
    really nice story n make me think the same think as you are, bila scroll down lagi n ternampak 'saya terkesan'
    cerita kita looks almost the same but sy lupa yang DIA yang mempermudahkan segalanya..Jzkk sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam wbt sis,

      Sekadar prkongsian.. Moga saling mngingatkan n dpt mmberi manfaat. Moga Allah redha dgn saudari.. Moga terus tsabat dgn usrah jgk ;')

      Delete

Komen anda..