Thursday, December 9, 2010

5M Menuju Taqwa

Apa itu Tawqa?

Suatu hari Umar ra bertanya kepada Ubai bin Kaab akan maksud taqwa.

Lalu Ubai bertanya kembali kepada Umar, "Pernahkah kamu melalui sebatang jalan yang berduri?"

Umar menjawab, "Ya, pernah".

Ubai bertanya lagi, "Apakah yang kamu lakukan ketika itu?"

Umar berkata, "Aku bersiap-siap dan berjalan dengan berhati-hati."

Ubai berkata,"Itulah taqwa."


Dalam situasi ini cuba bayangkan macam mana kita sangat berhati-hati dan sangat takut ketika berjalan supaya tidak melakukan kesilapan kecil iaitu terpijak duri.

Apa yang kita boleh simpulkan di sini adalah orang yang bertaqwa sangat berhati-hati dalam kehidupan supaya tidak melakukan perkara haram.

Syed Qutb mengatakan bahawa Taqwa adalah kepekaan batin, kelembutan perasaan, rasa takut yang terus-menerus, berhati-hati dan berwaspada supaya tidak terkena duri-duri jalanan, jalan kehidupan yang selalu ditaburi duri-duri godaan dan syahwat, kerakusan dan angan-angan, kekhawatiran dan keraguan, harapan segala sesuatu yang tidak patut diharapkan, serta ketakutan palsu dari sesuatu yang tidak seharusnya ditakuti.

5M Menuju Jalan Ketaqwaan



1) Mu'ahadah

Maksudnya mengingat perjanjian dengan Allah. Dan perjanjian yang dimaksudkan merujuk kepada (2:5):

Maksudnya: Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Dan apa yang dimaksudkan di sini adalah Takwa, yaitu mengikut segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

Perlunya menyendiri antara kita dengan Allah swt dan dari situ kita cuba menilai diri sejauh mana telah memenuhi perjanjian dengan Allah swt. Adakah hanya Allah yang kita sembah dan minta pertolongan dan bukannya menjadikan diri sebagai hamba fesyen, hiburan dan sebagainya. Kita juga perlu menilai sejauh mana kita meletakkan semua perkara yang kita buat sebagai ibadah kepada Allah.

2) Muroqobah


Apa yang dimaksudkan adalah kita merasakan kebersamaan dengan Allah swt (26:218-219)

Maksudnya: Yang melihat engkau ketika engkau berdiri (untuk solat)

Maksudnya: dan (melihat) perubahan gerakan badanmu di antara-antara orang yang sujud.

Hadis kedua dalam Hadis 40 ada menerangkan tentang maksud Ihsan. Jawab Rasulullah SAW apabila malaikat bertanya apa itu ihsan, "Engkau beribadah kepada Alla seakan-akan engkau melihatNya, jika engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Dia pasti melihatMu". Inilah yang dimaksudkan dengan kebersamaan dengan Allah SWT. Niat kita juga harus betul kerana Allah. Ikhlas hanya kepadaNya semata-mata. Mulakanlah sesuatu urusan yang baik dengan membaca bismillah dan berdoa supaya kita dapat merasakan Allah itu bersama kita. Antara contoh muroqobah adalah dalam ketaatan, kita perlu ikhlas. Apabila melakukan kemaksiatan kita segera bertaubat, menyesal, dan tinggalkan dosa itu secara total. Dan dalam mubah (perkara harus)pula kita harus menjaga adab-adab terhadap Allah dan bersyukur padaNya sentiasa. Manakala dalam musibah, kita redha dan mohon pertolongan daripada Allah swt.

3) Muhasabah

Maksudnya menilai diri (59:18)

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.

Sebagai contoh pada waktu pagi, kita perbaiki niat, berazam dalam ketaatan dan menunaikan kewajipan, serta bebaskan diri daripada riya'. Manakala sebelum tidur selepas isya' mungkin, kita nilai diri sejauh mana kita capai apa yang kita rancang pagi tadi.

4) Mu'aqabah

Maksudnya kita menghukum diri kita sendiri apabila melakukan kesalahan. Kita tak sepatutnya membiarkan diri kita membuat kesalahan. Hukuman atau denda itu adalah sebagai peringatan dan dorongan. Contoh kisah Umar al-Khattab, beliau pergi ke kebun sehingga tak sempat untuk solat Asar jemaah. Kemudian Umar denda dirinya sendiri dengan sedekahkan kebun tu kepada orang miskin. Boleh ambil iktibar dari kisah Umar al-Khattab. Tujuan hukuman atau denda itu supaya kita akan ingat kesalahan dan berusaha untuk memperbaiki diri. Antara contoh denda seperti istighfar 100x, baca ma'thurat dan sebagainya. Sememangnya memerlukan disiplin diri yang tinggi.

5) Mujahadah

Maksudnya bila terasa malas untuk buat sesuatu perkara, kita paksa diri utk buat amal-amal itu dengan kadar yang lebih dan penuh semangat. Sebagai contoh, bila kita tak baca ma'thurat satu hari, bermujahadahlah untuk buat lebih dari itu. Tambahkan dengan membaca Al-Quran mungkin. Mari kita ambil iktibar dari kisah Rasulullah yang solat sampai bengkak kaki walaupuan baginda sudah sememangnya dijanjikan masuk syurga. Tapi apa jawab baginda, "Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?". Lalu kita bagaimana?


~~~nota dari seorang ukhti yang diperpanjangkan di TZ~~~

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..