Wednesday, December 1, 2010

Babi Islami

Kita mulakan dengan sesi soalan...

Apa hukum pegang babi?

Apa pulak hukum bersentuhan dengan sengaja dengan bukan muhrim?

Ada beza tak?

Gambar ni boleh menjawab rasanya:

~klik untuk besarkan~


Apa pulak hukum makan babi?

HARAMMMMM !!! ~adik baru balik kelas agama tolong jawab~

Tapi kan, ada sejenis babi ni, lain dari babi yang tu. Namanya Babi Islami. Dijaga dengan baik. Tak diberi makan makanan sembarangan. Makanannya adalah makanan terbaik dari ladang. Yang pasti makanan halal dan dari sumber yang halal. Kan nak bagi makan kat Babi Islami. Makanan yang halal dan suci itu penting. Babi Islami ini juga dimandikan. Dijaga rapi. Memang tak terpalit sedikit pun kekotoran. Kukunya dipotong. Langsung tak ada peluang nak panjang dan kotor. Kandangnya pun bersih. Najisnya sentiasa dibersihkan. Kandangnya juga tak bercampur dengan babi-babi biasa yang lain. Pendek kata, dijaga dengan rapi mengikut kehendak syarak, kan Islam mementingkan kebersihan?

Tapi kan, Babi Islami ini boleh dimakan tak sekarang? Babi Islami ni bersih, tak bercampur dengan babi-babi lain yang kotor, makan pun dari makanan yang halal dan suci tau. Agak-agak dah boleh dimakan tak?


erkk! adik baru balik kelas agama tadi agak pening dah sekarang. Ustazah tak ajar lagi katanya. So terpaksalah, kakak atau abang adik tadi tolong jawab sekarang.

Boleh tak makan?

Disebabkan abang dan kakak ni dah pandai-pandai, jadinya jawapan mereka betul. Ya, hukumnya tetap HARAM.

Apa yang saya cuba nak sampaikan adalah tentang isu 'Couple Islamik'.

Saya sebenarnya tak berapa berminat sangat nak menyentuh soal ini sebab dah banyak sangat ustaz dan ustazah tegur dan bagi tazkirah. Artikal-artikal pun bertimbun di internet dan berbicara soal ini. Sampaikan kadang-kadang saya fikir, tak faham-faham lagi ke?

Tapi, betul kot. Cinta itu buta dan boleh mem'buta'kan. Saya tak ada pengalaman dalam menyelami apa rasa cinta tapi melihat ragam-ragam mereka yang bercinta pun saya rasa dah 'berpengalaman'. Cinta yang saya maksudkan ini adalah cinta antara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin. err.. Cinta lepas kahwin tu lain cerita cinta k. ^_____^

AA : bukan ke hubungan awak dan si dia tu kapel ke? dalam Islam ada ke istilah Kapel Islamik?

BB : Ya Allah AA. BB kl boleh x nk anggap hubungan BB ngn si dia tu sebagai kapel. BB tau dalam Islam tak ada istilah tu. Hubungan kami x mcm kapel2 yg laen. Kami ada syarat2 dlm hbngn kami.

AA: Syarat? bleh tahu pe syarat2 korg tu?

BB: kami x akn keluar berdua kl tak bawa org ketiga sekali. Kami tak akn brhubung kecuali utk hal-hal pntg. dan .........

AA : ' ???????? '

Tak nak cakap panjang.

Sama macam Babi Islami tadi. Walaupun dah 'diislamkan' dengan jagaan rapi supaya sentiasa bersih dan makan makanan halal, hukum memakannya tetap HARAM.

Begitu jugalah 'Couple Islamik'. Walaupun cara perhubungan itu seakan 'diislamkan' dengan cuba untuk tidak berhubung dan bercakap perkara lagho, tidak bertemu berdua, saling menasihati ke arah kebaikan, hukumnya tetap HARAM.

Rileks la. Single itu 'cool' k. Couple itu 'not cool'. Tukar persepsi itu. At least tak menjadi 'bekas tupperware' orang atau menjadikan sape2 sebagai 'bekas tupperware'. Kalau yang pernah ada 'bekas tupperware' tu, cukup-cukup la. Tak yah tambah banyak-banyak. Tak mencantikkan result *SPM pun.

Tapi, bila dah bersedia dan cukup syarat-syaratnya dan dah jumpa calon yang terbaik, jangan tunggu lama-lama, segeralah bertindak melalui strategi yang terbaik yang Islam ajar. Guna khidmat orang tengah yang sepatutnya dan dapatkanlah restu ibu bapa. Dan KAHWIN lah! ^_______^

Namun, bagi yang masih single tapi tetiba datang perasaan fitrah itu yang dikenali sebagai




tapi anda belum bersedia, ikutlah pesanan Ustaz Hasrizal ni, Ingati dengan cara lupakan dengan






*SPM = Sijil Padang Mahsyar


p/s: rasa tertarik dgn perumpamaan Babi Islami itu dari perbualan di meja makan dengan bakal pengantin yang InsyaAllah perkahwinan mereka adalah perkahwinan yang berlandaskan syariat. Moga kekal ke akhir hayat ye kak! Jazakillahu khairan katheera utk semua ilmu. ^_~


0 comments:

Post a Comment

Komen anda..