Wednesday, April 21, 2010

Fokus Pada Fokus



Kita tahu apa makna fokus tapi seringkali terlupa untuk fokus pada fokus itu. Ataupun kadang-kadang, kita bahkan terlupa untuk fokus. Fokus pada matlamat. Ya, kita mesti fokus pada matlamat. Hidup bukan sahaja bermakna pada memberi tapi hidup juga bermakna pada FOKUS! :p

Empat fakta fokus dari Amin Idris:

Fokus dapat menghasilkan kuasa yang luar biasa. Tanpa fokus, anda akan sentiasa mudah hanyut dan tidak dapat tahap pencapai yang terlalu sedikit. Manakala dengan folus, anda akan dapati bahawa kelebihan dan kemampuan yang anda miliki lebih terarah dan menepati sasaran. Berikut ialah beberapa fakta yang anda mesti tahu tentang focus ;

Fahami bahawa focus memberi manfaat kepada anda sepertimana 4 fakta berikut;

1. Fokus tidak datang secara automatik

Undang-undang kejayaan pada zaman sekarang ialah, semua tindakan manusia bergantung pada perhatian yang diberikan… caranya ialah mengarahkan semua tenaga pada satu titik, terus menerus menuju pada titik tersebut dan jangan pandang kanan atau kiri. Tidak kira apa titik itu samada kejayaan atau kegagalan, jika segalanya berpusat di situ, maka tidak mustahil ia akan menjadi kenyataan.

Oleh itu, ia mesti dilakukan secara sengaja kerana focus tidak datang secara automatic. Ia hanya akan berlaku bila anda mahu melakukannya dan anda benar-benar melakukannya.

2. Fokus menambahkan tenaga

Jika anda mahu mencapai sesuatu, anda mesti terlebih dahulu tahu apa sasaran anda. Fakta ini memang tepat walaupun dalam aspek membina kemajuan diri. Jika anda kekurangan fokus, anda umpama berterabur di merata tempat, mencuba segalanya seperti tidak mencuba apa-apa.

Hari ini (5 Januari 2007), Amin Idris ditegur oleh mentor beliau, Fadzli Yusof kerana beliau berkata pada mentornya, ”Hari Isnin ialah hari pejabat, hari Selasa, Khamis dan Jumaat adalah hari akademik, hari Rabu hari berseronok dan hujung minggu ialah hari berprogram.”

Fadzli Yusof pun mengingatkan agar jangan ketagorikan hidup ikut peranan tetapi mengikut matlamat. Pastikan segala aktiviti hari berpusat pada matlamat.

Manusia yang mahu berjaya mesti fokus pada matlamat dan matlamat itu lahir daripada soalan;

”Apa sasaran saya?”

Dengan itu, ia menjadi motivasi diri yang amat berkesan tatkala kita leka, lalai, rasa lemah dan putus semangat. Fokus menambahkan tenaga untuk terus meredah jalan kejayaan yang penuh cabaran dan halangan
.
3. Fokus memperluaskan ruang hidup

Bila anda fokus, maka hidup anda mula terarah. Bila anda fokus untuk mencipta diri lebih berPENGARUH, maka anda tahu apa yang anda patut lakukan dan apa yang tidak patut anda lakukan ke arah menjadi diri lebih berPENGARUH. Bukannya buat semua perkara yang anda rasa nak buat sebelum mepertimbangkan samada ia memberi manfaat kepada apa matlamat atau sebaliknya.

4. Fokus mesti dikekalkan dengan sengaja

Sebagaimana fokus tidak datang secara automatik, begitu juga dalam mengekalkan fokus. Adakalanya anda mungkin diganggu dan dikacau. Anda hanya akan benar-benar hilang fokus jika anda membenarkan diri anda diganggu dan dikacau. Dalam erti kata lain, atas diri anda sendiri samada mahu terus kekal fokus atau tidak. Ia mesti dilakukan sengaja, bukan dengan keajaiban.

nak tau lebih lanjut, kena beli buku beliau, Magnet Diri.... :p


0 comments:

Post a Comment

Komen anda..