Wednesday, October 20, 2010

Jika bertemu, bisikkanlah..


Berkata Syeikh Abdul Qadir Jailani sebagai suatu pedoman,

“Jika kamu bertemu dengan orang tua, bisikkan kepada hatimu. Sesungguhnya ia orang tua, pasti pahalanya banyak bertimbun."

“Jika kamu bertemu orang muda, maka bisikkan kepada hatimu. Ia masih muda, dosanya pasti lebih kurang berbanding aku."

“Jika kamu bertemu dengan orang alim, maka bisikkan kepada hatimua. Ia orang alim, pasyi ia lebih mulia berbanding aku."

“Jika kamu bertemu dengan orang jahil, maka bisikkan kepada hatimu. Ia orang jahil, ia melakukan maksiat kerana kejahilan sedangkan aku melakukan maksiat dalam keadaan aku mengetahui."

“Jika kamu bertemu pelaku maksiat, maka bisikkan kepada hatimu. Ia mungkin orang maksiat, namun aku tidak tahu apakah kesudahan penghujung hidupku. Mungkin ia mati dalam keadaan bertaubat dan taat sedangkan aku tidak tahu kesudahanku.”


Peringatan penting untuk diri sendiri,


“Janganlah sombong jika kamu aktif dalam berusrah. Mungkin banyak orang yang kamu latih, tetapi belum tentu ia menyelamatkan kamu dari sambaran neraka. Orang yang berusrah rajin, kadang-kadang dihinggapi penyakit sombong. Ia merasakan jamaah kuat kerananya. Ia merasakan ramai orang yang berjaya dilatihnya. Walhal ia hanya melatih fikrah, tetapi tidak menuntut hati agar membenci kehendak nafsu dan menjauhi dunia.”


Muhasabah diri

Coretan ini dari penulis buku '50 kata-kata Tokoh Berpengaruh dan cerita di Sebaliknya' di blog beliau. Baru baca Sekapur Sireh penulis dalam buku tu, saya dah menyelongkar ke alam maya penulis, blognya. Memandangkan komputer di depan mata, senang la jari menari mencari blog. Saya suka blogger yang memberi 'food for soul' macam nih. Lagi suka bila saya ada buku beliau dan lebih memahami cara penulisannya. Cannot denied. So, masuk list blogger saya.. hehe..

Kata-kata di atas sangat memberi kesan pada saya. Semenjak melakukan aktiviti blogwalking ke merata teratak blogger yang memberi 'food for soul' belum lagi disambut dengan ketukan sebegitu.

Kenapa? Sebab saya juga ikuti usrah. Ya, kadang-kadang kita rasa kita baik bila ikuti usrah. Mesti ada jugak terlintas sikap mazmumah itu. Tak termasuk dengan rasa yang wujud bila diri mula aktif dengan program-program lain. Semenjak saya mula buat keputusan perlahankan penglibatan diri buat sementara waktu dari mengikuti program atas sebab sendiri, saya mula memerhati. Memerhati sikap orang lain dan muhasabah diri. Bila dah aktif dalam program dakwah dan tarbiyah tu, mesti akan lahir sikap tu kan? Saya menyedarinya bila saya melihat dan memerhati. Dalam hati, "entah-entah aku juga seperti itu dulu. Astaghfirullah."

Dan ayat di atas tu, memberi ketukan untuk saya lebih muhasabah. Dan saya panjangkan muhasabah lagi dengan ayat ini:

“Jika kamu memilih pasangan hidup kerana fikrah, maka pandangan kamu sangat sempit. Misi perkahwinan yang terbesar bukanlah dengan kamu mendapat pasangan hidup yang mengizinkan kamu aktif dalam jamaah. Tetapi tujuan yang terbesar adalah mencari pasangan yang menanamkan rasa rindu kamu kepada akhirat dan takut kepada neraka.”

Dengan itu, saya tukar mind setting saya
sebelum ini yang nampak lurus tapi bengkok sebenarnya.




0 comments:

Post a Comment

Komen anda..