Thursday, September 2, 2010

Antara Dua Cinta

video

28: 60 >> "Dan apa saja (kekayaan, jabatan, keturunan)yang diberikan kepada kamu , maka itu adalah kesenangan hidup duniawi dan perhiasannya;sedang apa yang di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal"

57: 20 >> " Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sendagurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu."



Kadang-kadang kesibukan kehidupan seharian kita melalaikan kita dari mengingati dan mengambil pengajaran dari dua ayat ini. Dan banyak lagi ayat-ayat lain. Sedih bukan, hari-hari jadi 'robot' yang sampai masa bateri dah tak boleh dicaj, akan stop begitu sahaja. Entah kenapa mudah sangat kita hanyut dengan arus dunia yang melekakan ini.

Hidup sebagai seorang pelajar memaksa diri untuk menumpukan sebanyak mungkin masa yang ada dengan urusan akademik semata-mata. Sampaikan perlu memilih antara urusan dunia (akademik) dan akhirat (beribadat padaNya). Mungkin kerana diri belum cukup memahami apa makna menjadi muslim yang belajar yang meletakkan tanggungjawab sebagai muslim itu di depan mendahului tanggungjawab sebagai pelajar.

Ya, belajar juga beribadat. Namun, betulkah belajar yang dilakukan seharian itu diklasifikasikan sebagai ibadat? Bila direnung, macam tak je. Berapa kali sangat hati ini ingat Allah setiap kali dalam lecture hall, setiap kali ingin memulakan praktikal dalam makmal, setiap kali berusaha menyelesaikan assignments? Kadang-kadang urusan akademik itu semua dilakukan tanpa memikirkan apa yang dilakukan itu kerana apa? untuk siapa?

Setiap amalan bermula dengan niat. Tanpa niat sesuatu itu bukan ibadat. Jadi niat kena betul dan selalu diperbaharui. Letak Allah di hati. Semata-mata Allah pasti niat itu akan hadir setiap kali ingin melakukan sesuatu. Sukar? Memang pun. Sebab hati ini sangat mudah didiami dengan perasaan dan hal-hal lain. Berdoalah kepadaNya kerana Dia yang memegang hati ini. Dia yang akan membolak-balikkan hati ini. Andai hari ini dipusing ke bawah moga akan cepat-cepat dipusing ke atas semula.

Cinta dunia memang indah namun indahnya hanya sementara. Cinta akhirat memang tak romantik kerana romantik untuk nafsu itu 'nampak lebih manis dan sweet' dari romantik iman. Memilih antara dua cinta memang sukar kerana kita ingin kedua-duanya. Siapa yang tidak mahu cinta? Cinta itu kan indah, sweet, bahagia, manis, romantik, menenangkan, mengasyikkan? Namun kita tetap tidak boleh lari dari perlu memilih antara dua. Buat pilihan bijak dengan memilih cinta utama, cinta Agung kerana cinta yang kedua itu akan hadir sendirinya. Peringatan: ianya sukar, pahit, pedih dan menyakitkan! Pendek kata, memang tak syok. Kerana masakan senang untuk mendapat 2 dalam 1. Ini bukan kategori beli 1 percuma 1. Tapi perlunya usaha gigih untuk mendapatkan cinta yang satu dan utama itu jika ingin cinta yang kedua juga. Bermujahadahlah wahai diri!


mode: moga Ramadhan 1431H ini menjadi subjek tarbiyah terbaik untuk tahun ini


0 comments:

Post a Comment

Komen anda..