Tuesday, September 8, 2009

Bersedekahlah....


Saya baru je selesai membaca satu tajuk menarik dalam majalah Solusi.
Beli dah seminggu tapi selalu je tangguh nak baca. Mesti ada je assignment
nak kene buat. Tapi petang ni tekad nak baca
gak satu artikal, lepas ni sambung assignment...

Artikal ni bertajuk 'jutawan gila atau kita yang mabuk?'. Ditulis oleh
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Menarik dan amat sesuai dengan bulan
ramadhan sekarang nih.

Siapa yang tak kenal dengan Bill Gates? Pengasas Microsoft software
yang banyak menyumbangkepada perkembangan perkomputeran di dunia.
Mungkin ramai yang tak sedar yang Bill Gatesmempunyai yayasannya
tersendiri dan dia banyak menyumbangkan hartanya untuk kebajikan.
Mungkin ada antara kita akan mengatakan diorang jutawan, banyak harta
bolehla menyumbang sampai berbillion-billion, dah tak tahu nak habiskan
kat mana lagi. Tapi macam tu ke yang patut kita fikir?

Dalam Islam sendiri sangat menggalakkan kita menderma. Tidak
semestinya hanya ketika kita kaya. Sebenarnya derma daripada seorang
yang sedikit hartanya lebih besar ganjarannya berbanding derma individu
yang banyak harta. Jadi kita yang ada rezeki cukup-cukup makan ni
pun patut selalu menderma. Dan saya pun macam korang gak. Mesti
terfikir setiap kali nak bagi derma mesti terlintas, eh nanti tak cukup nak
makan minggu ni, tak pun tak cukup budget dah nak beli sesuatu (yang dihajati),
lari budget mingguan dan sebagainya. Tapi ingatlah sabda Nabi Muhammad
S.A.W yang bermaksud:"Tiadalah harta itu berkurang disebabkan sedekah".
(Riwayat Muslim). Kalau kita percayakan Nabi Muhammad, percayalah sedekah
tu tak akan menyebabkan kita berlapar. Dan teringat lak umi pernah cakap
rezeki Allah ada di mana-mana (masa kene keluarkan duit yang
agak banyak untuk baiki laptop... huhu). Tapi janganlah bila dah bersedekah
tu duk mengharapkan balasan lipatkaliganda yang Allah janjikan. Maksud saya,
jangan lak terlalu menunggu bila la duit nak berganda dengan tiba-tiba. Janganlah.
Tidak semestinya ganjaran Allah tu dalam bentuk duit jugak, mungkin dari segi
keimanan yang semakin kuat, kasih sayang dalam keluarga dan sebagainya.
Itu pendapat sayalah. Asalkan setiap pemberian kita tu diiringi rasa puas, gembira,
tiada khuatir, tiada sedih dan sesal tanpa perlu menghebohkan kepada orang lain,
itu sudah memadai bagi seorang hamba Allah yang hina macam kita nih.

Jadi apa kata mulai sekarang selalulah pergi masjid dan setiap kali pergi
masjid tu dermalah dalam tabung masjid tu.( masjid tempat yang paling saya
yakini untuk menderma).. Apa yang saya selalu fikir, walau tak banyak duit
yang aku bagi ni, bleh beli mentol masjid pun jadilah. Dah boleh
menerangkan orang dalam masjid tu. Dan kalau korang selalu bermusafir,
rajin-rajinlah singgah di masjid. Lagi banyak tabung masjid yang didermakan,
lagi banyak 'mentol' yang dapat dibeli. Yang paling penting, 'mentol' untuk
akhirat sana.... ^_^

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..