Sunday, November 28, 2010

Kisah Pengorbanan

Walaupun hari raya korban dah lebih seminggu berlalu, tapi ketika 'bersiar-siar' dalam sebuah 'kereta' yang bukan sebarang kereta, tapi kereta mayat, saya terjumpa post yang menarik ini. Artikal pemilik kereta tu panjang bebenor sebenarnya, tapi saya copy kisah-kisah Nabi je di sini. Sekadar peringatan untuk diri sendiri.

Satu hari dalam sejarah islam…

Siti Aisyah r.ha telah di pelawa menghadir majlis makan-makan, bila makanan terbentang depan mata, dan apabila makanan di suapkan ke mulutnya, Siti Aisyah r.aha yang merupakan ‘ibu kepada semua orang islam’ telah menangis…

Sedang air mata mengalir di pipi, beliau berkata…

“Rasululullah SAW tak pernah makan roti yang sebegini lembut semasa hayatnya bersamaku..”(lebih kurang maksud)

Siti aisyah berkata lagi…
“Roti yang biasa Nabi Muhammad SAW makan, adalah roti yang keras dan murah, itupun baginda tidak dapat makan sampai kenyang..(kerana sedikit sahaja yang ada dan sering di bahagi-bahagikan)”

Riwayat lain Aisyah berkata:
“Baginda tidak pernah makan kenyang selama dua hari berturut turut walaupun dengan roti jagung dalam sepanjang hayatnya sehinggalah kewafatannya…”

“Pernah satu hari bila tiba waktu berbuka puasa.., tiada apa apa makanan di rumah kami, melainkan hanya sebiji kurma, maka Rasulullah telah mebahagikan kurma itu kepada dua bahagian, satu untuk aku dan satu lagi untuk baginda, dan itulah sahaja juadah kami berbuka puasa…”



Bercerita tentang kehidupan Nabi Muhammad saw, Nabi hidup sehari kenyang dan sehari lapar bukan kerana Nabi amalkan diet, atau Nabi muflis, tapi kerana rumah Nabi memang tiada makanan! Langsung! Pernah satu pagi nak breakfirst, isteri baginda cakap makanan takde..

Maka Nabi dan isterinya buat keputusan untuk berpuasa..!

Kata Ibnu Abbas r.a lebih kurang maksud:
“Berlapar selama beberapa hari adalah perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan keluarga Rasullullah"

Pernah Nabi ziarah anak kesayangannya siti fatimah r.aha, tiga kali bagi salam dan tak ada dengar jawapan, akhirnya untuk salam yang last ada jawapan salam dari fatimah r.aha dengan nada yang perlahan…, dan siti fatimah r.aha merangkak membuka pintu kerana berada dalam keadaan yang sangat lapar, nabi menangis, kemudian datang Husin dan Hasan cucu Nabi berlari ke arah baginda dengan harapan adalah makanan yang di bawa, tapi mereka kecewa apabila mendapati baginda SAW datang dengan tangan kosong..

Lalu nabi SAW mencium cucu kesayangannya ;
Seorang cium di perut..
Seorang cium di leher...

Lalu ter’kasyaf’lah Fatimah r.aha akan nasib yang bakal menimpa anak anak nya iaitu seorang akan di bunuh dengan di pancung dan seorang bakal dibunuh dengan di racun..

Nota: kasyaf adalah dapat melihat di sebalik tabir-dengan izin Allah.

Lalu merayulah Fatimah r.aha kepada baginda dengan linangan air mata agar Nabi SAW menggunakan doa ‘terakhir’ untuk mengubah takdir anaknya..

Nota: setiap Nabi a.s mempunyai doa ‘terakhir’ iaitu doa yang paling makbul yang biasanya para Nabi gunakan untuk memohon Bala Bencana kepada ummatnya –Rujuk cerita para Nabi.

Tapi Nabi SAW menolak permintaan puteri kasayangannya kerana telah berniat untuk menyimpan doa ‘terakhir’ tersebut untuk ummatnya di padang masyar.., Oh! begitu cinta sekali Nabi kepada Ummatnya..

Kisah pengorbanan para sahabat

Begitu jugak pengorbanan para Sahabat, sebelum islam Abu Bakar RA ada 8 gedung perniagaan, apa telah jadi pada beliau setelah memeluk islam?

Benar, beliau telah korabankan seluruh hartanya pada ugama dan hanya memakai pakaian yang di buat dari guni dan berbutangkan duri..

Saidina Umar RA pula akhirnya hanya memiliki sehelai baju yang bertampal tampal dan satu darinya di tampal dengan kulit binatang…

Pernah berkata Hazrat Abu Hurairah RA setelah membersihkan hidungnya dengan kain yang halus;

“Oh, Abu Hurairah, hari ini kamu membersihkan hidung dengan kain yang halus. Masih aku teringat ketika aku pengsan tidak sedarkan diri di antara mimbar Rasulullah SAW, Orang ramai menekan nekan tengkukku dengan kaki kerana mengikut petua yang kononnya aku terkena sawan, padahal aku sedang menderita kelaparan.."

Itu belum aku cerita kisah Mus’ab bin Umair RA, seorang anak orang kaya yang sentiasa memakai baju berharga 200 dirham. Tapi bila masuk islam beliau hanya mamakai sehelai kain yang koyak rabak dan bertampal. Nabi menangis melihat keadaannya yang begitu daif, apatah lagi ketika Mus’ab bin Umair RA terbuhuh di medan Uhud, mayatnya hanya di tutup dengan daun-daun pokok kerana tak cukup kain..

Mari kita imbas kembali cerita Nabi Ibrahim a.s… Mungkin ada yang dah banyak kali membaca kisah ini tapi ini versi lain. Boleh membaca secara scroll bagi yang sudi:

******************************************************************************


Pada mulanya baginda tidak tahu akan siapakah sebenarnya tuhan, mula-mula baginda sangka tuhan adalah bintang, tapi bila bintang hilang baginda sangka pulak bulan sebagai tuhan..

Kemudian, bila siang bulan hilang (hilang dalam terang) maka baginda kata ini bukan tuhan dan ternampak pulak matahari.

Maka baginda mula menganggap matahari sebagai tuhannya, hinggakan pada waktu tengahari beliau ambil air dan renjis pada langit,

Mak dia tanya”kenapa buat macam tu?” dia cakap “kasihan, ‘tuhan’ dalam kepanasan…”
Begitu taksub sekali baginda dengan tuhan….

Sehinggalah akhirnya, Allah mewahyukan kepadanya tentang Zat yang sebenar iaitu,
“Akulah Allah tuhan sekelian Alam.”

Maka Sangat suka dan gembira Baginda Ibrahim atas perkara ini.. maka dia telah bertekad dan anggap Allah sebagai kekasihnya. Dan Allah pula telah melantiknya sebagai ‘khaililullah’(sahabat Allah)

Bila Allah dok puji nabi Ibrahim a.s. maka datang keinginan pada malaikat untuk test iman nabi Ibrahim a.s, dan kecintaan Nabi Ibrahim.a.s kepada Allah

Maka pada waktu nabi ibrahim a.s sedang duduk menjaga kambing-kambingnya. Maka datanglah malaikat lalu diucapkan:
‘subhanallah!’
maka Sangat terkejut dan teruja bercampur gembira bila dengar nama Kekasihnya disebut-sebut.

Maka baginda mintak orang tu sebut sekali lagi tapi (malaikat) buat syarat ,boleh aku ucap tapi kau kena bagi semua kambing kau kat aku.

Nabi Ibrahim a.s kata, boleh.. tekde hal punya asalkan kau ucap kalimat tu balik(lebih kurang), barulah malaikat percaya akan kecintaan baginda pada Allah begitu tinggi sekali, sehingga sanggup korbankan semua kambing just nak dengar nama kekasihnya di sebut-sebut, barulah malaikat tu bagitahu akan niat sebenarnya bahawa dia saje nak test power iman dan kecintaan baginda a.s kepada Allah.

Pendek cerita, Nabi ibrahim a.s ni takde anak, doa punya doa punya doa, umur 80 tahun lebih kurang barulah Allah bagi anak, punyalah gembira akan baginda Ibrahim a.s sehingga larilah tawajuh/tumpuan/konsetrate/fikir/ baginda daripada Allah, kepada anaknya yg bakal lahir.

Sekali bila lahir dapat anak lelaki, bukan main alang kepalang punya gembira lagi, lalu ketika itu tumpuannya pada anak telah melebihi tumpuan kepada Allah, maka pendek cerita, Allah ingin nabi Ibrahim a.s buktikan cintanya pada Allah dengan cara meninggalkan anak dan isteri di Padang pasir yang takde asbab hidup selama 7 tahun lebih kurang. Demi cinta kepada Allah yang lebih dari segala-galanya, maka nabi ibrahim AS sanggup korbankan masa yang amat berharga bersama keluarga lalu pergi berdakwah..,

Pesan Nabi Ibrahim kepada isterinya:
"Bertawakkallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungi mu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguh kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat ku cintai ini. Percayalah wahai Hajar bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah."

Lalu berangkatlah nabi ibrahim a.s dengan perintah Allah meninggalkan anak yang baru lahir bersama ibunya di padang pasir yang tandus dan kudus..

LEBIH KURANG 7 TAHUN KEMUDIAN…

Baginda telah pulang dengan hati yg berbunga-bunga, al-maklumlah anak dah besar, boleh main lari-lari, main sorok-sorok, ketawa-ketawa, batu seremban dan lain lain..

Dan pada waktu ini sekali lagi tumpuan, dan fikir nabi Ibrahim a.s pada anaknya begitu tinggi melebihi tumpuan kepada Allah sehingga datang perintah baru dari Allah untuk buktikan iman dan cintanya iaitu tak boleh turun dari unta dan kena keluar lagi jalan Allah selama 3 tahun,

Menangis Siti Hajar lalu membasuh kaki suami tercinta dengan air zam-zam dan kata Siti Hajar (lebih kurang):

“Allah yang sama jaga abang dalam api, Allah yang sama juga jaga saya dan anak abang, pergilah abang, bila ini perintah Allah maka janganlah bimbang, kerana ALLAH BERSAMA KITA, ALLAH TAK KAN SIA-SIAKAN KITA.!!!

LEBIH KURANG 3 TAHUN KEMUDIAN…

Pulanglah baginda dengan hati yang sangat rindu pada anaknya, anak aku dah besar, dah pandai bercakap, boleh aku ajar itu-ini. Maka sekali lagi fikir dan tumpuan baginda pada anaknya melebihi fikir dan tumpuannya pada Allah hinggalah Allah mengeluarkan perintah baru untuk nabi Ibrahin a.s untuk buktikan kesungguhan cintanya pada Allah yang kononnya mengatasi segala2-galanya.

Lalu Allah perintahkan Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya, bunuh terus, sembelih hidup-hidup.

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEEKOR BINATANG
TAPI DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA…

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA SAHAJA
TAPI MANUSIA ITU ADALAH ANAK DIA…

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH ANAK DIA SAHAJA
TAPI ITULAH SATU-SATUNYA ANAK DIA…

DAN BAGINDA TELAH MELAKUKANNYA….

Pisau telah di asah, dan telah di kenakan pada leher anaknya..

Pisau juga telah di tekan ke dalam daging, dan tarik menarik telah bermula..

Baginda buat sungguh-sungguh, tapi pisau tak lut, Allah tarik sifat pisau yg memotong, susah hati baginda fikir macamna nak sembelih anak dia, baginda asah pisau lagi dan sembelih lagi dan lagi akan anaknya tapi tak cedera sedikitpun .

Baginda buat berkali-kali sehinggalah datang malaikat Jibril a.s bagitahu lebih kurang cakap:“cukuplah duhai Nabi Ibrahim, engkau telah buktikan cintamu pada Allah mengatasi segala-galanya, engkau sanggup korbankan apa saja demi Allah walaupun nyawa anakmu sendiri, Maka sebagai hadiah Allah telah hadiahkan seekor kibas dari langit yg diambil dari zaman nabi Adam dulu kepunyaan Qabil(Qabil ke Habil? Kene check semula nanti)

Lalu bersyukurlah akan Nabi Ibrahim a.s kerana Allah telah iktiraf iman baginda…

Maka hadiah itu di sembelih dan telah menjadi amalan yang di tuntut oleh ummat islam sampai akhir zaman sehinggalah ke hari ini…
******************************************************************************

Peringatan penting dari kereta mayat ini juga menarik untuk direnung dan difikir-fikirkan.

Allah berfirman dalam Al-quran lebih kurang maksud janganlah kamu melebihkan 8 perkara dari 3 perkara:

8 perkara itu adalah:

1-isteri
2-anak
3-saudara
4.kaum keluarga
5.harta
6.perniagaan
7.rumah
8.ibu bapa

dan 3 perkara pulak adalah:

1.Allah
2.Rasul
3.Berjuang jalan Allah..

Sekadar perkongsian, sebenarnya apakah nilai pengorbanan kita? Adakah yang kita lakukan itu dan ini untuk Allah, Rasul dan perjuangan ke jalan Allah? Jika tidak, pasti sia-sia semua yang kita usahakan dan kerjakan itu. Sentiasalah muhasabah dan betulkan niat agar kita tidak jauh terpesong dari berkorban untuk Allah.

1 comments:

Komen anda..