Sunday, February 20, 2011

Hentikan Kitaran Robot

"Saya nak jadi kontraktor elektrik sebenarnya", Muhammad Hairuman, 22 tahun.


Saya terkedu dan muhasabah diri sebentar melihat keadaannya dan mendengar kata-katanya itu dalam sebuah rancangan televisyen. Saudara Hairuman melecur teruk sebahagian tubuhnya setelah terkena renjatan elektrik ketika mengambil upah membersihkan ladang kelapa sawit. Tanpa sengaja, saudara Hairuman 'terkait' wayar elektrik bervoltan tinggi dengan menggunakan galah aluminium. Kerana itu, kedua-dua tangan dan ibu jari kiri kakinya terpaksa dipotong kerana sel-selnya telah mati.

Innalillahi wa innalillahi raajiuun

Usianya sama dengan usia saya, 22 tahun. Tapi pada usia ini, dia ditimpa ujian dan dugaan sehebat itu. Bayangkanlah masa depannya. Kerana itu saya tersentuh bila dia mengatakan cita-citanya untuk menjadi kontraktor elektrik, tapi wayar elektrik lah yang menjadi penyebab kemusnahan impiannya itu. Tapi itu hanyalah penyebab. Dan mungkin itu lebih baik untuknya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. InsyaAllah moga dikurniakan pahala atas jihadnya untuk berdepan dengan musibah itu dan kelapangan hatinya berbaik sangka pada takdir Allah.

Itu takdirnya. Itu jihadnya. Itu jalannya. Yang telah ditetapkan oleh Allah untuk saudara Hairuman. Bagaimana pula dengan kita yang masih sempurna dengan kedua-dua tangan dan kaki?

Lepas dilahirkan, kita ke sekolah jadi pelajar, bila sudah graduate, kerja, dah cukup duit untuk berkeluarga, ada jodoh kahwin, kemudian dapat anak, membesarkan anak, sampai ajal, meninggal. Anak itu pula meneruskan kitaran yang sama.


Adakah itu kitaran hidup kita? Sehinggakan boleh digolongkan sebagai kitaran hidup robot. Yang bekerja sepertimana diprogramkan sehinggalah bateri habis.

Tidak! Kita manusia. Kitaran hidup kita sepatutnya lebih bermakna dari itu.



Hamba dan Khalifah

Inilah dua tanggungjawab utama kita dilahirkan ke dunia. Allah izinkan kita bernyawa di dunia ini adalah untuk menjadi hambaNya dan khalifahNya.

Menjadi hambaNya bermaksud mengabdikan diri pada segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Bukannya menjadi hamba fesyen, bukannya menjadi hamba games, bukannya menjadi hamba seks, dan yang semestinya bukannya menjadi hamba syaitan. Tidak! Sama sekali tidak.

Menjadi khalifahNya pula bermaksud menolong agamaNya. Sebarkan agamaNya, agama Islam yang sempurna ini. Dengan kata lain menyambung tugas menyebarkan Islam sebagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat terdahulu lakukan. Acara normal setiap tahun pada 12 Rabiulawal adalah berarak sempena Maulidurasul. Sekiranya acara berarak yang sudah seakan-akan menjadi kemestian setiap tahun itu tidak memberi sebarang kesan pada setiap jiwa yang menyertai perarakan itu, rasanya tiada makna penghayatan hari lahir Rasulullah SAW. Apa yang penting adalah rasa tanggungjawab menyebarkan Islam itu. Ini bukan tanggungjawab ahli agama, ustaz, ustazah, imam, bilal, tok siak sahaja. Ini tugas setiap dari kita. Ayat 30, surah Al Baqarah bukan hanya diturunkan untuk mereka ahli agama tapi diturunkan untuk ditadabbur oleh kita semua. Samada kita seorang pelajar, guru, polis, askar, doktor, engineer, saintis, pemandu, penoreh getah, petani, nelayan, ahli perniagaan, arkitek dan tak kira siapa pun kita, semuanya tak terlepas dari tanggungjawab itu.

Sampai bilakah kita ingin menjadi penonton kepada sebuah pentas sejarah? Tidak inginkah kita untuk menjadi sebahagian dari penggerak yang melakar sejarah itu?

Jom, mulakan langkah.

Missing Chapters

Langkah awal dalam menjalankan dua tanggungjawab di atas adalah dengan mencari missing chapters. Ini penting sebagai salah satu cara untuk membezakan kitaran hidup kita dengan kitaran hidup robot yang hanya melakukan sesuatu yang telah diprogramkan sehingga bateri habis.

Missing chapters ini bermaksud ilmu yang kita tidak dapat pelajari di dalam kelas formal. Jika sahabat pernah membaca buku motivasi jutawan pasti antara tips kejayaan mereka adalah pelajari missing chapters.

Suka untuk saya besarkan lagi skop missing chapters ini. Saya suka untuk menganggap bahawa missing chapters adalah ilmu yang bukan dalam bidang kita. Sebagai contoh saya merupakan seorang pelajar jurusan bioteknologi, bidang saya adalah sains tulen, biologi. Ilmu biologi adalah ilmu yang saya pelajari secara formal di dalam kelas. Jadinya missing chapters saya adalah ilmu-ilmu yang bukan dalam ruang lingkup saya tadi. Sebagai contoh, ilmu agama (sudah semestinya!), ilmu motivasi dan psikologi, ilmu perniagaan dan sebagainya. Walaupun saya budak bio tapi saya juga perlu belajar cara untuk berseni dalam kehidupan. Memang banyak missing chapters yang perlu kita pelajari, tapi bukanlah bermakna kita perlu capai semuanya. Bergantung pada keutamaan dan minat juga pastinya. Tapi yang pasti jangan pernah anggap ilmu agama itu hanya untuk pelajar aliran agama. Pelajar aliran sains tulen juga perlu mendalami ilmu agama mengikut tahap keperluan. Dan sebaiknya juga pelajar aliran agama juga mengambil tahu ilmu sains tulen. Dan yang pastinya ilmu sains sosial itu tersangat penting berbanding ilmu sains tulen.

Oleh kerana itu, ketika kita masih bergelar pelajar inilah kita perlu mencari sebanyak mungkin missing chapters ini. Walaupun kita sibuk dengan pelajaran formal kita di kelas, assigments yang bertimbun, ujian dan peperiksaan, kita jangan pernah lupa untuk meluangkan masa untuk mempelajari missing chapters kita. Jangan bertangguh sehingga habis belajar kerana merasakan pelajaran formal di dalam kelas itu tersangat penting dan langsung tiada masa untuk pelajari ilmu-ilmu lain terutamanya ilmu agama. Bila sudah mula bekerja pastinya kita akan semakin kekurangan masa untuk mencari missing chapters. Apatah lagi bila sudah berkeluarga. Tanggungjawab makin bertambah.

Mereka yang telah makan garam dulu pastinya sudah selalu berpesan, masa muda ini lah nak belajar ilmu agama, nanti bila dah tua, makin kurang masa disebabkan makin banyak tanggungjawab. Itu pun sekiranya kita sempat tua. Jika tidak? Ada baiknya kita ambil iktibar dengan dugaan yang menimpa saudara Hairuman di atas, pastinya susah untuk beliau meneruskan usaha menjadi hamba dan khalifahNya sebagaimana mereka yang normal. Bukan berniat untuk membanding atau mempertikaikan tapi untuk kita ambil pengajaran. Mungkin itulah antara hikmah dugaan Allah pada beliau, untuk dijadikan iktibar kepada kita yang masih sempurna ini agar 'bekerja dengan lebih gigih'.

Sebab itu kadang-kadang bila kita terasa hilang semangat, futur, kurang motivasi, rasa down, kita lihatlah dengan hati insan-insan dan peristiwa-peristiwa di sekeliling kita. Samada mereka itu ataupun sesuatu itu berlaku ada kaitan ataupun tidak dengan kita, tapi pastinya itu juga tarbiyah untuk kita. Allah tidak menjadikan sesuatu itu berlaku jika tiada hikmahnya. Kehidupan itu kan tarbiyah. Belajar lah dari kehidupan. Hah! missing chapters di depan mata setiap hari.

Hanya perlu memerhati dengan hati melalui mata. Hanya perlu mendengar dengan hati melalui telinga. Dan berfikirlah dengan akal. Kemudian bergerak lah ('bekerja') dengan anggota.



~Menulis untuk memperingat dan memotivasikan diri sendiri. Berkongsi dengan yang sudi. Moga bermanfaat~






3 comments:

  1. heeee....like..like ayat trakhir tu...
    ~Menulis untuk memperingat dan memotivasikan diri sendiri. Berkongsi dengan yang sudi. Moga bermanfaat~
    huuu..betul2...kte bkn kna tau skadar ilmu yg kte blajar je..cthnye...klu pngkhususn mrabbi p.islam/arab/inggeris...x bmkne kne tnggal sains, kn???? islam tu kn lngkap..mnyluruh...huh...
    nk kngsi sikit..mmtik kata2 seorang senior ni...
    "Antara ilmu-ilmu semasa yang perlu kita cerapi dengan mantap di era ini ialah:
    1. Ilmu-ilmu Asas Islam dan Penghujahan di Sekitarnya (Tauhid, Syariat, Akhlak)
    2. Ilmu Psikologi & Komunikasi
    3. Ilmu Bahasa (Inggeris, Mandarin, Tamil, Arab)
    4. Ilmu Ekonomi
    5. Ilmu Isu-isu Semasa
    6. Ilmu Berorganisasi dan Pentadbiran"
    huh..bile tengok balik...aduih....byk nye tak tau...huuh

    ReplyDelete
  2. menarik prkongsian murabbi... sy suka!
    in fact, sy agak mncari la jgak list ilmu2 yg perlu kita cerapi tu.. syukran murabbi... keenam-enam tu pntg.. kena mulakan sikit2 n istiqamah.. n kl cmtu, sy cont la plan nk ambil pschology sem ni.. sbb teragak2 jgak nk ambil 1 lg paper psyc this sem.. agak pelik la jgak bdk biotech nk ambik psychology ni, tp x pe la.. teruskan.. hoho!
    murabbi, slamat study sains lak.. kl psl bact n virus n genetics tu sy tau la skit2 (thats my field).. hehe.. (=

    ~sy suka rkan alam maya yg x lokek ilmu mcm murabbi~

    ReplyDelete
  3. haa...bgus2....psikologi sgt ptg..pmudh cra brdkwah..
    oh....okeh....byk dh lupe psal sains ni...last pun time fom5...bio+fzik+kim tu...adui...
    huh...srunuk2...bleh criet2 dlm blog vrus+gnetic tu...

    ReplyDelete

Komen anda..