Sunday, November 28, 2010

Part 7: ISABELLA - Surat Isabella kepada bapanya


Surat daripada Isabella kepada ayahnya (ketua paderi) ini telah dibuka dan dibaca oleh Micheal (bekas guru Isabella) di hadapan Ketua Paderi dan para paderi lain di dalam satu perhimpunan sulit di dalam perpustakaan gereja itu.

"Semua puji-pujian kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam. Yang telah menciptakan langit dan bumi dan segala isi yang ada di dalamnya dengan kekuasaan-Nya yang mutlak dan Dia di samping menyusun sistem lahiriah juga menyusun sistem batiniah melalui wahyu dan nabi-nabi dan selawat serta salam kepada junjungan yang telah datang melepaskan dunia dari kemungkaran dan kegelapan serta membawanya ke dalam cahaya keimanan dan memimpin kita ke jalan yang benar yang telah diterokai oleh nabi-nabi yang terdahulu dan membawa kita kepada Allah yang menjanjikan kedamaian dan keselamatan yang abadi."

"Bapaku yang dihormati! Ketahuilah bapa, bahawa anakmu ini telah menerima Islam yang menurut penyelidikanku ialah satu-satunya agama yang bebas dari kemungkaran dan kebatilan, yang memimpin kita ke jalan keselamatan. Saya telah menolak agama Kristian kerana ia penuh dengan ketahyulan dan kekufuran dan bertentangan dengan ajaran semua nabi. Saya perturunkan di sini perbandingan-perbandingan untuk menunjukkan kebenaran Islam kepada bapa."

"1. Dalam ISLAM, Allah itu Esa dan tidak bersekutu dengan apapun juga. Dia unik dengan segala kebaikan dan kesempurnaan-Nya. Al-Quran menyebut Allah itu tunggal. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Tidak ada suatupun yang sama dengan-Nya. Dia wujud, tidak mati, tidak tidur, tidak mengantuk dan tidak letih ataupun berhajatkan kepada semua yang dihajatkan oleh manusia. Kalau kita hendak menyebutkan satu-persatu akan semua kesempurnaan-Nya, maka hendaklah kita mempelajari Kitab Suci Al-Quran."


"2. Sebaliknya agama KRISTIAN percaya bahawa Tuhan itu bukan satu tetapi TIGA: Bapa, Anak dan Roh Kudus. Jesus Kristus satu-satunya 'Putera Tuhan' dan dia juga pencipta dan abadi seperti bapanya juga meskipun Injil mengatakan Jesus itu makan dan minum, tidur dan jaga dan sangat bergantung kepada air, udara dan tiap-tiap benda yang diperlukan oleh manusia dan di dalam dirinya terkumpul semua keinginan duniawi. Seandainya Tuhan juga bergantung kepada semua perkara seperti manusia, maka bagaimana dia layak menjadi Tuhan dan apakah ada perbezaan lagi di antara Tuhan dan manusia? Kitab suci Al-Quran mengatakan dengan tegas bahawa sesiapa yang mengatakan Kristus itu Tuhan atau Putera Tuhan, maka dia telah menyekutukan Allah dan menjadi kafir dan orang-orang Kristian dengan menjadikan Kristus sebagai Putera Tuhan, maka mereka telah memfitnah Tuhan! Al-Quran telah mengajar bahawa Kristus, seperti juga Musa, Daud, Sulaiman, Yahya, Hud, Nuh dan lain-lain nabi adalah sebagai utusan dan nabi, dan mereka juga manusia, makhluk dan bukannya pencipta. Nah, cubalah bapa fikirkan sendiri betapa jelas dan munasabahnya ajaran Kitab Suci Al-Quran ini dan betapa agama Kristian amat mengusutkan dan tidak masuk akal!"

"3. Menurut ISLAM, tiap-tiap manusia dilahirkan di dalam keadaan suci dan bebas dari dosa dan apabila ia beransur dewasa, pengaruh-pengaruh luar telah menyesatkannya. Allah telah memberikan akal kepada manusia supaya mematuhi hukum-hukumNya dan menjauhi benda-benda yang terlarang. Al-Quran mengatakan bahawa Adam tidak melakukan dosa dan semua nabi adalah suci dan bersih dari dosa dan dengan sebab itu masalah dosa yang diwarisi adalah perbuatan syaitan. Agama KRISTIAN sebaliknya mengatakan bahawa tiap-tiap orang orang itu berdosa sejak ia lahir, sehingga dengan demikian nabi-nabi juga melakukan dosa dan dosa nabi Adam menyebabkan semua manusia berdosa. Ternyatalah sekali betapa kepercayaan ini tidak ada logiknya, tidak munasabah dan bertentangan dengan bukti-bukti intuisi yakni kerana Adam melakukan dosa, dosa yang sebenarnya tidak pernah dapat dibuktikan, semua manusia menderita seksaan. Jadi dalam masalah ini juga kitab Suci Al-Quran adalah benar dan adil dan ketetapannya logik, munasabah dan menurut sunah nabi-nabi."

"4. Keutamaan yang diberikan oleh Al-Quran ke atas akhlak dan guru-guru ialah tentang betapa mulia dan tingginya moral itu, hal yang serupa itu tidak diketemui di dalam lain-lain agama. Islam mengatakan bahawasanya manusia itu tidak memperoleh selain dari apa yang diusahakan dan usahanya itu kelak pasti akan dilihatnya. Kemudian diberikan kepadanya balasan yang cukup sempurna terhadap usahanya (*NOTA: Al-Quran; surah 5; ayat 39-41) dan yang demikian itu adalah ajaran dari semua nabi. Tidak ada orang yang akan memikul beban orang lain, tetapi tiap-tiap orang memikul tanggungjawab ke atas semua perbuatannya, maka dengan ajaran suci serupa inilah yang memberikan manusia itu ajaran-ajaran kemuliaan dan yang menggesanya untuk berbuat kebajikan. Tetapi agama KRISTIAN sebaliknya mengajarkan bahawa Jesus Kristus telah memikul beban dosa semua orang yang berdosa lalu disalibkan dan dia menjadi penebus semua orang yang berdosa itu.Perbuatan dosa telah dilakukan oleh beribu bahkan berjuta manusia tetapi hukumannya telah dikenakan ke atas seorang manusia suci, satu-satunya 'Putera Tuhan'. Ajaran ini di satu pihak membuat manusia itu tidak berguna dan memalukan sementara di satu pihak yang lain menjadikan seseorang itu hilang kepercayaan kepada dirinya sendiri dan dengan demikian harga dan nilai dirinya jatuh di matanya sendiri, dan selain daripada itu kepercayaan ini merupakan satu perlanggaran kepada kesucian Tuhan."

"5. Apabila Kitab Suci Al-Quran diturunkan ke dunia, maka ia telah menerangkan semua kebenaran, kebenaran yang telah lama dilupakan dan punca-punca kebenaran itu telah dicemarkan. Islam meletakkan semula kemuliaan semua nabi dan membantah semua tuduhan palsu yang ditimpakan kepada mereka. Ia mendedahkan penyisipan-penyisipan palsu yang telah dilakukan di dalam kitab-kitab wahyu dan membuat penjelasan akan keadaan yang sebenarnya melalui pendedahan itu. ISLAM membantah tuduhan-tuduhan palsu dan tidak berasas terhadap Nabi Isa .a.s. yang telah dibuat oleh sebahagian musuhnya dan juga kawan-kawannya. Dalam perkataan lain, kerana usaha Islamlah yang telah meletakkan Nabi Isa a.s. pada tempatnya yang sebenar dan telah membersihkannya daripada segala tomahan orang-orang Yahudi dan juga orang-orang yang menamai diri mereka Kristian. Orang-orang Kristian itu pula yang telah menuduh semua nabi dengan tuduhan palsu, perzinaan dan pembunuhan dan mengetengahkan Jesus Kristus dalam bentuk yang tidak sempurna sehingga kalau tidak kerana kedatangan Islam yang mendedahkan kebenarannya, maka tidak seorang pun yang mahu menganggapnya malah sebagai manusia bermoral juga. Ini merupakan satu obligasi Islam yang tidak akan dapat dibayar oleh Kristian. Orang-orang Kristian tidak sahaja MEMANIPULASIKAN kitab-kitab Injil, juga telah menyusun beratus-ratus Injil atas nama Kristus. Sekarang ini Injil-Injil palsu dan gelap yang disusun itu telah diletakkan di hadapan kita, yang sedikitpun tidak ada kena-mengena langsung dengan Kristus. Dalam Kitab Suci Al-Quran, terkumpul dan tersimpan dengan baik semua kitab yang diwahyukan. Oleh sebab itu saya MENJEMPUT semua orang Kristian membaca Kitab Suci Al-Quran ini yang menjunjung kehormatan agama Kristian dan yang memberikan kepada kita pengajaran dari semua nabi sepanjang zaman."

"6. ISLAM menyebutkan secara terperinci akan HAK-HAK kaum WANITA dan memerintahkan pembebasan semua hamba abdi, meniupkan semangat persamaan dan persaudaraan di kalangan umat manusia dan menetapkan perhubungan antara manusia dengan Tuhan. Tetapi di dalam agama KRISTIAN, tidak ada SECEBIS tanda pun tentang hak-hak wanita. Hanya kepada orang lelaki diberitahu bahawa mereka boleh menceraikan isterinya yang melakukan zina, tetapi tidak pula menyebut sedikitpun tentang apa yang boleh dilakukan oleh si isteri ke atas ketidaksetiaan suaminya. Tidak ada sepatah perkataan pun di dalam agama Kristian tentang pembebasan hamba abdi."

"7. ISLAM menyuburkan moral manusia dan menyediakan tatasusila yang tetap bagi kemanusiaan. Dengan mematuhi peraturan itu, manusia boleh mengawal nafsunya secara sederhana. Di dalam Al-Quran ada disebutkan; 'Barang siapa mengerjakan kejahatan maka tidak dibalasnya melainkan dengan seumpamanya dan barang siapa beramal soleh, baik dia lelaki mahupun perempuan, sedang dia seorang yang beriman, maka orang-orang itu masuk ke dalam syurga; mereka diberi rezeki di dalamnya dengan tidak terhingganya' (*NOTA: Al-Quran, surah 40, ayat 40). Tetapi di dalam agama KRISTIAN, ditekankan kepada satu aspek sahaja, iaitu yang melakukan kesalahan tidak boleh dihukum, dan kalau dia menampar pipi kiri, mesti menyerahkan pipi kanan pula untuk ditamparinya. Betapa pengajaran yang serupa itu boleh diikuti oleh manusia di dunia ini? Betapa keamanan dan ketenteraman dunia dapat dipertahankan dengan pengajaran serupa itu? Andaikata mahu memperlihatkan kemaafan dan baik sangka dalam semua perkara. maka mengapa Dia menciptakan nafsu amarah di dalam diri manusia dan kemudian membiarkan bahagian dari naluri itu menjadi kering?"

Bapaku yang dikasihi. Ini adalah beberapa perkara sebagai satu ilustrasi tentang pengertian yang menyebabkan saya menerima Islam dan bagi bapa juga, kalau ada satu jalan kebenaran yang mesti diikuti, maka bapa mestilah menerima Islam seberapa cepat yang boleh dan menyatakan taubat segera di atas keragaman ketuhanan di dalam agama Kristian yang benar-benar bertentangan dengan sifat-sifat Tuhan dan menjadi penghalang kepada jalan manusia mencapai kemajuan. Mudah-mudahan Tuhan menganugerahkan kepada bapa jalan istimewa untuk menerima iman! Saya juga mendoakan bapa ke jalan yang benar dan moga-moga Tuhan menyegerakannya. Amin!"

Anak bapa,
Isabella.

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..