Thursday, August 19, 2010

Iktibar dari kisah Cicak

-bukan cicakman-

Seekor cicak yang kecil kelihatan sedang berjalan terkedek-kedek untuk ke tempat pertandingan memanjat satu batang pokok pinang yang licin dalam satu acara tahunan di sebuah kampung. Pemenang akan dinobatkan sebagai jaguh kampung. Lawan untuk cicak kecil tadi adalah seperti monyet, ular, biawak, kera dan sebagainya. Lawannya besar-besar dan hebat-hebat. Cicak hampir-hampir tidak disertakan dalam penyertaan. Urus setia pertandingan siap kutuk cicak lagi, "Nak panjat pokok pinang ke nak panjat akar pokok pinang?'. Disambut dengan gelak jantan haiwan lain. Katak pun antara yang mengambil bahagian dalam acara kutuk mengutuk cicak. Diorang gelakkan cicak yang kecil itu sebab berangan hendak menyertai pertandingan hebat itu. Tapi sebenarnya yang mengutuk cicak itu semua tidak menyertai pun pertandingan tersebut. Tak setanding dengan kekuatan mereka katanya. Hampeh!

Tapi cicak dengan selamba meneruskan misinya. Setelah pertandingan dimulakan oleh gajah (yang kalah sebelum bertanding) yang meniupkan serulingnya, monyet, kera, biawak dengan pantas sekali mendahului. Semua binatang bersorak girang menyokong binatang pilihan masing-masing yang diyakini bakal menjuarai pertandingan tersebut. Sekali lagi katak mengutuk cicak, 'Cicak, sudah-sudahla. Turun saja lah sebelum kamu jatuh terjelepuk'. Tapi cicak tetap teruskan tanpa menghiraukan setiap ejekan binatang lain.

Tak semena-mena, Dusshhh!


Monyet jatuh. Maklumlah batang pinang itu licin dan badan monyet yang berat (ni jenis monyet tembam) serta 'angkuh' yang dipikul bersama, monyet yang pertama sekali jatuh. Bajet dah selalu panjat pokok boleh menang, tapi itulah nasib kalau bawak 'angkuh' sekali. Biawak yang kontrol macho meneruskan usahanya untuk memanjat namun sebab terpandang bawah dan tertengok mata biawak (betina) idamannya, jatuh hati lalu jatuh ke bawah.. Gedebukk! (sebab ni biawak gemuk!). Kalau dah biawak yang gemuk tu jatuh, dah memang confirm akan terlanggar ular, kera dan binatang lain tadi. Semua jatuh la ke bawah dan bergaduh sesama mereka. Saling menyalahi. Semua penonton rasa kecewa. Tapi cicak....

Cicak meneruskan usahanya tanpa pedulikan hiruk-pikuk di bawah dan akhirnya cicak sampai juga ke atas. Yeay! cicak menang dan menjadi jaguh. Tapi apa sebenarnya yang menyebabkan cicak itu berjaya sampai ke atas dengan selambanya walau dikutuk, walau ada yang bersorak girang tapi tak ada satu pun yang menyokongnya, walau berlakunya hiruk-pikuk di bawah yang boleh mengganggu konsentrasinya?

Sebab, cicak itu PEKAK!

Cicak itu cicak pekak yang tidak mendengar kutukan-kutukan binatang lain. Tidak mendengar sorakan yang membingitkan telinga. Tidak mendengar hiruk-pikuk pergaduhan yang boleh menjejaskan konsentrasinya.


Andai kata cicak itu mendengar semua itu, adakah cicak akan meneruskan niatnya untuk sampai ke puncak? Bila dikutuk, bila rasa rendah diri dan kecewa tiada yang menyokongnya? Bila ada yang mengganggu fokusnya? Sukar bukan? Sukar dan mungkin tidak berjaya pun sampai ke puncak. Memang berjaya panjat akar pokok pinang je kot.. :p

Teringin nak menjadi cicak yang pekak ni jugak. Tidak mendengar apa jua kutukan atau hinaan orang. Atau yang selalunya sindiran orang, kata-kata negatif orang, kata-kata yang menyakitkan hati. Sebab bila dengar, apa yang didengar itu sampai ke hati. Disebabkan hati ini berperasaan, mula lah hati ini terasa. Kalau rasa sedap tak apa. Tapi, rasa yang kurang menyenangkan yang merubah mood dan semangat.

Mungkin perlu belajar untuk pekakkan telinga. Pekakkan telinga dan membisukan mulut. Diam.

Diam ini tidak bererti setuju. Diam ini kemungkinan besar tidak bersetuju namun lebih baik didiamkan.

Diam ini tidak bererti marah. Diam ini maknanya diri sedang melawan kemarahan.

Diam ini tidak bererti sakit. Diam ini bermakna diri sedang melawan kesakitan.

Diam ini tidak bererti ada masalah. Diam ini bermakna diri sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah.

Diam ini tidak bererti tiada perancangan. Dian ini bermakna sedang merancang dan menunggu untuk dilaksanakan.

Diam ini tidak bererti mampu menerima segalanya dengan mudah tanpa kecewa. Diam ini bermakna sedang mencari hikmahnya dan kekuatan baru untuk meneruskan.

~~~~~~~~~~~~Diam itu seribu bahasa.


p/s: iktibar dari kisah cicak pekak, cerita asal dari Ustaz Hasrizal



>>>saat diri mencari kekuatan dan berusaha untuk meneruskan..
mood: belajar pekakkan telinga, bisu tanpa komen, rabunkan mata dari melihat

2 comments:

  1. pernah dengar cerita nih..tapi versi lain ckit..=)
    nice story..=)

    ReplyDelete
  2. syaal, ni versi yg direka memandai-mandai sendiri.. hehe.. :p

    ReplyDelete

Komen anda..