Monday, December 27, 2010

Buka Mata Hati


Pada saat entry ini ditulis, saya baru sahaja selesai menonton video di youtube. Isunya mengenai syiah. Tapi post saya ini bukan untuk menerangkan tentang syiah semata-mata dan adakah ianya benar atau salah, tapi saya nak mengajak semua sahabat untuk MEMBUKA MATA HATI..

*********************

Sebagaimana kanak-kanak yang lain, saya melewati zaman riang-ria kanak-kanak ribena saya dengan kawan-kawan di tadika dan kemudian ke sekolah rendah. Saya mengenali erti 'berkawan' dengan mereka. Zaman ribena juga merupakan zaman paling teruk kena marah dengan umi sebab nakal. Biasa la. Mula mengenal erti hidup, semua benda nak try. Tapi kalau tindakan itu salah, memang la kena marah kan. Kemudian, perkenalan dengan erti hidup diteruskan ke sekolah menengah selama 5 tahun. Dugaan dalam 'berkawan' dan pelajaran makin hebat. Perjalanan hidup diteruskan lagi hingga ke peringkat program persediaan. Cabaran makin meningkat bersama peningkatan usia. Pada saat ini saya mula merasakan kekosongan dalam hati. Ada sesuatu yang saya perlu isi tapi tak jumpa-jumpa lagi.

Dan pada tahun pertama pengajian peringkat ijazah, saya mula berkenalan dengan 'tarbiyyah'. Dan bersama 'tarbiyyah' saya juga kenal 'ukhuwah'. Setahun saya belajar berkenalan dengan T dan U ini. Cuba menyesuaikan T dan U ini dalam hati saya dan saya rasa ianya sesuai untuk diisi di situ. Dan dengan itu saya mula untuk serius dengan T sebabnya saya mula 'jatuh cinta'. Ya, saya 'jatuh cinta'. Dengan beraninya saya ingin mengaku saya 'jatuh cinta' dengan ISLAM. Saya mula mencari keindahan ISLAM itu daripada buku-buku dan juga artikal-artikal yang sepatutnya di internet. Tapi yang pasti 'booster' untuk 'jatuh cinta' itu dari T dan U dari kakak-kakak yang sangat sabar dan berakhlak islamiyyah di depan mata hati saya. Saya teruskan 'hubungan cinta' saya di tahun kedua di satu tempat yang berbeza. Di sini, Brisbane. Tahun kedua pengajian yang juga merupakan tahun pertama di sini bakal berakhir 4 hari lagi.

*mana kaitannya dengan isu Syiah nih?*

Intro je tu.. ngeee :D

teruskan baca...... (kalau sudi)


Pada awal tahun saya di sini, saya mula belajar tentang isu Palestin. Satu isu yang saya tak pernah berminat nak ambil tahu satu masa dahulu. Sedangkan isu Palestin adalah isu 'cinta' saya. Cakap 'cinta' tapi tak nak ambil tahu tentang 'cinta' itu. Sungguh 'sengal' kan? Dan paling mencabar untuk saya adalah kerana isu Palestin melibatkan sejarah. Sesuatu yang saya sangat tak suka. Saya rela ambik dua subjek addmath daripada belajar SEJARAH. Betul, saya ada sejarah pahit dengan SEJARAH tu. Tapi Alhamdulillah, kerana kesedaran mungkin, saya mula memaksarela diri untuk mendengar dengan penuh minat isu Palestin ini. Makin saya cuba cari maklumat tentang isu Palestin tu, lagi banyak yang saya tak tahu rupanya. Jadi BUKAK MATA HATI.

Banyak isu Islam yang kita tak tahu. Jangan sampai isu Palestin ini jadi isu bermusim sahaja. Masa serangan ke atas Flotilla tempoh hari, heboh facebook. Terkejut bila satu hari tu bukak facebook, tengok bendera Palestin tu je kat wall. Ramai yang tukar profile picture. Naik hairan saya yang masih agak 'sengal' time tu. Tapi bila ada sister yang buat satu perkongsian tentang isu Palestin tu, saya mula belajar untuk faham. Kalau nak tahu, saya sebenarnya pada asalnya tak tahu pun Gaza tu macam mana sebenarnya. Beza Hamas dengan Fatah pun saya boleh tak tahu. Teruk kan?

Dan bila kita bercakap soal Gaza-Palestin, kita juga bercakap soal MUSUH-MUSUH ISLAM, iaitu agama lain. Memanglah Yahudi yang sedang menyerang Palestin tapi sahabat juga tahu bukan yang agama lain juga bermusuh dengan Islam? Dulu saya juga tak tahu apa itu Shabra-Shatila dan juga Intifada'. Ketika isu Palestin awal-awal tahun aritu la saya belajar semua itu. Dan bila banyak mendengar dan membaca tentang isu ini, saya terbuka minda tentang agenda musuh-musuh Islam. Saya mula sedar Islam bukan sekadar solat 5 waktu, puasa bulan ramadhan dan sebagainya. BANYAK SANGAT hal-hal berkaitan Islam yang perlu kita belajar. Tolong Bukak Mata Hati dan ambik tahu isu Palestin jika sahabat tidak pernah ambil tahu tentang isu ini.

Ketahuilah mereka di Gaza menunggu kita semua sedar dari lena yang panjang. Jika tak, macam mana Islam nak menang dan kekal menang? Andai kata, Gaza mampu menang tapi kita umat Islam di seluruh dunia ini masih terus lagho dengan hiburan yang melampau, isu 'kotor' politik dan sebagainya yang merupakan propaganda musuh-musuh Islam semata-mata, adakah kita mampu untuk memberi bantuan pada mereka untuk terus kekal dengan kemenangan itu? Tak keterlaluan kalau saya cakap mereka di Gaza menunggu kita semua sedar. Dan kekuatan iman mereka untuk bertahan adalah sangat-sangat HEBAT. Bila dibandingkan kehebatan iman mereka dengan iman kita, layak tak untuk kita fikir nak masuk syurga? Apa yang kita dah buat untuk pertahankan Islam? Fikirkan setelah melihat dengan mata hati.

Itu adalah isu Islam dan Musuh-musuh Islam.

Bagaimana pula isu dalam Islam itu sendiri? Antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah.

Sejujurnya saya nak buat pengakuan tulus ikhlas di sini, saya TAK PERNAH nak ambil tahu isu syiah. Saya rasa ada ramai antara kita juga tak tahu yang mereka samada Syiah atau Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Saya teringat satu pengalaman sahabat saya di sini. Ketika itu dua orang ukhti ini sedang tunggu bas di stesen bas uni, UQ untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba mereka disoal oleh seseorang yang pastinya bukan Islam. "Are you muslim? Which type of Muslim are you?". *toink*. Dan situasi mereka agak kaget untuk menjawab soalan sinis itu.

Tahu tak sahabat, non muslim ada yang mengetahui bahawa dalam agama Islam ini banyak cabang mazhabnya. Dan cuba tanya diri sahabat sekarang, which type of muslim are you? Atau soalan yang kurang lebih sama maksudnya, sahabat bermazhab mana sebenarnya?

Sejujurnya, pada masa mereka berkongsi pengalaman itu, saya juga tertanya-tanya dengan diri sendiri, 'aku yang mana ek?'. *kan dah cakap, saya agak 'sengal' =_=*

Dan semenjak dua minggu yang lepas, saya follow satu blog, seorang novelis terkenal. Tapi tak bermakna saya menerima semuanya bulat-bulat. Cuma saya terbuka minda untuk mengetahui tentang Syiah. Saya pada mulanya ingatkan di blog itu, akan dikongsikan juga banyak isu-isu lain, tapi mungkin dalam tempoh 2,3 minggu ini, isu itu isu yang hangat. Memang semua post beliau mengenai Syiah. Dan saya seakan 'menerima', 'hurmm, baik juga Syiah ni'. Tapi isu tu makin hangat lepas berita penangkapan Syiah di YouTube ini.

Kemudian saya juga terbaca lagi satu notes di facebook yang ini.

Masa ini, saya dah start 'pening' dah. Kemudian hari ini saya bukak blog ini. Dan tengok 3 video tu. Tambah lagi 'pening'.

Kalau ada masa, tengok lah video-video yang terbabit dan bacalah notes itu. Tapi saya rasa ada banyak lagi video atau artikal yang mengupas isu ini.

Tapi untuk saya cukuplah untuk simpulkan ini, BUKAK MATA HATI dan BELAJAR.

Banyak sangat yang kita tak ambil tahu dan abaikan. Ini tak masuk lagi bab isu hiburan yang melampau, keruntuhan akhlak remaja, isu masalah rumahtangga dan sebagainya.

Saya tahu kadang-kadang kita nak ambil tahu semua ini, tapi kita sebagai pelajar sibuk dengan urusan belajar, assignments dan exams. Kalau yang dah bekerja, sibuk dengan kerja yang bertimbun. Kalau yang dah berkeluarga lagi la. Mana la ada masa nak ambil tahu isu-isu ini. Nanti kan nasi kat dapur tak masak, anak terlupa nak ambil kat sekolah. Itulah kita. Situasinya berbeza mengikut fasa masing-masing tapi tanggungjawab sebenar pada Islam tetap sama sebenarnya.

Strategi saya dan juga pesan saya pada sahabat:

Belajarlah. Kuatkan iman. Lengkapkan tarbiyyah. Eratkan ukhuwah islamiyyah. Pilih jalan terbaik untuk mendapatkan semua ini. Life is about choice and the choice is in our hand. Its either you want it or not. Remember this, when you make intention, Allah will open the door for you.

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..