Tuesday, August 24, 2010

Paksa Diri !!!


~go! go! go! perlu mula berlari~

Hari ini 13 Ramadhan 1431 H bersamaan 24 Ogos 2010. 13 Ramadhan, sudah hampir ke separuh akhir rupanya. Tapi macam mana agaknya kehangatan pesta amal ini dirasa? Muhasabah diri sendiri ~~~~

Namun, assigments dan urusan pembelajaran juga bertimbun bahkan makin bertambah dan sepatutnya diri sudah mula 'berlari' untuk menyiapkan semua itu. Tapi bila keluar rumah pukul 8 pagi balik pukul 8 malam, tapi kerja dan tanggungjawab sebagai muslim yang belajar tetap juga 'tidak bergerak' maknanya ada sesuatu yang diri perlu lakukan.

Mungkin perlu menyelongkar balik rahsia jutawan... :D


Tip dari Dr Irfan Khairi untuk tidak menangguhkan kerja:

Beri tekanan kepada diri sendiri!

Ramai antara kita menunggu sesuatu atau seseorang untuk memotivasikan mereka. Sebenarnya motivasi ada di mana-mana sahaja. Dengan hanya menunggu, tiada apa yang akan berlaku. Antara kita, hanya 2% sahaja yang boleh memulakan sesuatu tanpa sebarang pengawasan atau suruhan. Mereka ini digelar pemimpin, ketua atau leader!

Sekiranya anda menunggu, anda akan menunggu untuk selama-lamanya.


Pemimpin, ketua atau leader melakukan pilihan sendiri untuk terus berusaha, golongan ini meletakkan satu standard yang tinggi. Anda perlu menanamkan semangat sebagai seorang pemimpin dan lakukan lebih daripada apa yang sepatutnya anda lakukan. Sekiranya anda bekerja, lakukan lebih daripada apa yang anda dibayar.

Sekiranya kita melakukan sesuatu lebih daripada kemampuan kita, kita akan merasakan kepuasan dan semangat akan semakin menjadi tinggi.

Satu tip untuk melakukan kerja dan tidak melengah-lengahkan masa adalah, anggap dan letakkan tekanan bahawa ia mesti disiapkan pada kadar yang segera. Anggap hari esok anda perlu ke outstation dan kerja di tangan anda ini mesti di siapkan juga sebelum malam ini. Bayangkan dan Tanya pada diri anda sendiri, sekiranya esok saya harus pergi outstation, apa perlu saya lakukan untuk menyiapkan kerja saya pada hari ini juga.


Jangan risau, otak ini tidak akan lesu jika perlu banyak bekerja dan berfikir

Apa akan jadi sekiranya enjin kereta kita dibiarkan dengan lama tanpa dimulakan?
Ia akan semput, susah nak start dan adakalanya rosak.

Begitu juga dengan otak kita. Mungkin ramai yang menyangka, otak kita kalau selalu digunakan, kalau selalu berfikir, ia akan rosak atau menjadi lesu kerana terlalu banyak berfikir.

Sebenarnya, selalunya otak kita akan menjadi lebih efisyen dan lebih sihat apabila lebih banyak kita berfikir. Disini juga sebahagian daripada cara menggerakkan momentum untuk terus berjaya.

Berbanyak-banyak berfikir mengenai idea baru, cara menjadi lebih kreatif dalam perniagaan, cara bersaing, strategy perniagaan baru, cara mendapat pelanggan, cara memulangkan pelanggan yang hilang dan sebagainya.

Apa yang saya selalu lakukan adalah, bawa buku nota kecil (yang macam buku 555 tu), dan pen ke mana sahaja. Dapat sahaja idea, cepat-cepat saya tulis. Kadang-kadang, sehari, berpuluh-puluh idea yang kita dapat!

Lebih banyak anda berfikir, lebih efisyen otak anda. Dan otak yang efisyen akan memberi idea-idea yang lebih bernas yang tidak pernah anda fikirkan!



M.U.P >> wokey! hari yang indah untuk paksa diri, bagi tekanan dan mula banyakkan berfikir. Tiada masa lapang yang sia-sia untuk muslim yang belajar.

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..