Friday, June 4, 2010

Gaza- Bersatu dan berganding tangan



Tetiba terbangun jam 2 pagi (waktu OZ) pagi tadi. Guna masa ini untuk sambung revision. Macam biasa, bukak facebook, ada invitation dari Fad untuk satu online talk via paltalk. Jam 4 am waktu OZ, tapi dlm kul 7 petang kot time UK. Organiser adalah dari UK. Penceramah Abu Amirah. Tak kenal dan tak pernah dengar tapi teringin untuk mendengar pengisiannya. Tajuknya berkaitan dengan peristiwa Gaza. Hari ini pula adalah hari kedua setelah penyerangan Zionis-Yahudi ke atas kapal Flotilla. Topik hangat. Tak ingin lepas peluang, so tunggu la sampai pkul 4 sambil-sambil study. Sangat tak menyesal dan isu yang dibangkitkan juga menarik, info nya juga menambah ilmu di dada. Alhamdulillah..

Antara yang dibincangkan secara ringkas adalah:

Maksud kejayaan bagi Mukmin:
Berjaya yang sebenar adalah apabila kita berada di syurga Allah nanti.

Mengenai Palestin:
Pada pembukaan Kota Al Quds (636m), Saidina Umar Al-khattab pernah mengistiharkan
“Seluruh Bumi Palestine Adalah Tanah Waqaf Milik Ummat Islam Hingga Generasi terkemudian”.

Peristiwa 31 Mei 2010 (dua ari lepas)
Peristiwa ini bukanlah sejarah baru bagi kita. Semua ini telah bermula dari 9 April 1948 lagi.
Deir Yassin Massacre: 120 Israeli Army menyerang Deir-Yassin n mmbunuh 100-254 orang Palestin.
Kemudian, Sabra Shatilla (16 & 18 September 1982): Lebanese Militia Force masuk kem bunuh 800, ada rekod kata 3500 orang Palestine dan Lebanese Muslim di kem tersebut.
Perang Gaza (Dec 2008-Jan 2009) - 1166-1417 terbunuh, ribuan kagi tercedera.

Sikap Ummat Terhadap Gaza

Tidak menghiraukan apa yang berlaku di Gaza. Sedangkan mereka di sana terpaksa bergerak menggunakan terowong. Kita masih disibukkan dengan dunia masing-masing. Menikmati dunia tanpa rasa kesengsaraan saudara Palestin. Andaikata para sahabat masih hidup, andai kata Salehudin Al-Ayubi masih hidup, mereka semua pasti tidak akan mampu tidur lena mengenangkan nasib ummat di Gaza. Tapi kita?

Rasa hati saudara kita di Gaza?

Pada suatu ketika dahulu (awal kejatuhan), mereka hilang harapan pada kita. Mereka kata "tak payah datang sini, kalau setakat nak bersimpati...". Mereka juga tidak percaya sama sekali dengan sistem demokrasi jahiliyyah yang konon nak membantu (PBB, etc).

Kesannya, mereka membina generasi baru mereka sendiri yang komited dengan Islam melalui Da'wah dan Tarbiyyah. Mereka menaruhkan keyakinan dan kebergantungan pada Allah semata-mata.

Dan hari ini, mereka berjaya berdiri sendiri. 60% pilih HAMAS sebagai kerajaan walaupun kali pertama demokrasi digunakan. Mereka mampu melahirkan pemimpin hebat Palestin. Yang penting mereka memberi inspirasi kepada ummat Islam untuk bangkit (sedangkan mereka tertindas dan penuh kekurangan). Yang paling dikagumi, mereka jiwa-jiwa hebat Ummat yang mesti dicontohi.

Hakikat sekarang:

Al-Aqsa bukan lagi di tangan kita. Apa maksudnya?
Ini bermakna tempat suci yang Allah bagi pada kita ditanagn "mereka yang derhaka kepada Allah", ditadbir oleh kuffar, dihina oleh kuffar, dirosakkan oleh kuffar malah akan dirobohkan oelh kuffar!!

Bukan itu sahaja, saudara kita di Palestin dibunuh, dicederakan, diroboh rumahnya, dihalau, dicacatkan, dinafikan makan-minum, dirogol, dihina malah dijadikan seperti haiwan buruan tanpa ada belas kasihan.

Namun di mana ummat Islam lain?? kita??? Bagaikan memiliki akidah tapi tidak berfungsi..

Punca masalah ini...

Antara punca secara general adalah kesan penjajahan (yang meninggalkan kefahaman Islam sekular), kesan bid'ah (ajaran sesat) dan juga kesan perancangan musuh-musuh Islam.. Contoh: Yahudi hanya perlu meletakkan sebiji bola di tengah padang, dan hampir 80000 orang Islam yang tinggal solat.

Jadi, peranan kita?

JOM! Bina Salehuddin Ayubi kedua !!!!

1. Persediaan Pemikiran
a) "Thaqafah Islamiyyah' (pengetahuan Islam)
b) 'Thaqafah Ammah' (pengetahuan umum)
cth peristiwa 31 Mei 2 ari lepas, walaupun Yahudi berjaya ganggu/sekat interference siaran satelit sebelum menyerang kapal tersebut, tapi engineer2 yang ada dan faham 'Thaqafah Islamiyyah' dan 'Thaqafah Ammah' dalam kapal tersebut masih mampu mengawal interference dlm kapal dan membolehkan video penyerangan iitu direkod.

2. Persediaan kejiwaan
-jinakkan jiwa untuk terikat dengan syarak
-jinakkan jiwa utk tunaikan tanggungjawab ibadah dan tarbawiyah(pendidikan)
-mengambil berat tentang hati (bnyakkan zikrullah)
-bergantung dengan kitab Allah

3.Persediaan Organisasi
-penyediaan pemuda Muslim dan latihannya dalam bentuk berorganisasi.
latihan yg dimaksudkan adalah seperti solat berjemaah, puasa bersama, haji bersama, hadir majlis ilmu, zikir, qiam, hafalan, tafsir, iltizan dengan sunnah dan sebagainya.

Jalan Membina Diri...............

1) wasilah (jalan) pembinaan peribadi
-usrah/halaqah/study circle-secara konsisten setiap minggu
-katibah/qiam/MABIT(malam membina iman dan taqwa)
-riadah(jasadi)-jaga jasad dan pemakanan
-daurah(Seminar)
-mukhayyam (konvensyen)
-jaulah
-bedah buku..... etc

2) sistem tarbiyyah
- manhaj/ kurikulum pembinaan
- qudwah murabbi / murabbiyah
- bi'ah solehah/ suasana yang baik

3) maratib amal
- pembinaan individu
- pembinaan keluarga (baitul Muslim)
- pembinaan masyarakat
- daulah
- wilayah
- khilafah
- ustaz alam


Konseh Da'wah

" Bongkar kemungkaran sistem jahiliyyah dan War-war keagungan Islam"
"Membina Islam di atas Keruntuhan Jahiliyyah"

sekarang waktu "cold war" antara Islam dan Jahiliyyah... cth: tulis artikal, buat video, hantar email, edit gambar (yg mcm kt fb skang... :p)

Bersatu dan Berganding Tangan.......

1) dalam memperbaiki hubungan dengan Allah
2) dalam menjaga etika dalam masyarakat - berakhlak, sopan santun dlm dakwah, manis muka
3) dalam merenungkan mnfaat persatuan dan kesatuan, serta kesan buruk perpecahan
4) dalam memerhatikan mengingatkan pentingnya menjaga persatuan, kesatuan dan hindari perpecahan
6) dalam mengkaji sejarah sirah salafussoleh seperti para sahabat
7) dalam memohon pertolongan Allah SWT dengan selalu berdoa dan merendahkan diri, agar Allah mengikat hati-hati kita, menyingkirkan kebencian yang ada dalam dada, dan selalu menyatukan kita dalam kebenaran.

Sebenarnya secara peribadi tersentak dengan kata-kata Abu Amirah di awal talk beliau.. Abu Amirah kata antara wasiat dari mereka-mereka yang menyertai misi ke Gaza adalah "doakan kami tidak pulang".
begitu kuat pemahaman mereka tentang jihad dan da'wah. tapi kita? adakah jiwa kita masih dibius? apa pula usaha kita utk hilangkan 'power' ubat bius nih? kadang-kadang hanyut (kebanyakan masa sebenarnya) dan hanya ingat seketika cumasaat mendapat peringatan, itupun setelah disua bukan dicari.. muhasabah diri sendiri......

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..