Monday, June 7, 2010

ANDAI MATA SUDAH KABUR, TEROPONGLAH HATI.



Sayang sekali bila kita tak sedar bahawa tarbiyyah adalah satu kewajiban untuk setiap individu. Jika di zaman rasulALLAH saw, sahabat sehebat abu bakr dan umar (yang telah pun dijanjikan syurga), namun mereka masih membutuhkan tarbiyyah serta berlumba2 menghadiri halaqah demi halaqah tanpa rasa lelah.. namun kita.. yang belum tentu mendapat syurga ini.. berat langkah, semput nafas, panas telinga untuk mendapat tarbiyyah dan selalu diberi peringatan??



siapa kita?
hingga kita sudah merasakan cukup dengan solat 5 kali? puasa dan bacaan al quran?
hingga kita sudah merasai bahawa aku tidak MEMERLUKAN TARBIYYAH????

ALLAH berfirman dalam ayatnya...
"SESUNGGUHNYA SOLAT ITU DAPAT MENCEGAH DIRI DARI PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR"

namun..benarkah solat kita itu sudah cukup dan diterima?

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."

nauzubillahi minzalik..

kerana itu..
tarbiyyah amat penting.. kerana tarbiyyah merupakan jalan selamat untuk terus-terusan dalam amal kebaikan..kerana ada yang sentiasa diperhati dan dinasihati.

RASULALLAH SAW telah ditarbiyyah ALLAH melalui terus juga melalui jibrail yang datang membawa wahyu, peringatan. teguran dan berita demi berita..

SAHABAT2 RASULALLAH saw pula..
ditarbiyyah oleh RASULALLAH saw..
dalam halaqah demi halaqah..
dalam apa2 kondisi,
kondisi baik, tenang, cemas mahupun tergugat..

dan inilah tarbiyyah..
proses pendidikan, proses pembersihan..
inilah tarbiyyah yang dengan wasilah ini..
ISLAM mampu tersebar ke seluruh dunia..

ISLAM bermula dengan seorang..
lalu RASULAALLH SAW mengumpulkan kelompok2 mukmin yang taat ini dalam bentuk kumpulan2..
kemudian, kumpulan2 ini mengumpulkan kumpulan2 lain lagi..
hinggalah terbentuknya sebuah negara MADINAH..

ini sunnah..sunnah terbesar.
dan sedarkah antum bahawa "rumah" ISLAM yakni tempat muslim mukmin berlindung sudah runtuh?
apa jadi dengan palestin? apa jadi dengan keruntuhan akhlak, sosial masyarakat abad ini?

penyelamat hanya satu..
ISLAM harus naik semula..
memurnikan semesta.

....

marilah kita menjadi pengangkut batu bata untuk menaikkan semula rumah ISLAM..
ini tanggungjawab kita...hingga kita mati di jemput ALLAH.

jangan pernah berhenti.
jangan larikan diri..
kerana antum takkan terlepas dari pertanyaan ALLAH kelak di alam barzakh..di alam akhirat!

.....

jika antum tak berkehendakkan tarbiyyah?
itu hak antum masing2..

terserahlah..

ALLAH befirman:


Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: " "berangkatlah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

Jika kamu tidak pergi beramai-ramai, Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan
Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain
, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(at-taubah: 38-40)

....

jika kita masih berat untuk "berangkat",
maka AGAMA ALLAH PASTI AKAN TERUS BERJALAN DAN TERBINA..
kerana ALLAH akan MENGGANTIKAN kita DENGAN ORANG LAIN yang lebih mahu..
orang lain yang lebih berkehendakkan kebaikan..

janji ALLAH itu pasti!

bukanlah ISLAM yang memerlukan kita..
namun kitalah yang memerlukan ISLAM..

bukanlah tarbiyyah memerlukan kita..
tapi kita yang memerlukan tarbiyyah..

tanpa kita pun...
tarbiyyah dan ISLAM akan terus berjalan..

itu pasti.

.......

sama2 kita doakan diri masing2 supaya kita sentiasa berusaha membaiki diri, merubah kekurangan2 diri.
buang yang keruh, ambil yang jernih.
moga kita bertemu lagi di syurga ALLAH.. insyaallah.

andai diriku ada salah dan silap,
mohon di maafi kelemahan diri..
kerana diriku hanyalah insan , makluk ALLAH yang lemah lagi hina..
juga insan faqir yang sering cuai dengan dunia..

" kerana kita sangat SERIUS dengan ISLAM... "

p/s: satu perkongsian yang menarik dari saudari Wan Nurul Atiqah yang di post ke notes facebook beliau (juga merupakan pemilik blog sayangsicomel.blogspot.com)

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..