Sunday, October 31, 2010

Examinitis

Study ke berangan ni? STUDY! sambil fikir masa depan.. ^___^

Penyakit examinitis


Mula-mula baca nama penyakit ni saya nak tergelak. Examinitis?! Sounds like meningitis.. hehe.. Nak tergelak mula-mula tu sebab ingatkan perkataan examinitis tu hanyalah direka oleh penulis. Tapi saya try tanya 'cikgu google', dia cakap memang ada la penyakit tu. Ooo.. baru tau. Saya baru berkenalan dengan perkataan ni. Mungkin sahabat yang membaca ni dah lama tau kot tapi saya baru tahu.. huhu.. Saya masih budak baru belajar.

Examinitis. Itulah penyakit yang sedang melanda kebanyakan pelajar di beberapa negara yang terlibat. Mungkin ketika ini sudah ada antara sahabat yang telah pun sihat dari penyakit ini atau mungkin ada yang masih sedang berjihad dengan penyakit ini. Tapi yang pasti saya dan teman di UQ belum memulakan jihad itu lagi. Penyakit examinitis ni baru je bermula di kalangan pelajar UQ. Namun penyakit ini tidaklah begitu kronik jika mahu diukur dengan skala kemanusian seperti mana yang dihadapi oleh sebahagian manusia di Palestin.

Apatah lagi jika mahu dinilai dengan neraca Ilahi yang mana sesiapa yang mengidapnya akan dirawat di bahagian pesakit luar. Namun setiap yang kecil jika tidak disikapi dan dihadapi dengan cara yang sepatutnya boleh mendatangkan kesan yang amat memudaratkan.

Begitu juga dengan penyakit examinitis ini.


Penyakit ini juga menjadi lebih parah sekiranya pelajar-pelajar yang terlibat mengalami masalah emosi disebabkan mendapat markah yang rendah dalam assessments sebelum musim examinitis ni tiba. Lebih sedih jika markah yang diperolehi jauh lebih rendah dari yang diharapkan. Kadang-kadang rasa kecewa ini menyebabkan pelajar tidak kuat dari segi emosi untuk berdepan dengan penyakit examinitis ni.

Namun, cikgubad berpesan, setiap perkara berlaku kerana dua perkara. Samada ianya berlaku kerana pilihan kita atau ianya berlaku kerana telah ditakdirkan olehNya. Tapi bagi saya semua yang berlaku ini adalah ketentuanNya. Cuma bila berbicara soal pilihan, ya, kita perlu bijak membuat pilihan. Bagi saya pilihan kita adalah berkaitan soal TINDAKAN. Samada kita memilih untuk berjaya atau sebaliknya. Jika ingin berjaya, kita perlu bertindak seperti ingin mencapai kejayaan itu. Dan keputusannya nanti adalah takdirNya. Sebab itu perlunya usaha + doa + tawakal. Walaupun tawakal disenaraikan di belakang tapi sebenarnya tawakal itu dari mula lagi. Tawakal itu bersama usaha dan doa. Bukannya usaha dulu, kemudian berdoa dan akhir sekali barulah bertawakal. Bertawakallah dari peringkat usaha lagi kerana tawakal itu juga bermakna berusaha. Namun perlu juga kita sentiasa ingat dan percaya, walaupun kita yang menentukan pilihan kita samada berjaya ataupun gagal tapi tetap perlu bersedia dengan takdir yang mungkin 'bertentangan dengan pilihan' kita. Percayalah:

"Hidup menjadi sempurna dengan kejayaan yang manis dan kegagalan yang pahit"

Dalam soal takdir, saya belajar tentang sesuatu yang baru mengenai takdir dari saifulmujahid. Katanya:

Dalam ilmu kalam, dijelaskan bahawa takdir itu terbahagi kepada dua, takdir yang telah ditetapkan dan takdir mu’allaq (takdir yang bergantung pada usaha seseorang). Dari sini lah timbul konsep “Takdir itu berada dihujung usaha.”


Jadi, tiada pilihan lain untuk berjaya kecuali memilih untuk berusaha bersungguh-sungguh kerana takdir yang kita akan dapat mungkin takdir mu'allaq.

Dalam proses melalui examinitis ini dan demi meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, kita sebagai pelajar harus bijak menyusun strategi dan berhikmah dalam tindakan. Bermula dari meluruskan niat, mengurus masa, menjaga pemakanan rohani dan fizikal sehinggalah kepada menjaga hubungan dengan semua pihak yang bersangkut sekitar hidup kita agar berhasil mendapat keberkatan.

Namun kadang-kadang penyakit examinitis ini menguji dengan simptom-simptom seperti malas, lemah semangat, stress, bosan, pening dan sebagainya. Tapi sama-sama ingatkan diri dengan pesanan sahabat Bayyinat ini,

"Tidakkah kamu mahu menjadi orang yang berbakti kepada agama? Kerana itu, jangan malas. Jangan bersikap lemah. Dan jangan manja".

Sesungguhnya perjuangan ini bukan untuk orang 'lemah' iaitu orang yang putus asa, orang yang malas, dan orang tidak rela bekorban. Sempena raya korban yang bakal menjelma, berkorbanlah. Saya memang bakal berkorban sebab terpaksa pergi ke dewan peperiksaan pada hari raya korban nanti. Huhu.. :( .Tapi tak apalah sebab dimotivasikan kembali dengan ayat ini setelah diingatkan oleh seorang sahabat fillah:

"Laayukallifullahunafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.


Tapi penyakit examinitis ini tetap perlu dicari ubatnya. Jadi ubatnya adalah dalam manual kehidupan kita, surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23, ayat 1-9

1. Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

2.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

3.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat untuk menenangkan fikiran dengan mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

4.Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

5.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan. Padahal
Allah SWT kan sentiasa ada (^________^), sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

6.Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

7.Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.




~dari seorang ukhti, i-suki.. jzkkk kak!~

Akhir kata, untuk semua yang sedang berpenyakit examinitis sekarang, BITTAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN. Semoga kita sama-sama beroleh taufiq dan kejayaan dalam peperiksaan masing-masing.


Pesanan untuk kita bersama, yang bakal menjadi jenazah bila-bila masa,

Mungkin SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dah lepas tapi jangan pernah lupa untuk mengejar SPM satu lagi. Sijil Padang Mahsyar.. >> ahaks! idea dari Bayyinat.. :p



rujukan:
1. Imtihan, saifulmujahid
2. Buat kalian yang sedang exam, Bayyinat
3. Buatlah Pilihan atau Takdir Menentukan, cikgubad
4. Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran, iLuvislam
5. Penyakit Examinitis Menyerang Lagi! , iLuvislam

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..