Tuesday, September 8, 2009

Horoskop......


Selalu jugak diri ini baca horoskop. Samada majalah yang beli sendiri tak
pun majalah kawan. Tak pun dalam surat khabar. Nak kata percaya tak
ade la percaya sangat. Tapi kadang-kadang rasaseronok lak baca horoskop
sebab bleh tahu apa yang diramal berlaku dalam bulan tu ataupun
minggu tu atau yang lagi advance hari tu.

Baru je terbaca dalam majalah Solusi, satu artikal pasal horoskop dan
akidah. Akidah susah nak diterangkan bagi kita yang tak berpengetahuan
luas tentang agama. Nanti tersalah tafsir. Tapi percayalah kerana terlalu
mempercayai horoskop, akidah boleh terpesong. Macam mana?
Contohnya, bila kita ditimpa kesusahan, katakan hilang beg duit pagi ini,
pastu petnag tu terbacahoroskop bintang kita cakap kita akan kehilangan
sesuatu. Pada masa itu mesti terdetik di hati kita, betul jugak ramalan horoskop
nih. Pastu kita pun rasa menyesal kenapalah tak baca horoskop
ni awal-awal lagi, mesti bleh elak kejadian itu. Hah, di sinilah kerosakan akidah
mula berlaku (kata yang tulis artikal tu).

Satu lagi perkara yang meyebabkan keraguan hukum pada amalan
mempercayai horoskop ini kerana ianya seperti 'tukang tilik' moden.
sedangkan banyak riwayat Nabi Muhammad S.A.W yang
menerangkan mengenainya. Antaranya bermaksud, "Sesiapa yang mendatangi
tukang tilik atau tukang ramal lalu bertanya kepadanya dan mempercayainya
maka tidak diterima baginya solat selama empat puluh hari."(Riwayat Muslim).

Tapi kadang-kadang kita ni suka-suka je baca horoskop. nak kata percaya
sangat tu tak la kan.Setakat mengisi masa lapang dan mendapatkan ilmu atau
sekadar untuk menjadi bahan bualan bersama rakan-rakan.Tapi sebenarnya
kita perlu mengawasi sikap suka-suka ni sebab tanpa kita sedar ianya boleh
menyebabkan akidah terpesong. Sebab kadang-kadang yang suka-suka ni la
yang jadi kesungguhan.

Saya paling tertarik dengan bahagian last artikal tu. Ustaz tu cakap yang
ramalan horoskop tu sebenarnya secara umum je. Perkara umum yang boleh
terjadi kat siapa-siapa pun. Mestilah dalam sehari tu ada je orang yang sedih tak
pun ada je orang yang gembira. Mungkin hari ini kita orang tu dan esok orang
lain pulak. Logik kn? lagi satu saya rasa Law of Attraction pun main
peranan gak. Kalau kita baca horoskop hari ni kata kita akan dikecewakan seseorang,
kita yang mudah sangat percaya ni pun duk fikir la sape la orang tu. Akhirnya
memang betul la ada orang yang kecewakan kita. Sebabnya minda kita yang
tarik perkara itu untuk terjadi. Nak faham lebih pasal LoA, carilah ilmu mengenainya... ^_^

Berbalik pasal horoskop. Fikir-fikirlah yang mempercayai horoskop ni tak
ada faedahnya pun. Apa yang berlaku pada kita setiap hari adalah ketetapan Illahi dan bergantung pada minda, akal dan iman kita untuk mengawalnya.

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..