Wednesday, August 4, 2010

Belajar untuk conteng buku!



Blog walking petang ini singgah ke teratak Irfan Khairi. Dah lama tak singgah ke blog yang bermakna dan mencetus turning point yang penting dalam hidup ini. Post pilihan kali ini 'menconteng buku'... ^_^

Saya suka membeli dan baca buku. Tapi sangatlah sayang nak menconteng buku-buku itu. Masakan nak conteng, lipat kat hujung page sikit pun tak sanggup. huhu..

Tapi kena ubah lepas baca nasihat Irfan Khairi.



Kita tahu bahawa membaca adalah penting untuk menambahkan ilmu kita kan?

Tetapi, ada juga yang membaca tetapi, tidak berjaya mengaplikasikan apa yang di baca. Mungkin kerana terlupa atau tidak menggunakan teknik yang betul dalam menambahkan pemahaman ketika membaca.

Satu tip mudah apabila membaca buku, ambil pen dan conteng pada buku tersebut ;)

>>>Garis perkataan atau nota yang penting
>>>Letak bintang di bahagian margin sekiranya terdapat sesuatu yang anda ingin laksanakan
>>>Tulis di bahagian margin nota-nota anda sendiri dan bagaimana anda boleh aplikasikan apa yang di ajar

Dengan menconteng- garis, letak bintang dan menulis nota, kita akan dapat menggandakan pemahaman kita pada apa yang di baca. Sejurus selepas habis memabaca buku tersebut, go through another round dan fokus pada contengan-contengan anda. Aksi melakukan ini kali kedua akan menggandakan ilmu dan pemahaman kita.


Dato’ Dr Fadzilah Kamsah juga “berinteraksi” dengan buku yang dibaca dengan menulis pada buku itu sama ada bersetuju… atau tidak setuju… atau sama ada pembaikan yang boleh ditambahkan pada buku yang di baca.

Sayang pada buku sebab taknak kena conteng?

Haa… patut kita sayang pada buku, atau sayang pada ilmu yang kita terlupa?
>> Sayang pada ilmu yang kita terlupa!!!!

Baiklah, setiap kali membaca, gerakkan jari untuk menconteng supaya ilmu itu diingat lebih lama.

p/s: gambar kat atas adalah contoh buku yang diconteng Irfan Khairi.. :p

artikal asal di sini

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..