Sunday, September 19, 2010

Kisah Ibu


video
Ibu yang tak rela menjadi ibu

Mereka mungkin tak pernah minta itu yang terjadi. Tapi mereka tiada benteng untuk melawan. Mereka juga mungkin seperti wanita lain. Ingin menjadi ibu dalam erti kata sebenar seorang ibu. Menjadi ibu yang penyayang, bertanggungjawab, penyabar.. Walau mungkin anak-anak bakal membalas tidak seperti yang diharapkan:


video
Ibu yang rela menjadi ibu

Ibu yang rela menjadi ibu sanggup berkorban apa sahaja untuk anaknya. Dari awal anak itu dilahirkan hinggalah anak itu dah besar. Walau sehingga anak itu dah berkahwin hinggalah anak itu sendiri dah ada anak pun, ibu tetap seperti ibu.

Pernah tak dengar mak, ibu, mama, umi kita mengungkit cakap dia menyesal pernah bertarung untuk melahirkan kita?
Pernah tak dengar mak, ibu, mama, umi kita mengungkit cakap dia menyesal berjaga malam untuk menyusu dan melayan kerenah kita yang menangis pada waktu malam?
Pernah tak kita dengar mak, ibu, mama dan umi kita mengungkit cakap dia menyesal korbankan duit hasil titik peluh dia untuk membeli baju baru untuk kita apabila hari raya tiba, sedangkan baju dia sendiri pun dia tak beli lagi?

Seorang ibu tak akan pernah menyesal dalam urusan membesarkan anak-anaknya. Kerana mereka ikhlas dengan tanggungjawab mereka yang suci itu.

Mereka yang paling banyak bersusah payah menyusukan kita. Membasuh kencing berak kita masa kecil. Bila dah besar sikit, layan kerenah kita nak menyiapkan kerja sekolah. Termasuklah melayan jiwa-jiwa kita yang baru-baru belajar dewasa dan matang. Pada masa itu, kita banyak sangat menduga emosi mereka. Selalu memberontak kalau disuruh minta tolong apa-apa. tapi mereka selalu tolong kita. Selalu menjawab apa yang mereka tegur. tapi mereka tetap terus tegur kesalahan kita tanpa jemu.

Bila dah besar, kita mungkin belajar jauh dari mereka. kita tetap minta tolong mereka untuk pos itu dan ini. Mereka cuba berusaha sedaya upaya untuk memenuhi keperluan kita tu dan memberi yang terbaik. Jika diminta 1, dihantarnya 2.

Nanti bila dah kahwin, mereka jugalah yang paling bersusah payah untuk segala urusan walimah. Yang tak tidur malam itu mereka jugalah. Pastu bila dah ada anak, mesti kita cari mereka juga untuk membantu urusan bersalin itu. Entah-entah sampaikan urusan menjaga anak juga nanti mereka yang kena uruskan.

Mereka tak pernah jemukan? dan tak akan pernah jemu!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Entahla. Apa la yang saudari-saudari kita rasa dan fikirkan terhadap ibu mereka tika mereka 'menjadi ibu sebelum masanya'? Tak terfikir pasal mak ayah ke? Tau tak yang ada mak ayah yang pengsan bila tau anak perempuan dia melahirkan anak luar nikah? Dan ada tu yang terpaksa menebalkan muka untuk terus manjaga anak yang telah menconteng arang ni dan mungkin juga menjaga cucu yang tak bersalah itu sekali? Mereka tak teringin ke untuk menjadi ibu yang baik sebagaimana ibu mereka?

Tapi bila fikir balik, salah gadis itu sahajakah? Bagaimana pula dengan si teruna? Ayah ibu mereka yang sepatutnya menjadi pencorak terbaik kain putih itu bagaimana pula? Teman-teman teruna dara itu yang tidak menegur terlepas begitu sahajakah? Saudara-mara hanya perlu setakat memerhati je ke? Pemimpin di kawasan terbabit hanya perlu meluluskan permohonan sahajakah kerjanya? Semuanya terlibat bukan? Dan SEMUANYA perlukan satu sahaja. I.S.L.A.M... Kembali padaNya dalam erti kata sebenar kembali kepada Pencipta.


p/s: gabungan video kisah ibu yang mungkin berlainan situasinya. mungkin macam tak ada link di situ, tapi kedua2nya memberi pengajaran, jika bukan utk orang lain tetap dan pastinya memberi pengajaran untukku.. ^__^


0 comments:

Post a Comment

Komen anda..