Thursday, March 25, 2010

Islam bukan dalam Cinta, tapi Cinta dalam Islam



Memang benar ramai yang suka menterbalikkan sesuatu yang betul ini tanpa disedari. Ramai yang memilih Islam dalam cinta dan bukannya Cinta dalam Islam. Maksudnya ramai yang solat istikharah untuk memilih pasangan. Ada juga yang terlibat dengan dakwah tarbiyah untuk mendapatkan calon pasangan hidup yang soleh mahupun solehah. Baitul Muslim juga bukan hanya berbicara pasal ciri-ciri pasangan soleh solehah. Novel Islamik yang dibaca juga tidak sepatutnya mesti ada cinta cintun.
Tapi,

Mungkin ada yang mengatakan memang solat istikharah itu untuk memilih jodoh. Betul. Tepat sekali. Tapi yang menjadi isu adalah bila kita lakukan sesuatu itu (seperti solat istikharah) semata-mata untuk mendapatkan jodoh.

Mentaliti pperlu dibetulkan. Kita tidak patut ambik Islam hanya dengan niat untuk berjaya dalam hubungan cinta lelaki wanita. Islam adalah matlamat kita yang pertama. Redha Allah yang kita harapkan. Dan bila redha Allah yang kita harapkan barulah kita solat istikharah agar jodoh yang dipilih mendapat keberkatan dariNya.

Kita bukan mendekati Allah untuk mendapatkan pasangan tapi kita mendapatkan pasangan untuk mendekatkan lagi diri kepada Allah. Semuanya kerana Allah.

Kita hidup untuk mendapatkan redha Allah. Lakukan semuanya untuk redha Allah. Bukannya mendapatkan redha Allah untuk memperolehi sesuatu. Kerana setelah kita berjaya memperolehi sesuatu itu kita tidak akan tahu apa lagi yang kita harapkan. Dan lebih parah jika kita gagal mendapatkan yang dihajati itu, mungkin dilema putus asa dan putus harapan pada rahmat Allah akan berlaku. Tapi jika setkan matlamat untuk mendapatkan redha Allah, kita akan sentiasa berusaha melakukan apa sahaja untuk mencapai redhaNya. Memang. Memang redhaNya adalah sesuatu yang subjektif yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Tapi percayalah jika itu matlamat utama kita, kita tidak akan pernah berputus asa dalam usaha pencarian redhaNya.

Mungkin susah untuk difahami dan susah lagi untuk dipraktikkan. Jadi betulkan kembali niat. Semuanya kerana Allah. Kadang-kadang diri ini alpa. Berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran, tapi lupa untuk apa semua itu. Alangkah tenangnya jiwa jika sentiasa ingat bahawa apa yang kita lakukan seharian adalah kerana Allah. Belajar kerana Allah. Allah suka hambaNya yang berjaya. Dan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya kerana Allah. Bukannya dengan mendekati Allah kerana inginkan kejayaan. Kadang-kadang itulah yang kita lakukan. Solat hajat, baca Yassin, qiamullail bersungguh-sungguh apabila tiba musim exam. Dengan harapan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan.

Mulai dari saat ini, kuperbetulkan niat yang sering menyeleweng ini. Aku ingin mencapai redha Allah dan apa jua yang aku lakukan adalah kerana Allah. Aku belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya kerana Allah suka hambaNya yang berjaya. Aku akan sempurnakan ibadah fardu ku dan tingkatkan amalan sunatku kerana redha Allah yang aku cari. InsyaAllah berusaha sedikit demi sedikit..... ^_^

rujukan: LangitIlahi.com


0 comments:

Post a Comment

Komen anda..