Sunday, September 26, 2010

Tips Kecantikan untuk Muslimah


video

Menarikkan video ni?

Love this:

"Allah sometimes takes us into troubled water, not to drown us but to clean us"
(^____________^)


Semua wanita mahu kelihatan cantik. Tapi cantik kita yang sebenar adalah dari dalam sebenarnya. Bukannya kerana day cream, night cream, whitening cream, eye shadow, lipstik, compact powder dan sebagainya. Banyak sangat yang seseorang wanita boleh pakai di mukannya dalam satu-satu masa. ish2... =_=


Tapi terlupa cara menjaga kecantikan yang sebenar. Yang diajar Islam. Semua produk kecantikan itu adalah modes operandi mereka. Mereka yang menetapkan bagaimana kita kelihatan cantik. Semuanya demi keuntungan peribadi. Sebagai contoh, kalau di Malaysia yang rata-rata wanitanya berkulit sawo matang, maka pasaran yang hot adalah untuk produk whitening. Tapi kalau di luar negara, contohnya di Australia ni, situasinya terbalik. Pasti semua tahu yang semua orang putih ni memang putih kan? Pasaran yang hot adalah untuk produk yang 'menggelapkan kulit'. Tak ada whitening cream. 'Bijakkan' mereka. Mampu memperdayakan kita untuk terikut dengan 'pasaran hot' yang mereka cipta.

Tapi tak bermakna kita langsung tak bleh nak pakai apa-apa produk kecantikan. Tak ada salahnya kalau nak guna facial foam, body wash, shampoo dan sebagainya. Nak beli yang mahal atau murah bergantung pada kewangan masing-masing. Tapi lagi elok kalau kita perhatikan ingredient nya. Elakkan memakai sesuatu yang mengandungi alkohol jika ingin dipakai dan dibawa sembahyang.

Satu lagi pasal perfume. Saya tak pasti jika akhowat di luar tahu samada memakai perfume tu hukumnya seperti berzina jika harumannya dicium dan dihidu oleh lelaki ajnabi. Kalau akhowat pernah ke kelas fiqh wanita pasti akan disentuh soal ini. Secara mula-mula saya dengar terasa macam tak percaya dan memang saya terus pakai pun perfume time tu. Tapi kemudiannya, saya diketuk sekali lagi. Saya baca buku Ustaz Hasrizal, Rindu Bau Buah Tin. Ada satu part tu Ustaz Has cerita pasal wanita yang memakai haruman ke kuliah mereka. Syeikh (kalau kita panggil lecturer) yang mengajar untuk kuliah kali itu sangat marah dan cancel kelas hari itu. Sebabnya Syeikh tersebut terhidu haruman pelajar wanita itu. Kalau tak silap, Syeikh tersebut suruh wanita tersebut pulang dan mandi wajib.. Dussshhh! Kalau saya tak terasa lagi lepas baca ni, memang teruk la iman saya kan?

Pasti akhowat akan terfikir, kalau tak pakai perfume/wangian takut tak wangi kan? Saya pun terfikir macam tu jugak dulu. Jangan risau. Basuh la baju. Jangan pakai baju yang sama dua tiga kali (saya yakin jarang akhowat buat ni.. tp saje tulis.. hehe.. :p). Leh jugak basuh baju dengan softener, nanti wangi la jugak sesikit baju tu. Pastu pakai la bedak dan deodorant yang tak berapa kuat harumannya. Ni pendapat saya je. Ok kot. Amaran: Kalau salah, jangan ikut. Tajarrud total penting jugak nih.

Baiklah, review balik kosmetik brand Islam kita:

1) Eye shadow tundukkan pandangan
2) Lipstik bercakap benar
3) Blusher modesty
4) Facial foam istighfar
5) Syampoo Islamic Hijab
6) Jewellary humbleness

Sekadar peringatan bersama...

dari muslimah untuk muslimah......

khas untuk kite - kite jer......... ~lalalala

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..