Thursday, August 5, 2010

Will you marry you?


~read it as "will you marry you?" :p~

Tercengang seketika apabila ditanya seorang senior dalam satu tazkirah mingguan. Langsung tak terlintas apa jawapan yang patut diberikan. Kalau ditanya 'Will you marry me?" oleh seseorang, hurmmm, ada la jugak jawapan yang terlintas kn? :p

Tapi soalan "Will you marry you?" ini diberikan oleh seorang sister kepada sisters yang lain. Apabila sister tadi dapat merasakan yang kami semua tak tahu jawapannya, lalu beliau berikan pilihan, yes, not yet, no or perhaps. Ok, dah ada pilihan jawapan itu, tapi masih tak tahu apa jawapan sepatutnya.

Pilih 'or' boleh.. :p

Tak adalah.

Jawapan pilihanku, Not yet, perhaps 1 day....... Tapi kenapa?


Sebenarnya maksud soalan "will you marry you?" itu adalah, adakah awak sanggup untuk mengahwini diri awak sendiri? Selalunya atau yang sebenarnya semua antara kita apabila berbicara tentang kahwin, pasti ingin mengahwini seseorang yang boleh dikatakan sempurna (tiada yang sepenuhnya sempurna). Bila ingin mendapatkan seseorang kita inginkan yang terbaik, tapi diri kita? Sanggup tak 'mengahwini' diri kita sendiri yang berada dalam situasi sekarang? Yang imannya masih turun dan naik, malah banyak turun dan di stage bawah lebih lama dari berada di atas. Sanggup tak 'mengahwini' diri sendiri yang masih lemah untuk mengawal nafsu? Sanggup tak 'mengahwini' diri sendiri yang mudah sangat lemah dan terikut dengan hasutan syaitan? Sanggup tak 'mengahwini' diri sendiri yang masih lemah untuk bangkit sendiri bila diuji, walaupun ujian itu hanya ujian kecil jika dibanding dengan ujian Rasulullah dan para sahabat? Sanggup tak nak 'kahwin' dengan diri sendiri yang masih lalai dengan hiburan? Sanggup tak nak 'kahwin' dengan diri sendiri yang masih tak kuat nak melawan kemarahan, walau diuji sedikit cuma?

Macam tak layak dikahwini je diri ini..... :(

Namun, kita ada sesuatu yang boleh dilakukan, iaitu BERUBAH. Ya, kita boleh berubah. Sebagaimana seseorang yang berbadan gempal untuk kurus, mereka akan diet (=berubah). Sebagaimana seseorang yang tak pandai masak belajar (=berubah) untuk pandai dan teror memasak.

Tapi sebagai seorang Islam, apa neraca yang perlu kita gunakan untuk berubah itu? Tak kan lah nak berubah dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang diingini tanpa mengikut syariatNya. Jadi neraca pilihan kita adalah ALLAH.

Dulu, apabila ditanya tentang objektif hidup, macam-macam jawapan yang terlintas dalam fikiran ini. Ingin berjaya dalam pelajaran dan dapat kerja yang bagus-bagus. Ingin rajin bekerja dan simpan duit untuk membeli itu, itu dan ini. Ingin menjadi seseorang yang dikenali. Ingin berkahwin dan hidup bahagia dengan keluarga yang harmoni. Namun, fitrah alam tak membenarkan semuanya berlaku dengan semudah ABC, 123.

Dan objektif hidup yang sebenarnya juga bukan itu. Bila difikirkan balik, siapa yang mencipta aku? Siapa yang memberi peluang aku untuk hidup di dunia ini? Siapa yang membenarkan aku untuk meneruskan hidup dengan rezeki yang datang tanpa disangka-sangka? Tiga soalan penting:

>> DARI mana kita datang?
>> APA tujuan kita di sini?
>> KE MANA kita akan pergi?

Jawapannya hanya satu, ALLAH!!

Objektif hidup yang pertama :
Az-Zariyat (51) : 56 (maksudnya) >> " Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka berIBADAT kepada-Ku"

Objektif hidup kedua:
Al-Baqarah (2) : 30 (maksudnya) >> "Aku hendak menjadikan KHALIFAH di Bumi".

Ya, tujuan hidup kita yang utama hanya dua itu sahaja. Menjadi HAMBA dan beribadat padaNya dan menjalankan tugas sebagai KHALIFAH juga. Berbeza bukan dua tanggugjawab itu. Satu menjadi hamba (taraf yang paling rendah) dan juga menjadi khalifah (taraf yang paling tinggi). Jadi, tugas ini tidak mudah sebenarnya kan?

Tugas yang pertama (menjadi hamba dan beribadat) lebih kepada tanggungjawab diri sendiri kepadaNya. Namun, tanggungjawab kedua (khalifah) lebih kepada tanggungjawab pada manusia sekeliling. Bermula dengan menjadi khalifah untuk diri sendiri dan seterusnya memastikan setiap orang di sekeliling juga menyembah Allah. Bila fikir dalam sedikit, sukarnya untuk menjalankan tanggungjawab itu. Cuba renung situasi kita sekarang, dah berapa ramai orang yang kita ajak untuk menyembah Allah? Atau soalan yang sebenar adalah, dah ada belum orang yang kita ajak untuk kembali menyembah Allah? Usah ditanya bilangan, fikirkan dulu ada atau tiada.

Sukarnya hendak menjalankan kedua-dua tugas ini bukan?. Namun, kita tetap ada cara untuk menjadikan tugas-tugas ini dengan mudah.

Pertama, kita perlu dapatkan ILMU.

Irfan Khairi (Malaysia's internet milionare) selalu cakap "Leaders are Readers". Tepat sekali kan? Sebagai seorang khalifah (leader) kita perlu banyak membaca dan menghadiri majlis ilmu. Malahan sangatlah baik jika mampu 'memaksa' diri untuk mencintai ilmu. Sukar pada mulanya untuk tanam sikap suka membaca dan cintakan ilmu dalam diri namun, demi menjalankan tanggungjawab ini, 'paksa' lah diri demiNya. More effort, more rewards, InsyaAllah... ^_^.

Kita perlu rajin menghadiri majlis ilmu. Rajinkanlah diri yang malas. Adakanlah masa yang tiada. Keluarkanlah sedikit wang yang dikatakan sedikit itu. Semua itu dariNya. Kita tak layak pun mengatakan itu semua milik kita. Siapa kita untuk memiliki semua itu secara menyeluruh andai untuk menggerakkan satu jari menghalau nyamuk di hidung pun tak mampu tanpa izinNya.

Yang paling penting kita perlu seimbangkan ilmu dunia dan akhirat. Perlu bekerja keras untuk mendapatkan ilmu dunia yang sangat sukar ini, dan bekerja keras jugak untuk mendapatkan ilmu akhirat yang sebenarnya jauh lebih sukar.

Kedua, untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah ini juga kita perlukan SOKONGAN.

Sokongan dari teman sekeliling. Suasana sekeliling sangat penting. Yang lebih tepat adalah biaah(suasana) solehah. Hadis Rasulullah: Seorang sahabat adalah cermin untuk orang lain. Jadi, untuk berubah dan seterusnya kuat dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba dan khalifah kita perlu MEMILIH kawan yang ada ciri-ciri hamba dan khalifah jugak. Tapi sesekali jangan tinggal dan sisihkan teman yang masih belum diketuk hatinya. Bersahabat dan berukhwah lah secara berhemah. Kita adalah bersaudara. Ingat ini untuk selama-lamanya.. ^_^

Akhir kata, dah bersedia nak kahwin? Will you marry you? =p

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..