Wednesday, September 8, 2010

Iktibar Raya


Malam ini kemungkinan besar yang besar adalah malam terakhir tarawih. Hari jumaat nanti dijangka akan menyambut Hari Raya. Dalam kesibukan menjadi pelajar, tak ada pun persiapan yang dibuat untuk menyambut raya kali ini. Suasana yang jauh berbeza bila bersama keluarga. Kalau di rumah, pasti hari ini dah sibuk teman umi pergi beli barang nak masak hari raya nanti. Dah sibuk-sibuk kemas rumah dengan adik perempuan. Dah sibuk tanya umi nak masak apa raya nanti. dah sibuk tanya ayah nak raya mana dan nak balik bila. dah sibuk gaduh-gaduh dengan adik lelaki suruh kemas kawasan rumah. dan sibuk nak pikir nak masak kek atau puding apa raya nanti. Ohh! sungguh berbeza dengan suasana sekarang. Dengan kawan-kawan di sini, hari-hari yang dilalui bersama assignments kami. Yang disibukkan adalah untuk menyiapkan assignment. Sesugguhnya kenangan beraya bersama keluarga sangat manis..
nak nangis>

Baiklah, lupakan rasa sedih itu. Hargai dan gembiralah seadanya dengan apa jua situasi yang Allah bagi. Kejayaan perlukan pengorbanan. Pesan umi dalam kad raya yang dihantarnya tak akan dilupa sampai bila-bila.

Insaf seketika bila belek lagi sekali email dr MSA_UQ pasal mangsa banjir di Pakistan. Sedih melihat tengok keadaan mereka. Rupanya diri ini terlupa ada yang lebih sedih dan derita. Hakikat yang mereka lalui jauh lebih pahit dan sukar dari hakikat seorang anak yang merantau jauh dari keluarga mencari segulung ijazah.

sebahagian gambar dari email MSA-UQ:


A Pakistani crosses a canal with the help of cable wire on a damaged bridge, which was washed away by heave flood in Ghazi Gat in central Pakistan on Monday, Aug. 9, 2010






























































0 comments:

Post a Comment

Komen anda..