Tuesday, September 14, 2010

Kasih, Sayang dan Pengorbanan


Kasih, sayang dan pengorbanan..
Kadang-kadang kita sibuk sangat mencari cinta, kasih dan sayang. Tapi kita mudah sangat lupa guru mulia pertama yang mengajar kita erti semua itu. Mereka ajar kita semua itu sebelum kita ke tadika mengenal ABC lagi. Tapi bila dah besar, sudah banyak benda dipelajari, sudah ke universiti, diri mula mencari cinta dari 'seorang insan'. Sebelum mendapatkan cinta, pastikan kasih, sayang dan pengorbanan dari mereka berdua dibalas.

Pengorbanan seorang ibu yang sanggup menggadai kehidupannya demi anak-anak:

video


Pengorbanan ayah dan ibu yang sentiasa mahukan kebahagiaan anak-anak tidak kira masa, termasuklah hari raya:

video


Sentiasalah ingati mereka. Andai diri mula meletakkan 'cinta seseorang' di hati, pastikan kasih, sayang dan pengorbanan mereka adalah paksi utama sebelum dan bersama cinta itu.

video


Demi kasih, sayang dan pengorbanan mereka, bersemangatlah.. Teruskan melangkah, berlari, dan terbang tinggi. Terbang tinggi dan capai semua impian suci itu. Demi ayah, ibu dan adik-adik yang telah mengajar erti kasih, sayang dan pengorbanan, demi seseorang yang bakal diberi cinta, kasih dan sayang, demi zuriat yang bakal diberi cinta, kasih, sayang dan pengorbanan. Dan pastinya semua ini DEMI ISLAM, DEMI ALLAH. Moga mendapat rahmatNya untuk ke syurga.

video




0 comments:

Post a Comment

Komen anda..