Friday, August 6, 2010

Letihnya...Layakkah untuk diungkapkan?



"Apabila kamu merasa letih membuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus berkekalan. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal"

Kata-kata Saidina Ali bin Abi Talib yang membuatkan diri malu sendiri. Malu kerana cepat sangat mengaku kalah dan terdetik di hati perkataan penat sedangkan tiada apa pun yang telah dilakukan (jika direnung lama-lama sikit, memang tiada apa pun).

Jika hari ini hari terakhir, apakah kebaikan yang boleh ditinggalkan?


Letih dan penat terdetik di hati apabila merasakan diri tidak cukup masa. Apabila diri berdepan dengan pelbagai masalah yang perlu difirkan. Apabila diri perlu menyelesaikan pelbagai urusan dalam masa yang singkat. Apabila diri merasakan tiada masa untuk diri sendiri.

Tetapi patutkah...

Patutkah untuk mengatakan tidak cukup masa andai Allah Yang Maha Agung bagi 24 jam sehari, 365 hari setahun?

Patutkah untuk berputus asa dengan pelbagai masalah yang diberikan Allah Yang Maha Penyayang jika semua ujian itu untuk menguji keimanan kita?
Surah Al-Ankabut (29): 2 (maksudnya)>> Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya mengatakan, "Kami telah beriman, " dan mereka tidak diuji?

Patutkah kita mengeluh bila terasa banyak sangat urusan/kerja yang perlu diselesaikan andai Allah Yang Maha Bijaksana memberi peluang kita hidup semata-mata untuk menjadi hamba dan khalifahNya?
Az-Zariyat (51) : 56 (maksudnya) >> " Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka berIBADAT kepada-Ku"
Al-Baqarah (2) : 30 (maksudnya) >> "Aku hendak menjadikan KHALIFAH di Bumi".


Memang tidak patut bukan? Dan sememangnya tidak layak pun untuk mengeluh dan berputus asa. Siapa kita, hanya seorang hamba yang menunggu masa dijemput pergi selama-lamanya.

Fikirkan balik bisikan-bisikan halus yang melemahkan semangat di hati. Muhasabah dan terus bangkit kembali.

Biarkan diri merasa penat, kerana ini bukti diri ini melakukan sesuatu dan bukannya berdiam diri.

Biarkan diri merasa penat, kerana penat ini akan hilang juga. Dan pastikan penat ini penat melakukan kebaikan, agar kebaikan itu terus kekal.

Lumrah alam sememangnya tidak membenarkan sesuatu yang baik itu diperolehi dengan mudah dan senang.

Kata-kata seorang teman, "You must get the rain, to get the rainbow"

Teruskan perjalanan. Andai penat, berehat seketika (seketika je, jangan lama-lama). Andai tersepak batu dan terluka, sapu darah luka itu dan teruskan perjalanan. Andai jatuh terjelepuk, jangan malu-malu, bangkit je walau tiada siapa yang hulurkan tangan. Andai terpijak duri yang memedihkan, buang dan buat-buat tak sakit. Teruskan dan teruskan sampai ke hujung destinasi yang kekal abadi.

Tapi jangan lupa, sepanjang perjalanan kumpul bekalan ye! ^___^

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..