Friday, December 24, 2010

Kerana Ukhuwah Itu Indah

video


A simple video. Ingin memenuhkan lagi masa dan sesaja ingin menyibukkan lagi diri. Sibukkan diri satu 'terapi' terbaik untuk melupakan masalah dan kalau saya, sibuk itu kadang-kadang membantu saya untuk membuat keputusan secara 'waras'. Sambil-sambil menyelesaikan benda lain, subconscious mind bergerak mencari jalan penyelesaian dan memberi keputusan terbaik, InsyaAllah.

Jom, berkongsi tentang ukhuwah.

Kepada sahabat yang membaca ni, rasa-rasanya ada beza tak antara Kawan, Sahabat, Teman, Geng, Member?

Mungkin ada. Bergantung pada persepsi masing-masing. Tapi yang pasti ada beza antara dua perkataan ini, bagi saya. Iaitu antara berkawan dan berukhuwah. Ya, ada beza. Bagi yang pernah berkawan dan kemudian merasai kemanisan berukhuwah akan tahu apa bezanya. Dan saya salah seorang darinya.

Dan yang pasti bezanya adalah kerana Allah.


Mungkin betul kalau ada yang mengatakan, "Alah, sama je kawan ngan ukhuwah tu. Kalau kedua-duanya kerana Allah, sama je la kan?". Mungkin ya. Tapi berdasarkan pengalaman saya secara peribadi, berkawan tidak semestinya berukhuwah. Tapi kalau berukhuwah, ia juga merangkumi konsep berkawan. Kerana berukhuwah terjalin kerana Allah. Mempunyai kefahaman yang sama. Mempunyai fikrah yang sama. Kalau berkawan, dengan sesiapa sahaja kita boleh berkawan.

Kadang-kadang, ianya sukar dibezakan. Subjektif. Hanya yang merasainya sahaja mengetahui perbezaan itu dan sungguh, ada bezanya.

Namun berkawan juga ada kenangan manis tersendiri, berukhuwah juga ada sweetnya.

Sejujurnya, dulu saya hanya tahu berkawan. Dan selalu juga melihat perkataan ini, "UKHUWAH". Sama seperti mereka yang tidak pernah merasainya, saya tak tahu ertinya atau mungkin lebih tepat saya tak memahaminya.

Dan semenjak setahun ini, saya merasai kemanisan ukhuwah itu. Betul, ianya manis dan menyenangkan. Saya juga kadang-kadang merasakan ukhuwah itu salah satu cara terbaik untuk mengelak daripada isu 'couple'. Kerana apa ya? Kerana kita merasakan kehadiran sahabat fillah yang berukhuwah itu telah memenuhi salah satu bilik di hati kita. Jadinya kita tak memerlukan pasangan bukan muhrim itu untuk menjadi pendamping dan 'berkasih sayang'. Tapi tak bermakna ukhuwah itu menafikan hak diri untuk berkahwin. Masih ada bilik lain di hati yang patut diisi dengan teman sepanjang hayat BILA TIBA MASANYA. Jangan diawalkan sebelum masanya, nanti banyak 'sindrom pramatang'.

Pengalaman peribadi dalam berukhuwah

Rasa tenang dan menyenangkan. Sahabat fillah yang berukhuwah ini akan sentiasa sudi menjadi pendengar. Kadang-kadang mereka yang tawarkan diri untuk menjadi pendengar. Comel jugak kadang-kadang bila junior cakap, "Akak ceritalah kat saya. Saya sudi jadi pendengar". Tengah-tengah sedih tetiba tersenyum jugakla bila junior terbabit sambung tulis, "I'm in rescue". Lepas tu sertakan ini, [94:5-6]. Pernah tu jumpa kat uni dan bibir saya tak berapa nak mengukir senyuman, junior hantar mesej, "Akak, senyumla". Tika ini baru saya perasan, kalau ada masalah saya tak pandai nak cover sebenarnya. Kena belajar lagi skill cover ni. Sahabat fillah yang lain pula bila tahu saya tengah resah akan call atau pun mesej, tanya apa khabar. "Ayu, are you okay?". Dan di hujung mesej akan mereka sertakan pesanan mengingatiNya bersama ayat-ayat cintaNya.

Tipu kalau saya cakap mereka ini tiada langsung kekurangan. Setiap orang ada kekurangan dan kelebihan. Begitulah saya sendiri. Cuma yang penting, kelebihan yang menyenangkan itu lebih banyak dan kekurangan itu dapat diterima dengan berlapang dada. Yang penting saling menghormati walaupun dalam urusan kecil. Sekecil urusan urusan untuk menetapkan masa pertemuan untuk gathering. Pertimbangkan keadaan setiap individu.

Kehadiran ukhuwah fillah mengisi kekosongan dan pada masa yang sama saling melengkapkan. Walaupun diuji dengan 1 kekecewaan dengan perangai seorang insan, tapi ada 10 lagi kegembiraan dari sahabat fillah yang lain. Termasuklah ukhuwah fillah di TZ ini. Boleh la kan saya anggap sahabat yang membaca ini mempunyai satu kefahaman dengan saya dan berukhuwah fillah dengan saya. Boleh la ye?

Salam ukhuwah fillah.....



6 comments:

  1. :) alhamdulillah..betol saudari pemilik TZ..

    kalo dahulu sy xpnah rasakan ape itu ukhuwah, lebih kpd kawan ataupun geng 'kamcing' saja..

    smoga geng kamcing mahupun kwn kita suatu ketika dulu dpt kite rapatkn kembali lantas mngenal pershbtn demi Allah lantas kita sulam coretan indah berukhuwah pula (kita kumpul semua sbg ukhuwah dan bukan hanya berkwn)..insyaAllah..

    :)ukhuwah fillah abadan abada ukhti~

    ReplyDelete
  2. :)
    ukhwah itu mmg indah.
    saya pun terasa ketenangannya.
    Subahanallah kepada Dia yang Maha Memberi Kasih Sayang ini.

    Terima kasih atas perkongsian.
    InsyaAllah. Uhibbukafillah. :)

    ReplyDelete
  3. Qaseh Syazwani >> betul sgt.. terasa ingin berukhuwah fillah dgn semua shbt dr sekolah rndh smpai sklh mnengah. brkwn dgn mreka mmg seronok tp kl berukhuwah fillah lg mmbhgiakan.. InsyaAllah, kita yg mulakan n kita ajar mreka berukhuwah fillah, jom! ^___^

    ReplyDelete
  4. nunama >> Alhamdulillah, syukur pd Pemeberi Kasih Sayang ini. Uhibbukafillah nunama ^___^

    ReplyDelete
  5. Subhanallah...... ^^

    Tewima kasih....... terima kasih banyak2.. terharu sangat2.... rasa nak nangis pon ada.... T_T

    Sob sob sob...... walaupun baru kenal, x pernah bersua muka, ya Allah, rasa dekat sangat...

    shukran ukhti.... :')

    ReplyDelete
  6. Salam ukhuwwah....

    Saudari Ayu Saidi, ya, ukhuwwah memang indah...

    terima kasih atas perkongsian, jua video yg sangat bermakna dalam merapatkan lagi ukhuwwah :)

    ReplyDelete

Komen anda..