Monday, December 13, 2010

Hidup Memang Tak Adil

Kadang-kadang kita merasakan hidup ini tak adil.

Apabila kita diduga sedangkan yang lain tidak. Dan kita tertanya-tanya, kenapa aku? Kenapa tidak dia? Sungguh tak adil..

Apabila kita berdepan dengan perangai manusia yang meletakkan kita dalam situasi yang tidak adil. Kita tertanya-tanya, kenapa buat macam tu? Sungguh tak adil.....

Tapi terimalah hakikat memang hidup ini tak adil... Saya tersentak dan mula belajar menerima makna ayat ni setelah ianya keluar dari mulut seorang senior (merangkap komandan) dalam mukhayyam (perkhemahan) musim bunga kami yang lepas. Dan ayat ini keluar dari aktiviti kemuncak iaitu WAR. Kitaorang main perang-perang. Saya yang 'innocent' ni langsung tak expect main perang-perang dengan sesama akhawat (kawan perempuan) yang lemah lembut ni boleh jadi se-tragis itu. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan ada seorang khalifah dan dua orang pemegang panji. Dan setiap orang ada belon masing-masing mewakili 'life'. Kalau pecah belon, orang itu akan mati. Dan kalau khalifah mati, satu kumpulan akan mati. Pemegang panji pula menjaga belon iaitu life masing-masing dan juga panji kumpulan. Dan misi setiap kumpulan adalah bina kubu (selipar je sebenarnya, macam main tuju selipar tu). Bila komandan cakap mula tu, masing-masing berlari ikut peranan masing-masing sebab kitaorang dah plan strategi. Ada yang kena jaga khalifah dan ada yang kena pertahankan kawasan supaya pihak lawan tak datang bina kubu. Ada yang kena pergi ke kawasan lawan untuk bina kubu. Tak lama pun kitaorang main, tapi kesannya lama. Agak 'dasyat' jugak bila perempuan ni main perang-perang. Main tarik-tarik dan reaksi muka yang memang serius. Memang berusaha betul-betul la nak pecahkan belon pihak lawan. Tangan sebelah jaga belon masing-masing. Tangan sebelah lagi, betul-betul guna apa sahaja cara untuk pecahkan belon pihak lawan. Sampaikan berlaku yang tidak diingini dan seorang ukhti ni menjerit memberitahu komandan bahawa "tak adil! kenapa... bla..bla......" Saya yang tengok kejadian tu, tersirap darah nak marah jugak sebenarnya sebab ahli kumpulan saya yang jadi mangsa tu. Tapi kakak komandan tu senyap je dan biarkan sampai lah habis main. Habis main bersama sedikit pertumpahan air mata. erk! biasalah kalau perempuan main, serius macam mana pun, perempuan jugak. Tambah-tambah kalau yang kalah.. :D

Tapi lepas habis main, komandan ajak kami berdiskusi. Tujuan aktiviti ni sebenarnya untuk menghargai jihad Rasulullah dan sahabat-sahabat dulu. Apa tanggungjawab pemegang panji? Perlu pertahankan walau apa cara sekali pun kan? Bagaimana pula dengan khalifah? Kita kena sama-sama pertahankan khalifah kan? Apa jadi kalau khalifah digulingkan? Cuba tengok situasi umat Islam yang tiada khalifah sekarang. Ada beza tak dengan situasi zaman kegemilangan Islam yang diperintah khalifah dulu? Kami muhasabah dan mengeluarkan pendapat masing-masing. Dan komandan sentuh tentang peristiwa 'tak adil' tadi. Dia kata memang sengaja dia biarkan tanpa memberi respon kerana katanya, "DALAM PEPERANGAN MEMANG TIADA YANG ADIL". Saya tersentak!


Memang betul. Bila difikirkan, memang tak adil. Cuba tengok peperangan yang berlaku kepada umat Islam di Gaza, Palestin. Adil ke bila mereka yang dihentam oleh rejim Zionis dengan bom-bom teknologi canggih? Adil ke bila rejim Zionis guna bom fosforus yang sebenarnya tidak dibenarkan penggunaanya? Tahu tak sahabat apa yang terjadi kepada mangsa yang terkena bom fosforus tu? Kimia fosforus tu seakan asid yang menghakis daging hingga ke tulang dan bukan sahaja menyebabkan kulit terbakar. Dan kalau mangsa masih panjang umur sekali pun, lukanya tetap bernanah dan tak sembuh. Pernah tak tengok gambar-gambar mereka dan apa perasaan sahabat? Pernah tak tengok gambar mangsa kanak-kanak pula? Adil ke mereka juga dijadikan mangsa perang sedangkan mereka sememangnya tak akan pernah melawan pun?

Itu soal adil ke tak adil antara rejim Zionis dan umat Islam di Gaza. Bagaimana pula dengan isu adil ke kita membiarkn saudara semuslim kita merana di sana?

Cuba fikir, apa yang mereka pertahankan di sana? Adakah sesuatu yang hanya bersifat 'kebangsaan dan kenegaraan' iaitu sesuatu yang hanya untuk mereka? Tidak, bukan? Mereka pertahankan hak kita semua. Hak kita semua umat Islam seluruh dunia. Tapi kenapa mereka sahaja yang menanggung derita? Apa perasaan mereka? Rasanya kalau kita yang berada di tempat mereka, mungkin ini yang akan kita keluh kan, "Oh, sungguh tak adil ! Saudara semuslimku di luar sana masih dapat ke sekolah, tapi kami di sini? Saudara semuslimku masih dapat makan setiap hari, tapi kami? Saudara semuslimku di luar sana dapat bersuka ria berjalan-jalan ke situ sini. Tapi kami, saban hari berusaha untuk menyelamatkan diri". Tapi kita hakikatnya yang tidak berada di Gaza ini, terus hanyut dengan aktiviti keduniaan. Isu Palestin hanya jadi isu bermusim. Adil tak? Tidak, bukan?

Samalah dengan kehidupan seharian kita. Kita perlu belajar terima hakikat, manusia sememangnya tidak akan pernah berlaku adil secara TOTAL. Kerana adil itu tak semestinya 1=1 atau 10=10.

Hanya satu yang adil iaitu Allah Yang Maha Adil. Hanya Dia. Mungkin kita merasakan manusia tidak berlaku adil pada kita. Tapi percayalah Yang Maha Berkuasa yang telah menetapkan aturan kejadian/ peristiwa itu secara ADIL mengikut neraca keadilanNya. Dan neraca keadilanNya bukanlah seperti neraca kita yang mahukan 1=1. Kalau kita ada masalah dengan keluarga, kita nak semua orang juga ada masalah dalam keluarga. Kita tak nak tengok orang bahagia dengan keluarganya. Dan kita merasakan hidup ini tak adil kerana kita seorang je yang ada masalah itu.

Kalau itu cara kita melihat hukum keadilan hidup ini, memang HIDUP INI TAK ADIL. Tapi kita kena kembali padaNya. Selami erti keadilanNya. Percayalah saat kita merasakan sesuatu itu tak adil, ianya adil sebenarnya. Adil kerana HIKMAHNYA. Ya, ada HIKMAH di sebalik sesuatu yang Allah aturkan yang kita klasifikasikan sebagai 'tak adil' itu.

Kita kena bertenang dan berlapang dada saat berdepan dengan situasi 'tidak adil' ini. Cuba fikirkan akan keagunganNya bahawa pasti ada HIKMAH di sebalik setiap kejadian ini. Saat kita merasakan 'tidak adil' ini sebenarnya kita sedang diuji. Dan bila kita diuji itu maknanya Allah masih sedang memerhatikan kita. Dia masih sudi mengambil tahu tahap keimanan hambaNya yang hina ini. Yang hanya berpaling padaNya saat ada masalah sahaja. Dan tahap kehebatan ujian seseorang itu berkadar terus dengan tahap keimanannya. Kita diuji sebab Allah nak ajar kita supaya bersabar. Allah nak beri kita kebolehan berlapang dada. Allah nak tingkatkan darjat kita juga mungkin. Darjat di sisiNya, bukannya darjat Datuk, Datin, Datuk Seri dan lain-lain. Allah nak hapuskan dosa-dosa kecil kita mungkin. Nah! Inilah ADILNYA.

Setiap kali merasakan Hidup Ini Tidak Adil, akuilah sememangnya HIDUP INI MEMANG TIDAK ADIL. Tapi kembalilah pada Yang Maha Adil dan selamilah erti keadilanNya dan kita akan ketahui HIKMAH yang menjadikan sesuatu itu ADIL.

2 comments:

  1. subhanallah.. banyak ibrah daripada game ni. terasa seperti nak main sama lak. bila fikir2 balik, kalau kita ada dalam situasi sebenar, bagaimana payah agaknya kita mahu memperjuangkan islam. sedang dalam dakwah ini sahaja kita mudah futur.. :(

    ReplyDelete
  2. betul sgt farhana.. lpas kitaorg main tu, itulah antara yg trlintas d fikiran kami. sbab tu adanya prtumpahan air mata tu. yg trlibat tu sedih sbb gagal prtahankn panji. sedih sbb ggal jaga kwsan n biarkn phak lwn bina kubu d kwsn sndiri.
    terasa nk main? hehe.. kl sy bleh elak, sy x nk kot.. emo skit main game tu, tp Alhamdulillah, kitaorg ok je sbaik shj lpas main n pertumpahan air mata tu.. :D
    betul, kita cpat futur dlm dkwah ni. kena sllu muhasabah n kuatkn diri balik. mmilih jln kbnaran kn sprti mmilih jln yg pnuh brduri? kn brsedia dgn cbrannya.. ^__^

    ReplyDelete

Komen anda..