Wednesday, October 6, 2010

Ekplorasi Ilmu

video


Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi
Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari
Yang mengiringi


Mendalam bukan maksud tiga ayat di atas.

"To get the rainbow, you must get the rain first"

Usaha, usaha, dan teruskan usaha. Jangan malas. Jangan buat sambil lewa, nak cepat siap. Tapi buat betul-betul. Buat bersungguh-sungguh. Sampai betul-betul rasa penat dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Bukan penat sebab malas.

Nyahkan perasaan putus asa dengan ujian. Nyahkan perasaan penat dengan urusan yang banyak.

Teruskan bermotivasi menghadapi dugaan.


Berkongsi tips belajar dari imotivasi:

Rajin-rajinkan lidah beristighfar, rasakan bahawa kita sudah banyak membuat kesalahan di masa lalu kemudian kita betul-betul minta ampun. Selain meminta ampun daripada Allah swt, minta ampun daripada ibu dan bapa kita.

Ini untuk membersihkan hati. Hati yang kurang bersih lah yang membuatkan fikiran kita bercelaru.

Hati yang ‘kotor’ itu juga yang akan membuat kita tidak tahu apa matlamat kita sebagai seorang pelajar.

Tapi, hati yang bersih akan membuat kita senang memahami apa yang dipelajari.

Jom banyakkan istighfar sebab banyak beristighfar juga membantu kita mendapatkan semua yang dihajati. Siapa yang pernah baca tentang Istighfar ini pasti tahu.


Lirik penuh lagu di atas:

Telusuri maknawi menjejak hakiki
Amanah suci khalifah di bumi
Jelajahi duniawi menuju ukhrawi
Amalan murni mengadap Ilahi

Eksplorasi diri membaca zahiri
Menyingkap realiti yang tersembunyi
Eksplorasi hati mengungkai nubari
Cerminan peribadi bias tulus budi

Bertemu berpadu di dalam restu
Berkias bermadah dalam santun ilmu
Berpautkan iman tenteram aman
Bersandarkan rahmat sentosa selamat

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi
Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari
Yang mengiringi

Bukan mudah memiliki mutiara kasih
Tanpa diselami lubuk hati nurani
Ke dasar rasa yang paling dalam

~~> Eksplorasi -Inteam ft Far East <~~


p/s: post khas untuk diri sendiri.. kena semangat dan bermotivasi nak siapkan semua assignments ni dengan bersungguh-sungguh. Jangan buat sambil lewa lagi.. huhu

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..