Sunday, August 22, 2010

Wanita dan Aurat



Sebenarnya dah selalu sangat ustaz, ustazah, alim ulamak, malahan ibu bapa kita sendiri yang berbicara dan menasihati tentang isu aurat ini. Namun, berapa banyak je hati yang berjaya diketuk dan terkesan lalu berubah. Yang ramainya tahu tapi tak buat sebab buat-buat tak tahu. Sedih bila tengok situasi remaja-remaja di Malaysia. Kawan-kawan, teman-teman, sahabat-sahabat dan yang paling penting saudari-saudari muslimah ku. Kami yang berada di luar negara ini terpaksa menguatkan iman untuk kekal menutup aurat. Kami yang dibaling telur. Kami yang diganggu dan diludah. Kami yang diganggu dengan perkataan-perkataan tak elok. Kami yang diganggu dengan ditunjukkan jari tengah menunjukkan simbol yang tak elok itu. Hanya kerana kami bertudung dan berpakaian menutup aurat. Tak akan lah kami nak berada dalam rumah sepanjang masa. Kami perlu juga keluar dan wajibnya tetap menutup aurat. Tapi teman di Malaysia, tiada pun yang akan membaling telur kerana anda bertudung! Tahu tak apa rasanya dibaling telur itu? Tapi kebanyakan antara kalian memilih untuk tidak menjaga aurat. mood: sedih


Surah An-Nur ayat 31 telah menjelaskan dengan terperinci tentang kewajiban ini.
Maksudnya >>
"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka memelihara pandangan mereka dan kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang biasa ternampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain kudung ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, saudara-saudara lelaki mereka, putera-putera saudara lelaki mereka, putera-putera saudara perempuan mereka, wanita-wanita mereka, budak-budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita ataupun anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita'.


Qartubi dalam al-Jamik Li Ahkamil Quran mengatakan bahawa ayat ini diturunkan ketika kaum wanita pada masa itu menggayakan pemakaian tudung yang menutup bahagian kepala tetapi masih mendedahkan leher, telinga dan bahagian atas dada mereka. Justeru ayat ini diturunkan supaya kaum wanita memakai tudung kepala yang dilabuhkan sehingga menutup bahagian-bahagian itu. Sekarang pun dah kembali fesyen macam ni kan?

Janganlah risau jika tidak boleh bergaya untuk nampak cantik dan kemas apabila disuruh dan diwajibkan menutup aurat. Islam tidak pernah menghalang wanita-wanitanya berpakaian mengikut fesyen dan suasana asalkan ia menutup aurat dan tidak menjolok mata. Hamka dalam Tafsir al-Azhar berkata, " Tidaklah kesemua pakaian barat itu ditolak oleh Islam dan tidak pula seluruh pakaian tempatan negeri kita dapat diterima." Sebagai contoh kebaya kain belah sampai ke atas lutut.. Fuhhh! Teringat pula kawan ada cerita, golongan veteran di kampungnya menyuruh pakai kebaya ketat tapi tak bagi pakai seluar walaupun dengan blouse labuh. Hehe.. Lebih baik pakai seluar longgar dan blouse labuh dari pakai kebaya ketat (tak sesak nafas ke? huhu)

Dari sudut psikologi pula menutup aurat ini sebenarnya lambang ketinggian maruah dan harga diri bagi wanita Islam. Inilah dua 'harta berharga' yang tidak dijaga wanita-wanita jahiliah. Ia bukannya lambang penindasan bagi wanita. Beberapa golongan di Barat mula mengagumi ajaran Islam berhubung dengan wanitanya.

Sebagai contoh, R. Stevenson menulis dalam Toronto Star pada 23 Januari 2002, berhubung dengan etika pemakaian wanita Islam.
Beliau berkata, "Ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malam di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan tiga orang wanita muda. Tiba-tiba dua orang wanita Islam masuk dengan pakaian yang agak konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-dua wanita Islam itu,
Why do they wear those things anyway?" ... "I feel sorry for them" ...

Ketiga-tiga wanita(barat) itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar ketat, skirt singkat, kasut tumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka didedahkan secara yang mnegghairahkan.

Kami alihkan pandangan kami kepada kedua-dua wanita Islam tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka, walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah.
Their graceful features complimented their dark headscarves and warm eyes. Their natural gestures were flirty without even trying - revealing natural beauty. And their clothes, while conservative, brought forth the hidden potential of something wonderful and truly feminine. ^___^ (tengok, sape kata tak cantik!)


Berpakaian secara sopan menakutkan wanita barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak bagi menunjuj-nunjuk? Selepas kami berbincang berkenaan isu ini, kami merumuskan, wanita-wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka dari daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet bagi menarik perhatian kaum lelaki ataupun wanita. Kami mendapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik sekiranya dibandingkan dengan ketiga-tiga wanita barat tadi. Yeay! ^_*


Teringat juga pengalaman peribadi di dalam sebuah train di City (Brisbane). Masa itu keluar pergi beli ayam untuk rumah dengan housmate. Maklumlah berada di luar negara nih, nak cari yang halal susah dan jauh. Kedai daging halal itulah satu-satunya yang terdekat dengan kami. Walaupun tak adalah dekat sangat. Tapi kira ok la. Ketika dalam train hendak pulang dengan keadaan penat sebab lepas habis kelas terus ke City ditambah lagi dengan puasa pulak tu (Syaaban rasanya time nih), tiba-tiba ada Australian man, (dah kategori uncle dah sebenarnya) tegur kami dan cakap:
"You look nice with your (pointing to our scarffs)"

Lepas itu kitaorg senyum je, hilang dah penat hari itu.. (^_________^)

Bila difikir-fikirkan balik, susah jugak hendak melawan naluri yang diiringi nafsu nak kelihatan cantik ini kan? Kadang-kadang pengaruh rakan sebaya menyebabkan kita pun turut ingin bergaya seperti mereka. Padahal cara bergaya itu tidak mengikut syariat pun. Ada antara kita yang tidak bertudung. Ada antara kita yang bertudung tapi tudung tidak menutup yang sepatutnya, baju masih 'baju adik'. Yang agak 'bergaya' juga yang bertudung tapi berbaju T lengan pendek. Sebenarnya ramai je antara kita pernah berfesyen sebegitu, mahupun yang terniat ingin melakukannya.

Tipu kalau saya kata cara saya bertudung dan berpakaian adalah cara yang terbaik mengikut syariat, tapi kita ubah lah sedikit demi sedikit. Jangan lakukannya kerana terpaksa. Lakukan kerana kita FAHAM kenapa kita diwajibkan sebegitu dan kerana apa. Tak semua antara kita mampu berubah sekaligus. Sukar rasanya untuk mencari yang hari ini berbaju T tanpa tudung, esok berjubah dan bertudung labuh. Tapi mungkin boleh dilakukan sedikit demi sedikit. Carilah dulu pakaian yang longgar-longgar tapi masih nampak cantik dan kemas. Ada je. Cari dulu baru cakap tak ada. Kemudian carilah tudung pula. Kalau sebelum ini tudung yang agak jarang, carilah pula tudung yang tidak jarang dan agak besar tapi masih cantik dan kemas. Ada je, jangan risau.

Apa yang penting?

Kefahaman! Dan niat untuk berubah dan lakukan. Kadang-kadang perubahan yang dilakukan sedikit demi sedikit itu lebih bermakna. Tak perlu bermakna untuk orang lain. Cukup lah sekadar bermakna untuk diri sendiri.


Rujukan asal : Quran Saintifik, Dr Danial Zainal Abidin


0 comments:

Post a Comment

Komen anda..