Tuesday, December 28, 2010

Hari Terakhir Bermakna

Semalam adalah malam terakhir saya berada di AMYN (Australian Muslim Youth Network) Centre di Woodridge, Queensland. Sejak sebulan yang lalu, saya mengikuti kelas bahasa Arab dan juga program 'Reading Riyadus-Saliheen' di situ. Sejujurnya banyak yang saya dapat di situ. Bukan sahaja ilmu tapi juga ukhuwah islamiyyah dengan muslim sisters yang datang dari pelbagai negara yang berbeza. Mereka sentiasa berabaya hitam dan ada juga di antara mereka berniqob. Kami je yang dari Malaysia ini yang 'berwarna-warni'. Tapi yang penting, saya makin 'jatuh cinta' dengan agama ini bila dapat berborak dengan saudara baru. Saya kenal 3 orang sisters yang merupakan saudara baru. Sister Aesya, an Australian, Sister Kauthar, a Chinese from China and Sister Aleya, a Russian. Dan semalam sebelum kelas bermula, kami sempat mendengar cerita daripada Sister Aleya.

Saya ingin kongsikan pengalaman bersama mereka untuk iktibar kita bersama, tapi yang penting untuk kenangan berharga saya.

Sister Aleya

Bukan mudah sebenarnya untuk seseorang daripada keluarga non-muslim, tambah-tambah lagi dari Russian background untuk memeluk Islam. And I'm amazed with her because she's a scientist. She's biotechnologist. ngeee :D. She's working here. Syarikat biotechnology rasanya. Tak pasti syarikat apa. Dan rasanya dah banyak tahun dia bekerja di situ. Aunty Nisyat yang banyak bertanya dan Sister Aleya dengan cara 'sempoi' semangat bercerita. Saya lebih kepada mendengar dan memerhati. Aunty Nisyat cuba bertanya bagaimana dia boleh memilih Islam. Dan dengan yakin dia memintas dengan mengatakan, "I'm not choosing Islam because of my husband, No!, if thats what you mean". Lupa nak bagitau, Sister Aleya dah berkahwin dengan lelaki Muslim. *how lucky he is, she's beautiful!, seriously*.

Aunty Nisyat juga tanya adakah dia bertudung di tempat kerja. Dengan 'sempoi' juga dia jawab, "Yes, of course. I'm not that kind of half here and half there." See! kepada gadis-gadis melayu yang on-of di luar sana, mereka yang baru memeluk Islam ini lagi kuat dan hebat untuk berdepan dengan cabaran berjilbab di sebuah negara bukan Islam dan Sister Aleya seorang saintis, bukan office girl tau. Dan bila Aunty Nisyat tanya Sister Aleya, how she convinced her family about Islam. She told us a nice husband and wife Islamic story. Katanya, beberapa bulan yang dulu, dia pernah dihantar ke Europe atas urusan kerja. Seorang diri tanpa suaminya. Dan katanya dia selalu menangis. Dan dia berjanji dengan dirinya, TAK AKAN lagi ke mana-mana tanpa suaminya. Kemudian, baru-baru ini dia bermimpi. Dia dihantar ke oversea sekali lagi atas urusan kerja. Dan dia keseorangan dalam kapal terbang, tanpa suaminya. Dan dia menangis. Kemudian dia berdiri dan menjerit, "Please STOP this plane, let me out from here!" . Memang tergelak la kami.

Lepas tu, dia dah memang merasakan yang dia akan diujiNya lagi sekali. Dan memang betul. Tak lama lepas tu, dia dihantar ke Europe lagi sekali. Tapi kali ini, dengan yakin dia bagitau bosnya, "Please send my husband too, if not I'm not going". And he's like, "What!?". haha.. Bagus kan pendirian dia. Sangat yakin untuk mengatakan kebenaran kepada bos, non-muslim pulak tu. Sapa tak hairan, apasal lak nak kena hantar husband sekali?! Tak pernah dibuat orang kot. Dah la suaminya tak ada kaitan dengan kerjanya kot. He's an IT person, not biotechnologist. Pengajaran untuk pasangan suami isteri. Saya rasa itu nilai yang penting untuk mengekalkan hubungan suami isteri. Nak hurai lebih, saya tak berpengalaman. Tapi boleh ambil pengajarannya kan?


Riyadus-Saliheen

Merupakan buku atau mungkin istilah yang lagi sesuai adalah kitab yang dikumpulkan oleh Imam An-Nawawi dan ayat-ayat Al-Quran serta hadis-hadis sahih ini dikumpul mengikut topik-topik tertentu. Ada dua jilid. Dan Alhamdulillah selama 4 hari (setiap hari Ahad) saya mengikuti kelas ini dan berjaya habiskan satu jilid. Kami menghadiri kelas yang bermula jam 7 pagi hingga 7 malam ini dan hanya mendengar bacaannya dalam bahasa Arab dan translation dalam bahasa Inggeris. Memang tiada huraian panjang untuk setiap topik. Syeikh Aslam hanya akan terangkan bersama huraian untuk topik-topik penting sahaja. Kerana katanya, tujuannya adalah untuk membiasakan kami semua dengan himpunan hadis-hadis tersebut.

Katanya itu satu cara yang efektif dalam membaca buku/ kitab. Pertama kali baca, kita baca semuanya, scamming technique. Kemudian, kali kedua barulah kita fokus dengan lebih terperinci. Kalau lah setiap topik itu perlu dihuraikan dengan terperinci, 3 bulan pun belum tentu habis. Percayalah. Dah la kelas tu dari 7 pagi hingga 7 malam. Hanya berhenti untuk solat dan makan. Tipu kalau saya katakan saya dapat fokus dan grab setiap hadis itu. Untuk Jilid 1, ada 844 hadis. *toink* Saya tak dapat fokus semua pun. Tapi yang penting, tujuan Syeikh Aslam, membiasakan diri dengan hadis-hadis tersebut. Tapi satu kesedaran dalam diri saya, sebagaimana pentingnya memiliki Quran bersama tafsir sebagai rujukan, begitu jugak la pentingnya memiliki rujukan hadis-hadis ini. Tapi yang paling penting adalah ILMU tentang ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasulullah.

Ukhuwah Fillah

Merupakan sesuatu yang sangat membahagiakan, terutamanya bila kita jauh dari keluarga. Kita tak ada kelurga di sini. Jadi saudara semuslim inilah saudara-mara kita yang membahagiakan. Gembira dapat berukhuwah fillah dengan ashabul brisbane di sini. Perkenalan selama setahun yang lalu memberi suatu perasaan yang manis. Mereka adalah sahabat fillah saya di sini. Saya kenal kemanisan ukhuwah bersama mereka. Ada cerita sikit kat sini.

Tapi ukhuwah fillah bersama sisters di AMYN Centre juga ada manisnya yang tersendiri. Masakan tidak, kami berukhuwah tanpa menghiraukan perbezaan warna kulit, ada yang putih melepak, ada yang sawo matang dan ada yang gelap. Dulu saya pernah juga rasa seakan 'tak selesa' tapi bila kenal mereka, seronok sebenarnya. Mereka ni memangla berjilbab, berabaya (jubah hitam) dan ada antaranya berniqob (berpurdah), tapi agak 'sengal' dan kelakar jugak. Tak kering gusi jugak la. Berasal dari pelbagai negara, Zimbabwe, Arab Saudi, China, Russia, India dan kami Malaysia, macam-macam cerita yang dikongsi. Dan kadang-kadang bila tiba masa makan, lawak tentang makanan pulak. Pernah tak dulu masa kecik-kecik mak ayah sahabat bagitau kalau makan biji tembikai atau biji buah apa-apa la (seeds), nanti tumbuh pokok dalam perut pastu keluar kat mulut. hahaha! Tak tahan, sebab ada sister tu cakap, dia nangis bila satu masa tu (masa kecik), dia termakan biji tembikai, pastu nangis sebab takut nanti pokok tumbuh.

Dan nak kongsi jugak satu cerita best dari Syeikh Aslam. Masa tu, bacaan Riyadus - Saliheen, chapter 34/35, pasal Tanggungjawab dan Hak Wanita/Isteri kepada Lelaki/ Suami dan sebaliknya. Syeikh Aslam cerita, kat Arab, ada satu pasangan suami isteri yang baru kahwin. Pagi esoknya, sebelum isterinya bangun dan tak turun dari katil lagi, suaminya datang dengan satu dulang sarapan pagi lengkap dengan air susu dan sebagainya. Masa ni, kami, sisters kat atas yang agak mengantuk tu, *WOW! Bestnye!*. Tapi apa kata suami tu, "I want you to treat me like this everyday". *Toink!* Hahaha.. Tarik balik kata-kata tadi. Itu sebenarnya lawak orang Arab la. Sebab tu Syeikh Aslam sambung, "Thats why sisters upstairs should marry Indian man". haha.. Syeikh Aslam dari India, tapi kalau yang Indian man macam Syeikh Aslam tu, beruntung la kan. hehe.. Sister Haseena la tu. (zaujah Syeikh Aslam).

Kenangan dengan Aunty Nisyat dan menantunya Sister Aesya juga tidak akan dilupa. Banyak sangat yang saya belajar dari Sister Nisyat dan saya sangat-sangat menghargai perkenalan dengan beliau, walaupun umurnya rasa-rasanya lebih berusia dari umur umi saya. hehe.. Tapi, entahla, saya suka mereka yang lebih berusia. Mereka banyak pengalaman. Pernah cerita di sini.

Dan semalam adalah malam terakhir bersama dengan mereka semua. Sebelum pulang, sempat bersalam-salaman dengan mereka. Tak tahu lah kenangan ini akan datang lagi atau tidak sebab tahun depan bila semester pengajian bermula, saya mungkin akan fikir banyak kali untuk menghadiri program-program yang memerlukan peruntukan masa yang panjang. Moga sentiasa diberikan hidayah untuk memilih jalanNya, InsyaAllah.

Last words: I WILL MISS AMYN CENTRE SO MUCH, BECAUSE OF ALLAH ! ALHAMDULILLAH, THANK YOU FOR GIVING ME THIS WONDERFUL OPPORTUNITY YA ALLAH!


8 comments:

  1. ^_^ best

    sy Aisyah. Baru lg bertandang di TZ

    ReplyDelete
  2. terima kasih, moga brmnfaat.. (=

    bleh pggil saya Ayu. kl nk tmbh 'kak' sbb awk lg muda pon ok je..

    salam ukhuwah fillah Aisyah.. terima kasih sudi brtandang ke TZ.. ambik la yg mana brmnfaat, abaikn yg ntah pape.. hehee

    ReplyDelete
  3. Ayu, yg part should marry an Indian guy tu lawak!

    Sbb aku masuk lab hari2 pon jumpe Indian man everywhere!

    ReplyDelete
  4. hahaha wana.. abih la..
    lepas ni, stiap kali tgk muka Dr Suresh tu msti trigt lawak tu..
    tp serius mmg klakar.. =D

    ReplyDelete
  5. salam ziarah & salam ukhwah(=

    wah~ amek kelas bhs arab ke?

    ReplyDelete
  6. salam dsambut dgn gembira..
    slmt brukhuwah krn Nya.. ^__^

    hehe.. sy ambik yg basic je.. study oz, blaja bhasa arab sbb ad pluang time summer ni je.. tp dpt blaja skit je.. =(

    izzati duk egypt of cos dh pro bhsa arab kn? =)

    ReplyDelete
  7. xpe2. sikit2 lama2 jd bukit :D
    teruja kalau tau ada org yg amek BA ni. bukan ramai yg nak amek kan, teruskan mujahadah (=

    x pro pun, hancur ada hehehe.
    sebab skrg guna arab pasar bukan fushah
    so nanti insyaAllah akan cover balik ikut kelas2 kat sini.

    add la FB xpun blh add kat YM, lavender_nimh@yahoo.com

    blh taaruf ag :d

    ReplyDelete
  8. utk yg x de basic ni, mmg lmbt skit la.. huhu
    ok gak leh ckp arab pasar tu, at least bleh ckp n fham..

    dh add ym, fb tu x pasti, izzati gne nama hana fazlisha ke?

    ReplyDelete

Komen anda..