Tuesday, October 26, 2010

Selagi Mata Berkedip


"Katakan kepada Rasulullah, wahai Rasulullah, aku sedang mencium bau syurga. Dan katakan kepada kaumku orang-orang Ansar. Tidak ada kemaafan bagi kalian di sisi Allah jika terjadi apa-apa kepada Rasulullah SAW sedangkan kamu masih memiliki mata yang berkedip.
~Sa'ad bin al-Rabi' RA


Itulah kata-kata Sa'ad bin al-Rabi' di saat lambaian sakaratul maut di medan jihad. Pada ketika itu, Rasulullah SAW meminta Zaid bin Thabit RA untuk ke medan Uhud selepas peperangan berakhir bagi mencari Sa'ad bin al-Rabi' yang dipercayai masih hidup. Dan Zaid RA menjumpai beliau dalam keadaan beliau berada di ambang terakhir dalah hidupnya. Namun, beliau masih sempat memberi pesan kepada sahabat yang masih hidup untuk mempertahankan Rasulullah SAW. Beliau masih bersemangat tinggi dengan menyebut, "sedangkan kamu memiliki mata yang masih berkedip."

Saya gunakan waktu menunggu komputer free di library ini dengan menyambung bacaan buku "50 Kata-Kata Tokoh Berpengaruh dan cerita di sebaliknya". Disebabkan hampir setengah jam terpaksa menunggu untuk mendapatkan komputer kosong, beberapa kisah sahabat boleh dihabiskan. Tapi entah kenapa saya sangat terkesan dengan ayat terakhir dari kisah Sa'ad bin al-Rabi' itu.

"sedangkan kamu memiliki mata yang masih berkedip".


Rasa terpukul dengan ayat itu sebab hari ni saya rasa penat dan tidak berapa sihat. Mungkin sebab tidur yang tidak teratur dan asignment yang masih bersisa. Tapi berdoa agar boleh sihat seperti biasa esok. Tak teruk pun tapi kadang-kadang diuji dengan tidak sihat dan rasa penat sedikit je diri dah mula hilang semangat. Jadinya, kena lawan cepat-cepat dan kembali bersemangat.

Kagum bukan dengan kehebatan para sahabat Nabi dulu? Semangat mereka untuk mempertahankan Islam yang sampai kepada kita sekarang ni tak pernah luntur. Malah semangat mereka adalah semangat yang luar biasa. Cinta mereka pada Rasulullah juga cinta agung. Mereka tersangat menyayangi Rasulullah. Mereka tak pernah pun mengeluh dan merasa sakit dengan kecederaan yang bukan sedikit di medan jihad. Malahan mereka sanggup syahid. Tapi diri ini, hanya kerana penat dengan urusan belajar yang apa la sangat timbangan yang dapat dikumpul, sudah mula mengeluh dan hilang semangat. Malunya dengan mereka.

Jadinya, teruskan bersemangat! Jangan cepat sangat mengeluh. Kalau Sa'ad bin al-Rabi' mengatakan "pertahankan Rasulullah sedangkan kamu memiliki mata yang masih berkedip". Untuk kita pula yang bergelar pelajar, "teruskan usaha bersungguh-sungguh sedangkan kamu memiliki mata yang masih berkedip".

Dan dalam kesibukan dengan urusan duniawi yang tak akan pernah habis ini, saya juga terkesan dengan bisikan hati pemburu impian tentang membaca yasin,

“Banyaknya janji Allah di dalam yasin ini. Meluangkan masa 30 minit sehari , untuk membaca yasin pagi dan petang berpeluang mendapat janji Allah. Kunci kejayaan hidup di dunia dan akhirat sudah terang dan nyata. Semuanya sudah tersedia. Malah siapa ditunjukkan secara terperinci dari segi teknik dan strateginya , dengan kata-kata mahupun perbuatan. Oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Semuanya sudah sempurna……yang belum sempurna adalah usahaku untuk menirunya….”


Ya, diri ini tersangat belum sempurna untuk meniru semua itu. Untuk meniru semangat luar biasa itu. Untuk meniru amalan ibadah yang luar biasa itu.

Muhasabah dan perbaiki diri. Amalkan sesuatu yang baik setiap hari dan berusaha kekalkan.




2 comments:

  1. sangat terkesan....
    sgala2 yg luar biasa pd dri Raulullah dan shbat...
    pngorbanan...kcintaan...smua luar biasa..
    bgaimana mmpu untuk smpai ke tahap itu...
    sedangkan sdkit ujian sudah lema dan mngluh..
    hai diri...
    x lemah...x mudah mnyerfah kalah....chaiyok2!!!
    aja2 fight!!!
    belajar juga amanh Allah..
    syukran ye atas post ni...
    snagat terkesan!
    walau dh baca buku tu..tp x pula trfikir smpai mcm ni..
    "selagi mata berkedip"

    ReplyDelete
  2. murabbi terkesan sbb dtg ke TZ dgn minda positif dgn niat mncari ssuatu yg brmnfaat utk rohani..
    Alhamdulillah.. ^___^

    betul. mereka sgt hebat. kl dulu sy bnyk mmbaca kisah kejayaan org2 nonmuslim tp skang cuba ubah mindset utk mengagumi n mghayati kisah2 para shabat pula. cuba mengambil motivasi dr mereka. sebab mereka memiliki motivasi yg luar biasa. n luar biasa itu hasil dr ajaran agama kita, agama Islam.

    ya, belajar juga amanah Allah..
    InsyaAllah smoga sama2 brjaya k! ^____^

    ReplyDelete

Komen anda..