Tuesday, September 7, 2010

Lets get busy!



video



Kita cepat sangat penat dan mengeluh bila diri sibuk. Sedangkan sibuk kita itu hanya berapa % je yang akan menyumbang kepada kebangkitan Islam. Kita mahu Islam bangkit bukan? Kalau UZAR mengatakan sibuknya hanya 35% dari sibuk pejuang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, Kita pula bagaimana? Kalau saya, sibuk saya mungkin barangkali 5% dari sibuk UZAR. Itu pun sibuk saya belum tentu menyumbang untuk Islam. Kerdilnya diri.


Ambil iktibar dari lagu Kareem Salama (baru nak mula mendengar lagu-lagu beliau dengan serius.. peer influence dari seseorang :p).

Andai kata kelahiran disambut dengan tangisan kegembiraan, diri ini tak mahu bila sudah meninggal nanti, akan disambut dengan tangisan kegembiraan juga. Orang gembira sebab diri dah tak ada untuk menyusahkan orang lain. Tapi sangat berharap agar apbila diri ini sudah tiada, dihantar pergi dengan sendu kehilangan seseorang yang berjasa. InsyaAllah. Sekurang-kurangnya berjasa untuk keluarga.

Jangan lagi mengeluh jika sibuk hingga tiada masa untuk diri. Kononnya. Bila fikir balik, perlu sangat ke masa untuk diri tu? Sedangkan diri ini milik Dia. Jadi seharusnya digunakan untuk Dia semata-mata.

Mujahadahlah. Bekerja bersungguh-sungguh. Jangan biarkan ada masa tidak berbuat apa-apa. Sibukkan diri sampai terlupa untuk berbuat maksiat. Lupakan dan jangan hiraukan yang 'menyemak' dalam kepala. InsyaAllah akan selesai dengan cara yang tenang. Fokus pada yang menyenangkan hati agar hari-hari yang sibuk boleh dilalui dengan bersemangat.

1 comments:

Komen anda..