Tuesday, September 8, 2009

Kejayaan vs Kepercayaan Luar Biasa


Kepercayaan luar biasa yang bermaksud kepercayaan sebelum melihat dan merasa.

" Constantinople itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin (penawan)nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera (yang menawan) nya"
Hakim, 4.442;Bukhari, Tarikh al-Saghir, 139; I. hanbal, 4.335

Itulah janji Rasulullah SAW yang disampaikan kepada para sahabat dan seluruh umat.
Siapa umat Islam pada masa itu? Sejauh mana kekuatan mereka? Bagaimana pula dengan
Constantinople?

Mengikut Ustaz Hasrizal, misi itu lebih mustahil dari misi pasukan bola
sepak Malaysia mahu menawan Piala Dunia. Malaysia kalahkan Perancis or
Argentina or Itali or Brazil? Uishhh...

Apa yang Rasulullah SAW lakukan itu sebenarnya adalah untuk memotivasikan
para sahabat. Para sahabat yang beriman dengan kebenaran Rasulullah SAW
sangat mudah untuk mempercayai dengan janji sehebat itu. Mereka mempunyai
kepercayaan yang tinggi iaitu percaya sebelum melihat dan bekerja keras untuk
melihat apa yang kita percaya itu.

Macam itulah juga dengan kita. Bila difikir-fikirkan balik itulah yang kita lakukan
tanpa sedar selama ini. Sebelum UPSR, dari darjah 1 sampai darjah 6 tak nampak
pun lagi dapat 5A. Tapi dengan dorongan mak ayah, cikgu, selalu je fikir 5A dan in
a way percaya dapat 5A, sanggup bekerja keras dan akhirnya memang dapat 5A.
Macam tu la jgak lalui PMR, SPM pastu pre-U n skang degree. Degree ni pun tak
nampak lagi akan lulus dengan result camni, tapi sentiasa cuba untuk memotivasikan
diri dengan 'menampakkan ' apa yang tak nampak lagi tuh. InsyaAllah dengan kerja
keras boleh berjaya. Ambil iktibar dari kisah Rasulullah kat atas.

' Percaya apa kau lakukan, tabah
apa kau usahakan, bertindak atas kemampuan, fikirkan boleh'.

Think big aim for the sky! ^_^

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..