Wednesday, February 16, 2011

Jangan Pukul Sama Rata


Kadang-kadang kita ni suka sangat 'pukul sama rata'. Bukan pukul sama rata sebagai salah satu teknik dalam masak kek tuh. Itu memang perlu kepada pukul sama rata. Kalau tak, nanti tak jadi kek itu seperti yang kita harapkan.

*gambar sekadar hiasan kepada tajuk*

Tapi yang saya maksudkan adalah kes 'pukul sama rata' kepada situasi-situasi dan insan-insan di sekeliling kita.

Situasi 1:
Kelihatan seorang gadis bertudung labuh, berbaju longgar, pakai sarung lengan, pakai stoking dan berkasut sedang berjalan. Dua orang perempuan yang berbeza gaya penampilannya berada di seberang jalan menunggu bas sambil memerhati gadis bertudung labuh tadi. Kata salah seorang dari mereka:
"Tu mesti budak usrah kan? Nak pergi usrah la tu. Ko tau tak dia pernah ajak aku join tazkirah diorang? Awal-awal dulu aku pergi la sebab dapat makan sedap-sedap. Tapi lama-lama baru aku paham diorang nak buat usrah sebenarnya. Aku tak minat sangat diorang ni sebab tak bergaul dengan orang lain. Dengan budak lelaki langsung tak nak pandang. Kawan sesama diorang je. Padahal masa belajar ni la kita nak bergaul dengan semua orang kan termasuk mat salleh? Ini tak, langsung tak berminat nak bergaul."
Seorang lagi mengiyakan dan tersenyum kerana dia juga mempunyai pendapat yang kurang lebih sama je.

Padahal si gadis bertudung labuh itu sedang menuju ke perpustakaan untuk study group bersama kawan-kawan mat salleh nya.... ~lalalala

Situasi 2:
Seorang gadis tidak bertudung dan berspek hitam sedang berjalan di pusat bandar dengan pandangan penuh makna ke depan. Seorang gadis yang baru beberapa bulan mengikuti usrah dan telah belajar serba sedikit tentang agamanya melintasi gadis tidak bertudung berkenaan. Hatinya terdetik, 'Isshh, budak perempuan ni, tak tahu ke tudung tu wajib? Majoriti orang kat bandar ni pakai tudung, boleh plak dia tak pakai tudung, tak malu ke? Tu la orang ajak pergi usrah tak nak, dengar ceramah agama pun malas. Yang dia tahu nak melawa je.'

Padahal si gadis tidak bertudung dan berspek hitam itu baru sahaja menjumpai jawapan yang dia cari selama ini, Kenapa Wajib Bertudung?, setelah berdebat dengan ustaz di sebuah masjid tentang persoalan hatinya itu. Dia seorang gadis berpendirian tegas yang hanya akan melakukan sesuatu itu setelah mempunyai alasan yang kukuh dan bukannya kerana mengikut orang di sekeliling. Dan pandangan penuh maknanya itu penuh dengan keinsafan dan sedang menuju ke kedai tudung di pusat bandar terbabit.

Situasi 3:
Hari itu adalah hari persekolahan. Pada jam 9 pagi, kanak-kanak lelaki dalam usia 10 tahun itu berjalan sambil menundukkan wajahnya ke birai jalan kampung. Langkah kaki diatur dengan lemah sambil tangan kanan mengheret ranting kayu yang entah dari mana dikutipnya. Kemudian, sebuah kereta melintasi kanak-kanak itu dari arah bertentangan. Seorang insan di dalam kereta itu mengomel, 'Ishh, budak-budak sekarang ni, orang lain pergi ke sekolah dia boleh pulak merayau entah ke mana-mana pagi-pagi ni. Kalau macam ni, macam mana nak maju? Sekolah tak nak pergi. Merayau tanpa tujuan. Nanti mula la tu berkawan dengan budak-budak yang tak baik. hisshh! macam-macam la diorang nih.'

Padahal kanak-kanak itu adalah antara beribu kanak-kanak malang yang terpaksa ke klinik sendiri seminggu sekali untuk mendapatkan rawatan kerana penyakit buah pinggangnya. Ayah dan ibunya telah berpisah. Ayahnya merupakan seorang ayah yang suka berjudi dan tidak mempedulikan keluarga. Kerana itu, ibunya meninggalkan mereka adik beradik dan berkahwin lain. Mereka adik beradik tidak ke sekolah bukan kerana malas tapi kerana tiada siapa peduli. Siapa tahu isi hati sebenar si kecil yang kemungkinan besar sangat-sangat mengharapkan peluang untuk ke sekolah dan mengenal ABC, 123? Bukan mereka yang degil dengan merayau-rayau dan bergaul dengan budak-budak nakal tapi tiada siapa yang mengajar cara bergaul yang betul pada mereka.


Tapi kita?

Pukul sama rata!


Semua orang disama ratakan.

Pernah tak sahabat 'pukul sama rata' orang lain? Kalaupun bukan mereka seperti dalam ketiga-tiga situasi di atas, mungkin juga situasi-situasi lain.

Sebenarnya kita perlu muhasabah diri dan ambil masa sedikit untuk berfikir sebelum judge orang. Janganlah hukum semua orang dengan hukuman yang sama. Kita tidak tahu situasi sebenar mereka.

Secara lumrahnya 'pukul sama rata' ini dikaitkan dengan judgement negatif, kebiasaannya. Kenapa ye?

Kalau ikut ilmu psychology, our judgement is based on our background knowledge. Atau mungkin jugak background history.

Mungkin kita judge seorang kanak-kanak yang merayau dan tidak pergi ke sekolah itu sebagai seorang budak nakal yang ponteng sekolah kerana setakat yang kita tahu, itulah perangai budak-budak nakal ni, suka ponteng dan merayau. Tanpa kita mengetahui kanak-kanak itu lain dari yang difikirkan. Rupa-rupanya dia baru balik dari klinik untuk mendapatkan rawatannya sendiri dan berjalan kaki sorang-sorang. Cuba tengok kita, di usia puluhan tahun pun, ayah dan ibu masih hantar ke klinik kalau demam (sesetengahnya, tak semua, jangan pukul sama rata!).

Mungkin juga kita 'pukul sama rata' orang lain ini kerana adanya egoism dengan kelebihan diri yang 'dirasakan' lebih tu. Dengan kata lain, bajet bagus. Oleh kerana kita ada kelebihan tertentu itu, kita 'pukul sama rata' semua orang yang tiada kelebihan macam kita itu dengan judgement yang sama, padahal situasi mereka pastinya berbeza-beza.

Saya nak sentuh juga sikit pasal usrah. Judgement 'pukul sama rata' terhadap usrah adalah sangat biasa. Jangan hairan, saya juga pernah pukul sama rata tentang usrah ini. Sebelum saya belajar pukul sama rata untuk buat kek lagi saya dah 'pukul sama rata' dengan usrah. Ada lah kisahnya tu ;). Jika kita pernah tak suka usrah dekat sekolah dulu atau mungkin juga pernah bertelingkah dengan budak usrah, janganlah 'pukul sama rata' semua jenis usrah yang wujud di dunia ini. Ada banyak bezanya 'usrah sekolah' dengan usrah yang sebenar-benarnya mengikut hadaf (objektif) yang disasarkan.

Sekarang ni, saya nak kurangkan aktiviti 'pukul sama rata' ini. Samada terhadap budak-budak usrah mahupun yang bukan usrah. Samada terhadap budak-budak nakal mahupun budak-budak tak nakal. Samada terhadap orang kampung mahupun orang bandar. Samada terhadap orang Malaysia mahupun orang luar negara. Samada terhadap orang Islam mahupun orang bukan Islam.

Bercakap tentang 'pukul sama rata' yang melibatkan agama Islam ini, saya rasa quote ini boleh menerangkan dengan baik kepada mereka yang bijaksana:


'Hate the sin, not the sinner'


Mungkin kita pernah jumpa wanita Islam yang bertudung agak-agak labuh tapi mengumpat, mengata orang, MasyaAllah, segan nak cerita. Dengan itu kita pun 'pukul sama rata', dan cakap, "ala, budak-budak bertudung labuh ni bukannya baik sangat. Nampak je macam baik, jalan tengok bawah, dah macam nak langgar tiang, tapi mengata orang jugak tu."

*Asyik-asyik contoh stereotype ni kan? Maaf la, tak terfikir contoh lain*


Janganlah. Cukuplah sekadar kita membenci dosa-dosa mereka tapi jangan benci mereka dan menghukum semuanya sama sahaja. Sampaikan bila jumpa yang baik-baik pun tapi bertudung ala-ala labuh sikit, dah judge dia sebagai tak baik. Janganlah.

Sama juga dengan remaja-remaja nakal di luar sana. Dosa-dosa mereka daripada couple, berkhalwat, berzina, berlumba haram, merompak, mencuri, penyalahgunaan dadah dan sebagainya tu memang patut kita benci. Bencilah sebenci-bencinya. Tapi janganlah benci mereka. Tidak dinafikan, susah la juga nak membenci perbuatan dosa mereka tanpa membenci pelakunya tapi sesungguhnya, mereka tidak akan melakukan dosa-dosa itu sekiranya ketika itu mereka beriman. Dan adakah kita boleh pasti iman kita ini akan kekal? Akan sentiasa berada dalam keadaan graf menaik tanpa ada penurunan?

Janganlah 'pukul sama rata' dalam penilaian terhadap sesuatu perkara mahupun seseorang individu. Lakukan sedikit study terlebih dahulu tentang sesuatu isu dan kemudian nilailah. Pasti ada bezanya setiap perkara yang berlaku mahupun setiap individu itu. Berlaku adillah pada yang lain.


Renung-renungkan dan selamat beramal, kata Prof Izzi. ^______^




p/s: Pukul sama rata hanya applicable dalam kerja-kerja memasak kat dapur.

2 comments:

  1. entry best...
    betul...sokong!!!terasa diri sendiri...selalu 'pukul sama rata'..
    berburuk sngka...tp...sbnarnya salah..
    trma kseh ats prkngsian..
    truskan mnulis ye TZ..

    ReplyDelete
  2. jzkkk murabbi!
    ~kwn baik TZ~ ^___^

    ReplyDelete

Komen anda..