Monday, November 22, 2010

Part 2: ISABELLA - Pertemuan Pertama


Pada pagi berikutnya, iaitu pagi Ahad, berita tentang pertemuan itu tersebar luas. Orang-orang Kristian dengan penuh hati-hati membuat persiapan teliti di dalam menghadapi orang ramai yang ingin ikut mendengar perbincangan tersebut. Hanya beberapa orang Islam sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam gereja. Ketika Umar Lahmi, Maaz dan beberapa orang cendekiawan Islam memaski dewan gereja itu, keliihatan oleh mereka hampir kesemua paderi yang terkemuka di Cordova ada di dalamnya dan sedang sibuk mengerjakan sembahyang.

Tidak lama kemudian, upacara sembahyang itu pun selesai. Para paderi itu lalu mengambil tempat duduk di suatu meja panjang yang sudah disediakan, berhadapan dengan Umar Lahmi, Maaz dan kawan-kawannya.

Sesudah mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana telah manyahut pelawaan mereka, Micheal, guru Isabella membuka pertemuan. Dia dengan lebih dahulu memperkenalkan tiap-tiap orang paderi yang ada di meja persidangan itu. Salah seorang daripadanya bernama Paderi Peter yang terkenal sebagai seorang ahli pengkajian Arab dan kitab-kitab Islam.

"Kami diberitahu, bahawa tuan-tuan mempunyai sedikit keraguan tentang agama Kristian dan juga telah berjanji, kalau penjelasan yang kami berikan boleh menyakinkan, maka tua-tuan akan meninggalkan Islam memeluk Kristian." Kata Micheal.

"Kami cukup yakin yang kepercayaan dan ajaran-ajaran itu tidak beralasan. Dalam pada itu, jika tuan dapat memuaskan hati kami dengan penjelasan-penjelasan tentang agama tuan, kami bersedia masuk agama Kristian".



Mendengar kata-kata Umar Lahmi, itu, Micheal lalu berpaling kepada Peter, yang dianggap oleh para paderi di situ sebagai orang paling berkebolehan untuk berdebat dengan orang Islam.

Peter, dengan nada suara orang yang menguasai keadaan, berkata: "Saya diberitahu bahawa bantahan tuan-tuan yang terutama sekali ialah tentang mengapa Saint Paul telah mengatakan hukum-hukum agama itu satu kutukan."

"Baiklah," ujar Peter,

"Sebutlah soalan-soalan tuan dengan jelas bersama-sama dengan pendirian tuan mengenainya."

"Mula-mula..." Umar Lahmi memulakan bicara, "cuba beritahu saya apakah jangan mencuri, jangan membunuh, jangan menimbulkan kesukaran kepada tetangga dan lain-lainnya itu merupakan firman-firman Tuhan dan apakah ada kaitannya pula dengan hukum-hukum agama?"

"Sudah tentu. Semuanya itu ada kaitannya dengan undang-undang agama." Jawab Peter dengan cepat.

"Apakah pula dikri Saint Paul tentang hukum-hukum agama?" tanya Umar Lahmi lagi.

"Dikri bagaimana? Saya tidak faham," jawab Peter. Mengangkat mukanya
memandang Umar seperti kehairanan.

"Tuan faham benar-benar perkara itu" kata Umar Lahmi dengan suara agak keras sedikit.
"Cuma tuan mahu mengelak daripada menjawabnya. Katakan saja bahawa Saint Paul telah menganggap hukum-hukum agama itu sebagai satu kutukan."

"Saint Paul mengangap hukum-hukum agama itu sebagai kutukan, dari sudut bahawa inti hukum agama itu adalah bahagian daripada Jesus Kristus dan betapa bodohnya apabila intinya ditinggalkan sedangkan kulitnya dikelar-kelar."

"Begitulah pula yang saya maksudkan," kata Umar.

"Saint Paul yang menganggap Jesus sebagai jiwa dan hukum-hukum agama itu sebagai tubuh, telah mengatakan hukum-hukum agama itu sebagai satu kutukan dan apabila tuan juga berkata Firman Perjanjian Lama ada kaitannya dengan hukum-hukum agama, maka TIDAKKAH MENAHAN DIRI dari melakukan pembunuhan dan penzinaan juga adalah satu KUTUKAN."

Mendengar hujah Umar Lahmi itu, Peter si paderi tua kelihatan agak resah sedikit, tetapi dia menjawab dengan satu dalihan, "Perkara ini sebenarnya merupakan satu perkara yang GHAIB, dan tuan tidak akan dapat memahaminya tanpa bantuan dari ''Roh Kudus'' dan tidak semestinya pula sesuatu masalah yang tidak dapat difahami itu merupakan perkara yang salah. Saint Paul telah memgangap hukum-hukum agama secara lahiriahnya satu kutukan dan tidak pula tertuju kepada semua bentuk hukum agama."

"Benar. Memang betul Saint Paul mengatakan hukum-hukum agama pada lahiriahnya satu kutukan. Sekarang cuba terangkan kepada saya, jikalau TIDAK mencuri, TIDAK berzina, TIDAK menganggu keluarga dan lain-lain lagi itu adakah hukum-hukum agama yang lahiriah atau dalaman, rohaniah dan moral?" tanya Umar Lahmi.

"Tuan hanya menumpukan soalan kepada topik yang sama," kata Peter membantah.

"Cuba dengar, Apa yang dikatakan oleh Jesus Kristus adalah lebih baik daripada yang dikatakan oleh Saint Paul.Tuhan kami menyuruh kami mengikut Firman-firman Perjanjian Lama".

"Iaitu untuk memperoleh keselamatan maka perlu mengikut Perjanjian Lama * juga," (*NOTA: lihat Injil, Matius Bab5:19 sampai Bab 10:25).

Kata Umar Lahmi. "Kalau sudah begitu, mengapa timbul atau mengapa perlunya perkara penebusan dosa dengan menyalibkan ''Putera Tuhan''? Iaitu, mengapa harus ada Penebusan Dosa ini apabila Perjanjian Lama perlu diikuti? Apakah perlu mengikuti Firman-firman Perjanjian Lama malah sesudah Kristus menebus dosa?"

"Kami tidak tahu apa-apa," jawab Peter dengan suara perlahan. "Kecuali Tuhan kami telah mengarahkan kami mengikuti Perjanjian Lama. Tetapi keselamatan tidak dapat diperoleh hanya semata-mata mengikuti Perjanjian Lama tanpa ada penebusan dosa."

"Jadi , Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Yusof, Nabi Noh dan lain-lain nabi itu kehilanganlah keselamatan mereka, kerana jalan keselamatan mereka satu-satunya hanyalah dengan mengikuti hukum-hukum agama?" tanya Umar Lahmi, kemudian disambungnya, "Begitu juga dengan para pengikutnya, keselamatan mereka dicabut."

"Sebelum kedatangan Kristus, jalan keselamatan satu-satunya dengan mengikuti hukum-hukum agama, tetapi penebusan dosa oleh Jesus Kristus telah mengubahnya dan sekarang jalan yang ada hanyalah penebusan dosa," Jawab Peter.

Umar Lahmi tersenyum mendengar jawapan Peter yang berbelit-belit itu. Dia memandang muka Isabella yang sedang tenggelam dalam satu fikiran yang membingungkan. Umar memandang kepada muka Peter,ditenung matanya.

"Mula-mula tuan menolak apa yang sudah dikatakan oleh Saint Paul iaitu hukum-hukum agama bukan satu kutukan, kemudian tuan menolak hukum-hukum agama sebagai dasar keselamatan. Dapatkah tuan mengemukakan kata-kata ''WALI'' yang lain untuk membuktikan bahawa ucapan Saint Paul ''hukum-hukum agama itu satu kutukan'' adalah tidak benar?"

Tiba-tiba seorang paderi kurus yang bermuka cengkung dari sebelah kiri menyampuk dengan suara yang lantang. "Tuan-tuan! Percakapan tentang hal ini adalah perbuatan murtad dan kufur. Semua yang dibincangkan adalah berkaitan dengan perkara-perkara ghaib."

"Jangan ikut rasa hati dalam perselisihan pendapat ini," ujar paderi yang bertubuh gemuk dan berkepala bulat licin. Dia duduk di sebelah kanan Peter.

Melihat keadaan mulai kacau itu, Micheal bangun dan berkata: "Saudara-saudara, kita berhimpun di sini untuk mencari kebenaran ........."

Isabella yang duduk bersama-sama rakannya berbisik " Cuba kalian lihat, di belakang orang-orang Islam mereka bercakap besar bahawa orang-orang Islam ini tidak akan dapat berhadapan dengan mereka. Tapi bila duduk berhadapan dengan mereka, tembelang mereka terdedah semuanya. Aku sangat menyesal bapaku tiada di sini hari ini, kalau tidak dia tentu boleh tutup mulut orang-orang Islam itu..."


Nantikan sambungan Pertemuan Kedua. -Siapa yang disalib? Tuhan atau Manusia?

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..