Tuesday, September 8, 2009

Prinsip Pareto, 20/80


Kawan-kawan pernah dengar pasal prinsip nih? Bunyi cam prinsip
fizik ke (bagi yang belajar fizik)?dan mungkin antara kawan2 yang
tanya 20/80 tu ada makna ker?

Macam biasa, Prinsip Pareto tu berdasarkan nama pengasasnya, Vilfredo Pareto.
Tokoh pengurusan Itali. 20/80 tu pulak sangat la berguna maksudnya,
Bagi saya lah... dan andaikata kawan2 tu juga jenis individu yang sangat
sibuk, mungkin sebagai seorang pelajar mahupun seorang pekerja
atau mungkin kedua-duanya.... prinsip ni sangat berguna untuk kita praktikkan.

Prinsip 20/80 maksudnya kita peruntukkan 20% untuk mendapatkan
80% hasil kerja kita. Sebenarnya kan korang kita hanya perlu peruntukkan
20% dari masa kita untuk menghasilkan/menyiapkan 80% dari
pekerjaan/ assignment kita. Mungkin bagi yang berniaga, hanya perlu
20% produk untuk menghasilkan 80% keuntungan...

Bagaimana kita mampu lakukannya?

FOKUS! Maksud saya fokus dalam 20% masa yang perlu diperlukan
untuk menyiapkan 80%kerja tu.. Pastikan perkara yang dilakukan dalam
20% itu adalah perkara yang penting di antarayang terpenting (pesanan
dari umiku bila mula2 masuk asrama form 1 dulu).

Kalau saya, saya senaraikan dulu apa yang perlu saya lakukan dalam
tempoh 2-3 jam untukmenyiapkan 80% dari assignment saya. Planning is
important! Planning dulu nak buat apa danplan sekali dengan masa
(bila nak buat dan berapa lama). Bila dah sampai masanya duduk depan
komputer(kalau kena guna komputer), niat nak abiskan 80% assignment
dalam masa 2-3 jam nih...Kemudian, betul-betul fokus dengan kerja tersebut.
Jangan lak nak download apa2 (bagi yang suka mendownload).
Luangkan masa lain untuk hal itu.

Mungkin ada antara korang akan cakap tidak semudah itu. Mesti ada
je hal nak buat, tak punsebab ade je kawan2 yang lain ajak buat hal lain.
Saya pun selalu je alaminya.. Tapi kitakena buat kerja awal la. Jangan tunggu
last minute. Kalau due date assignment tu 2 minggu lagi,mulakanlah ari ni.
Kalau ada 'gangguan', masih sempat untuk meneruskannya esok. Hah, satu lagi
jangan biasakan diri untuk bertangguh. Dapat je assignment terus plan nak buat bila..
Nanti pasti ada lagi assignment yang nak kena buat seterusnya, dan seterusnya dan....

Bagi saya, keberkesanannya bergantung pada kita. Samada kita berdisiplin
atau tidak.Pandai membezakan antara perkara2 penting atau tidak untuk
menyelesaikan tugasan kita.Tidak semestinya kalau ari ni korang try terus
dapat hasilkan 80% kerja dalam masa 2 jam. Mungkin berjaya mungkin tidak.
Tapi kita haruslah sentiasa berusaha. Secara peribadi, saya
sendiri pun kadang2 berjaya, kadang2 tu still kena cari lagi 2-3 jam untuk
menyiapkan lebihantugasan tu. Tapi tak pelah, yang penting berusaha!
korang pun jangan lupa amalkan jugak nanti!

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..